Home 2008 Julai 2008 Sejarah Sejarah Permainan Ping Pong

Sejarah Permainan Ping Pong PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Syed Zul Helmi Bin Syed Amran   
Sabtu, 26 Julai 2008 04:26

                                                                                                                ( sumber: www.wikipedia.org )

          Tahukah anda semua bahawa permainan ping pong yang agak terkenal ini adalah berasal dari England pada tahun 1800-an apabila masyarakat kelas atasan Viktoria bermain dengan permainan ping pong sebagai hiburan selepas jamuan makan malam. Permainan yang hampir menyerupai tenis ini dimainkan sebagai sukan indoor pada zaman itu. Setiap hari, objek-objek akan disenaraikan oleh tuan rumah untuk dijadikan sebagai peralatan permainan. Antara cara dan kaedah untuk membina permainan ini adalah buku-buku bacaan kepunyaan tuan rumah itu akan disusun dalam satu barisan untuk dijadikan sebagai jaring, dengan penyumbat botol minuman keras Champagne bertindak sebagai bola dan penutup kotak rokok sebagai raket.

 

       Kemasyhuran permainan ini telah mendorong pengusaha-pengusaha barang permainan menjual peralatan permainan ini secara komersial. Alat pemukul terawal yang digunakan dalam permainan ping pong ini adalah terhasil dari cebisan dari kulit kambing yang ditarik dan disambungkan ke arah bingkai raket, dan yang yang paling menarik bunyi yang terhasil ketika bermain telah memberikan nama gelaran permainan ini sebagai “ whiff whaff ” dan “ping pong”. Menurut beberapa sumber telah mengatakan bahawa ia mendapat perhatian dari syarikat Hamley di Regent Street di bandaraya London dibawah nama “Gossima”. Nama ping pong digunakan secara meluas sehinggalah J. Jacques & Son Ltd, syarikat pembuat barang-barang permainan Inggeris yang membuat sebagai tanda perdagangan ataupun trademark pada 1901.

 

 

       Dalam permainan ping pong terdapat beberapa peraturan yang harus dipatuhi dari sebelum dan semasa bermain. Bola ping pong terdiri daripada beberapa peralatan yang diperlukan.

 

 

          Bola ping pong hendaklah mempunyai ukuran diameter 40 milimeter dan mempunyai jisim 2.7 gram. Ukuran ini perlu dipatuhi kerana ia adalah ukuran yang piawai untuk bola itu dipukul dengan baik dan stabil. Bola ping pong juga dicipta apabila ia dijatuhkan dari ketinggian 30 sentimeter, maka bola itu hendaklah melantun semula ke atas setinggi 23 sentimeter dan mempunyai pekali pemulihan (coefficient of restitution) sebanyak 0.88. Bola ping pong diwarnakan warna putih ataupun kuning bergantung kepada warna meja dan persekitaran. Bintang yang di letak di permukaan bola adalah untuk menunjukkan kualiti suatu bola itu. Jadi bola yang mempunyai tiga bintang menunjukkan ia adalah bola yang paling berkualiti.

 

 

        Pemain-pemain ping pong menggunakan raket khas untuk memukul nola ping pong. Ia terdiri daripada sejenis alat pemukul jenis kayu yang dilapisi dengan getah sama ada sebelah ataupun kedua-dua belah alat pemukul itu bergantung kepada genggaman pemain. Di negara Amerika Syarikat, ia di kenali dengan nama paddle manakala di Eropah ia dipanggil bat.


 

         Meja yang digunakan dalam permainan ping pong mempunyai ukuran yang telah ditetapkan. Panjang sebuah meja permainan ping pong adalah sepanjang 2.74 meter ( 9 kaki ), 1.525 meter ( 5 kaki ) lebar, dan 76 sentimeter ( 30 inci ) tinggi. Permukaan meja juga dilapisi dengan lapisan yang rata dan mempunyai geseran permukaan yang rendah. Meja itu akan dibahagi kepada dua bahagian oleh jarring yang berketinggian 15.25 sentimeter. Selain itu, permukaan meja juga mempunyai dua warna yang dibenarkan sama ada warna hijau ataupun biru.


     Jika kita melihat dari sudut matematik, permainan ping pong ini memang banyak keistimewaannya. Pernahkah adik-adik terbayang bahawa sukan ini banyak mengaplikasikan hukum dan prinsip dalam matematik. Telah disebutkan tadi bahawa pekali pemulihan bagi bola ping pong adalah 0.88. Cara untuk mengira pekali pemulihan adalah menggunakan rumus:

 



bagi dua objek yang berlanggar, dimana

V1f = skala bagi halaju akhir bagi objek pertama selepas pelanggaran

V2f = skala bagi halaju akhir bagi objek kedua selepas pelanggaran

V1 = skala bagi halaju awal bagi objek pertama sebelum pelanggaran

V2 = skala bagi halaju awal bagi objek kedua sebelum pelanggaran

 

Oleh kerana halaju adalah vector, maka arah mestilah dilabel tanda positif dan berlawanan arah ditandakan negatif. Untuk objek yang melantun semula dari keadaan pegun, seperti lantai, rumusnya adalah;

 


 

dimana

Vf = halaju skala bagi objek selepas pelanggaran

Vi = halaju skala bagi objek sebelum pelanggaran

 

Pekali pemulihan ini juga boleh didapati dari rumus dengan keadaan yang sama;


dimana

h adalah ketinggian yang melantun semula

H adalah ketinggian dari objek dijatuhkan

      Lihatlah adik-adik betapa pentingnya pengaplikasian matematik dalam sesuatu sukan atau permainan. Di dalam pengaplikasian fizik dalam sukan pun masih menggunakan matematik sebagai medium untuk kita memahami apa yang tersirat di sebalik peraturan dalam sesuatu sukan yang kita ceburi. Cintailah matematik untuk mengetahui rahsia alam persekitaran di sekeliling kita..Laughing


Comments (0)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.