Kerjaya Guru PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Marlia Binti Mat Isa   
Khamis, 27 Mac 2008 12:14

 

 

Guru begitu sinonim dengan alam pembelajaran. Guru juga boleh dimaksudkan sebagai pendidik, pengajar atau pengasuh. Walaubagaimanapun, guru merupakan insan terawal yang bertanggungjawab dalam memberikan pendidikan secara formal atau bersistem kepada para murid. Malahan guru juga adalah insan pertama dikenali sewaktu mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan.

 

 

Sejak zaman dahulu, kerjaya sebagai seorang guru adalah profesion yang amat terpuji, malahan seorang guru amat dihormati oleh masyarakat. Namun begitu, ia tidak bermakna kerjaya sebagai seorang guru merupakan kerja yang mudah kerana mereka juga menghadapi cabaran-cabaran dan halangan dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab mereka. Malahan pihak kerajaan juga mengambil berat di dalam soal melahirkan sorang insan bernama guru. Ini kerana mereka insan yang bertanggungjawab dalam membentuk pelajar yang berkualiti dan juga mempunyai nilai-nilai budi dan akhlak yang tinggi.

 

 

        Justeru itu, profesion perguruan cukup diberi perhatian oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan. Maka tidak hairanlah begitu banyak maktab-maktab perguruan didirikan. Kini wujud pula sebuah universiti perguruan iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terletak di Tanjung Malim, Perak. Malahan di peringkat universiti juga, banyak kursus yang berkaitan bidang perguruan ditawarkan. Selain itu, pihak kementerian juga merancang untuk menambah bilangan guru berpendidikan diploma dan ijazah.

 

 

Kerjaya sebagai seorang guru membuka peluang yang begitu luas. Semakin meningkat jumlah penduduk maka semakin banyak guru diperlukan tidak kira di bandar mahupun di luar bandar. Lulusan institut pengajian di bidang ini tidak perlu bimbang kerana lepasan sijil, diploma dan ijazah pertama pasti dilamar oleh kementerian selepas menamatkan pengajian. Terdapat juga guru-guru yang ditawarkan untuk berkhidmat di sekolah-sekolah swasta. Oleh yang demikian, untuk keluaran kali ini pihak dunia matematik akan memberi pendedahan bidang kerjaya guru dengan memberi tumpuan kepada kerjaya sebagai guru matematik.

 

Seperti profesion lain, seorang guru dalam tugasan seharian harus berpegang kepada etika dan tata susila profesion perguruan supaya tidak lari daripada matlamat murninya. Guru seharusnya mempunyai ciri – ciri peribadi yang boleh menjadi contoh kepada para pelajar.

 

             ciri – ciri peribadi yang diperlukan untuk menjadi seorang guru

          Diantara pusat – pusat pengajian tinggi awam yang menawarkan kursus perguruan dalam bidang matematik ialah institusi – institusi perguruan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Untuk menceburi kerjaya ini, seseorang individu harus menamatkan pengajian dan memiliki sama ada diploma atau ijazah perguruan dalam bidang matematik.

 

 

         Terdapat beberapa cara untuk mengikuti kursus perguruan di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang matematik.

 

 

 

Individu yang ingin menceburi kerjaya sebagai guru matematik seharusnya mempunyai kelayakan yang memenuhi syarat am universiti dan beberapa syarat lain untuk keperluan program.

 

 

Syarat Am Universiti:

·        Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan baik

·        Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/setaraf.

·        Lulus peperiksaan STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya:

   Ø  Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am dan

   Ø  Gred C (NGMP 2.00) dalam DUA (2) mata pelajaran lain.

·        Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET). 

 

Manakala keperluan khas program ialah:

 

·        Lulus sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Matematik T

·        Lulus sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam SATU (1) daripada mata pelajaran berikut :

  Ø  Matematik Lanjutan T

       Ø  Fizik

       Ø  Kimia

       Ø  Biologi

·        Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM/setaraf.

·        Lulus temuduga yang dikendalikan oleh pihak Universiti. 

 

Comments (0)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.