Home 2008 Februari 2008 Sejarah Nombor Mesir Kuno: Suatu Keunikan

Nombor Mesir Kuno: Suatu Keunikan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Normi Rosidar Abdul Hadi   
Ahad, 17 Februari 2008 17:56

 

 

 

SISTEM NOMBOR MESIR KUNO: SATU KEUNIKAN

 

Kewujudan sistem nombor telah bertapak di bumi sejak berjuta-juta tahun dahulu. Masyarakat kuno telah menggunakan nombor untuk menyelesaikan masalah kehidupan seharian mereka. Ini jelas menunjukkan bahawa kepentingan matematik dalam kehidupan seharian manusia sejak berabad-abad lamanya. Kebanyakan simbol-simbol bagi sistem nombor kuno dicipta mengikut objek-objek yang berada di sekeliling mereka. Begitu juga sistem nombor Mesir yang mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri. Simbol-simbol yang digunakan untuk mewakili nombor dicipta mengikut objek yang berada berhampiran dengan mereka seperti binatang, tumbuhan atau objek yang digunakan oleh mereka pada setiap hari.


           Tahukah anda bagaimana sistem nombor mereka ditemui? Banyak hasil penulisan mereka termasuklah hasil penulisan nombor ditemui pada lakaran di dinding-dinding monumen pada waktu tersebut. Nombor juga banyak ditemui tercatit pada barang-barang tembikar, kepingan logam, batu kapur dan ia juga banyak dijumpai tertlis pada kulit kayu papirus. Sistem nombor yang digunakan pada zaman ini dinamakan heiroglif.

             Masyarakat Mesir pada zaman ini menggunakan heiroglif sebagai sistem tulisan mereka dan mampu menulis sehingga ke angka 1 000 000. Apa yang menarik perhatian ialah setiap simbol yang mewakili nombor kuasa sepuluh ini dicipta berdasarkan setiap objek yang hampir dengan mereka.

 

 

1garis menegak
10sampan terbalik
100gulungan tali
1000bunga teratai
10000jari telunjuk
100000berudu
1000000bentuk manusia

                                                Rajah 1: Tulisan nombor Hieroglif

 

 

 

 

Bagi sistem nombor di atas, untuk mewakili nombor seterusnya, symbol-simbol itu ditulis secara berulang. Sebagai contoh nombor 2 ditulis sebagai manakala nombor 20 ditulis sebagai dan begitulah bagi nilai 3, 4, 5 atau 30, 40,dan seterusnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Rajah 2: Contoh bagi Pengulangan Nombor

 

 

             Sistem penulisan nombor Mesir kuno ditulis dari kanan ke kiri. Cara penulisan ini masih kekal digunakan sehingga ke hari ini namun simbol yang digunakan telah diubah mengikut kesesuaian semasa.

46,206 =

 

                                                               

77 =

 

 700 =

 

 

7000 =

 

 

76000 =

 

 

RAJAH 3: Contoh Bagi Cara Penulisan Angka yang Besar

 

              Sistem nombor Mesir kuno digunakan oleh masyarakat pada zaman itu bagi menyelesaikan masalah harian mereka. Sistem nombor bagi masyarakat Mesir kuno mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Walaupun sistem nombor ini tidak diaplikasikan lagi,  namun ia tetap menjadi asas perkembangan sistem nombor masyarakat Mesir pada hari ini.

 

 

 

 

 

 

Comments (0)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.