Home 2008 Aplikasi Matematik & aplikasinya

Matematik & aplikasinya PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Nurulezzah Jasri   
Rabu, 16 Januari 2008 10:04

MATEMATIK & APLIKASINYA

 

 

 

Sedarkah kita bila wujudnya matematik? Tiada jawapan yang jelas dapat diberikan oleh setiap orang. Setiap orang akan memberikan jawapan yang berbeza jika soalan seperti itu diajukan kepadanya. Tetapi apa yang jelas di sini adalah, matematik mempunyai banyak peranannya dalam kehidupan seharian kita. Tanpa matematik, mungkin kita tidak dapat menikmati hidup yang berteknologi tinggi seperti sekarang. Ada pendapat yang mengatakan bahawa matematik adalah sebagai jalan untuk memodelkan dunia. Manakala ada juga yang berpendapat, aplikasi matematik merupakan isu sosial, dimana matematik digunakan oleh setiap insan dalam kehidupan seharian. Ini boleh disimpulkan bahawa aplikasi matematik sangat diperlukan oleh setiap individu. Oleh itu, kita haruslah pelajari matematik dalam pelbagai bidang, supaya kita dapat menikmati kehidupan d dunia ini. Sebagai contoh, kita boleh mengaplikasikan matematik dalam bidang sukan, ketenteraan, politik, kesenian, dan sebagainya.

 

 

Sukan

 

 

 

 

 

Sumber: www.tennisrackets.tv/.../05/tennis-racquet.jpg

 

 

 

 

 

 

 

 

Tennis 'vs' matematik?? Pernahkah anda tahu permainan tennis ada kaitannya dengan matematik? Terdapat pelbagai formula dan model matematik yang digunakan untuk menguasai permainan tennis. Contohnya pengaplikasian vektor, kebarangkalian, arithmetik, model "Markov chain" dan sebagainya. Segala penerangan lanjut tentang kaitannya akan anda perolehi dalam edisi seterusnya.

 

 

 

 

Ketenteraan

 


Sumber:http://growabrain.typepad.com/photos/uncategorized/war_kill.jpg

 

“Operational Research” (Kajian Penyelidikan)? Apa itu “Operational Research” (Kajian Penyelidikan)? “Operational Research” (Kajian Penyelidikan) adalah salah satu cabang matematik. “Operational Research” (Kajian Penyelidikan) mula wujud sejak awal Perang Dunia ke-2, dimana ia digunakan sebagai "alat" untuk menyelesaikan masalah ketenteraan, seperti masalah pengangkutan, penggunaan senjata yang berkesan, menyiasat penyusunan semula bahan-bahan yang musnah dan sebagainya. Tetapi pada zaman sekarang ini, penggunaan “Operational Research” (Kajian Penyelidikan) telah meluas pada bidang cari gali sumber bumi, kawalan barangan import dan eksport, organisasi produk input dan output bagi syarikat serta banyak lagi. “Operational Research” (Kajian Penyelidikan) semakin meluas kerana penggunaannya yang berkesan dan bersistem, iaitu mempunyai pelbagai langkah serta kaedah. Ingin tahu kaedah-kaedah yang digunakan dalam “Operational Research” (Kajian Penyelidikan)? Ikuti malajah kami dalam keluaran lain.

 

 

 

Kesenian

 

Pernahkah anda fikir bahawa kesenian adalah subset kepada matematik? Mengapa dan dimana bukti bahawa kesenian itu merupakan subset kepada matematik? Hakikatnya wujud hasil-hasil seni yang terbina daripada matematik. Contohnya seni bina, seni lukis dan lain-lain.

Seni bina :

 

Sumber:http://jwilson.coe.uga.edu/EMT668/EMAT6680.2000/Obara/Emat6690/Golden%20Ratio/image58.gif

 

 

 

Seni lukis :

Sumber:http://jwilson.coe.uga.edu/EMT668/EMAT6680.2000/Obara/Emat6690/Golden%20Ratio/image49.gif

 

 

 

Tetapi dalam keluaran akan datang, kami akan menceritakan bagaimana not-not asas muzik diterbitkan daripada formula matematik. Oleh itu, nantikan majalah kedua kami dengan pelbagai topik yang menarik.

 

Comments (0)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.