Home 2008 Jun 2008 Bidang Kerjaya Kerjaya dalam bidang kejuruteraan

Kerjaya dalam bidang kejuruteraan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Nadiah Binti Abdul Rahman   
Jumaat, 13 Jun 2008 18:26

        Apabila memperkatakan mengenai kerjaya dalam bidang pembuatan. Satu industri yang sememangnya berkaitan terus dengan bidang ini ialah kejuruteraan mekanikel. Secara umumnya mengenai kejuruteraan ialah salah satu aplikasi sains untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Bidang ini menggabungkan pengetahuan, matematik, dan pengalaman untuk mereka bentuk sesuatu objek atau proses. Bagi mereka yang terlibat dalam bidang kejuruteraan ini dipanggil jurutera. Secara kasarnya tugas seorang jurutera ialah mencipta jalan penyelesaian untuk sesuatu masalah. Secara umumnya tugas jurutera dalam perindustrian adalah bagi mereka bentuk sistem industri yang melibatkan sistem aktiviti manusia dan sistem kawalan pengurusan. Aktiviti-aktiviti jurutera dalam industri adalah menjalankan operasi pengeluaran bahan-bahan keperluan pengguna, mengurus sistem pengurusan dan menyediakan perkhidmatan korporat.Di negara kita, terdapat banyak universiti yang menawarkan kursus untuk kejuruteraan. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan juga Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) menawarkan pengajian peringkat ijazah doktor falsafah kejuruteraan, sarjana, sarjana muda dan diploma.UTM telah menawarkan pelbagai kursus berkaitan kejuruteraan:

ü Kejuruteraan Awam

ü Kejuruteraan Alam Sekitar

ü Kejuruteraan Elektrik

o Kuasa

o Kawalan

o Komunikasi

o Perhubungan

o Mekatronik

o Elektronik Perubatan

o Mikro Elektronik

ü Kejuruteraan Elektronik

o Elektronik Perubatan

o Telekomunikasi

ü Kejuruteraan Jentera / Mekanikal

o Industrio Pengeluaran/Pembuatan

o Kajiterbango Teknologi Marin

o Otomotif

o Penerbangan

ü Kejuruteraan Petroleum

ü Kejuruteraan Kimia

o Gas

o Bioproses

o Polimer

o Teknologi Makanan

o Petrokimia

o Bioperubatan

ü Kejuruteraan Komputer

ü Kejuruteraan Petroleum dan Gas/Gas Asli

UTHM juga telah menawarkan pelbagai kursus berkaitan kejuruteraan:

ü Teknologi Berasaskan Kayu

ü Perkhidmatan Bangunan

ü Kejuruteraan Elektrik

o Pengalatan & Kawalan

o Elektronik Perhubungan

o Teknologi Komputer

o Teknologi Maklumat

ü Kejuruteraan Mekanikal

o Elektromekanikal

o Pembuatan

o Pembungkusan

o Loji

o Tekstil

o Bahan

        Selain UTM dan UTHM, universiti-universiti awam dan swasta yang lain turut menawarkan pengajian kejuruteraan tersebut yang boleh dipohon oleh para pelajar yang berminat dalam bidang tersebut selepas tamat pengajian di sekolah. Pelajar yang berjaya menamatkan kursus berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan yang luas di sektor awam dan swasta dari peringkat tinggi seperti jurutera sehingga kepada tahap juruteknik bergantung kepada sijil yang diperoleh.

        Rendra Azra Kesuma Bin Hj. Abd Razak dilahirkan pada 13 Februari 1983 di Kulai, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian, Johor dan pendidikan menengah rendah di Sekolah Menengah Tun Mamat, Johor serta pendidikan menengah atas di Sekolah Menengah Teknik Muar, Johor di dalam aliran kejuruteraan jentera. Selepas SPM 2000, meneruskan pengajian di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) yang kini lebih dikenali sebagai Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) di dalam pengkhususan kejuruteraan mekanikel dalam pengurusan bahan. Kelayakan untuk memasuki kursus ini ialah sekurang-kurangnya mendapat kredit di dalam subjek Matematik Tambahan dan Moden, Fizik, Kimia dan Bahasa Inggeris. Berjaya memasuki kursus ini dengan A1-Matematik Moden, A2- Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia dan kredit Bahasa Inggeris. Akhirnya pada tahun 2006 telah berjaya menamatkan pengajian dengan Kelas Ijazah Kedua Tinggi. Kini telah memegang jawatan jurutera penyelidikan (R&D) di salah sebuah kilang di Tebrau 4, Johor Bharu. Ikuti wawancara NADIAH A.RAHMAN bersamanya.

Bolehkan jelaskan bidang kerjaya yang Encik. Ren ceburi ini?

En. Ren: Sebenarnya bidang saya ini berasal daripada bidang pembuatan polimer. Saya bekerja sebagai jurutera penyelidikan (R&D) dalam proses pembuatan di kilang Tebrau 4, Johor Bharu. Tugas utama saya ialah memantau dan menyelia sesuatu proses pembuatan dari awal pemprosesannya sehingga menjadi satu produk yang kompleks dan sempurna yang boleh dihantar ke pelanggan-pelanggan. Saya bekerja selama 8jam daripada pukul 8.30 pagi sehingga pukul 5.30 petang. Kadang-kala saya terpaksa bekerja lebihan masa atau lebih dikenali sebagai O.T untuk melepasi target pengeluaran yang telah ditetapkan oleh kilang. Selain tugas yang saya nyatakan tadi, saya juga dipertanggungjawabkan untuk membuat jadual berkaitan O.T, mengemaskini kan dokumen mengikut ISO 1901-2000, standardkan pengeluaran dan membaiki kerosakan major bagi sesuatu mesin.

Apakah faktor pendorong yang membuatkan Encik. Ren menceburi bidang kerjaya ini?

En. Ren: Semuanya bermula daripada minat saya yang mendalam dalam bidang mekanikel. Saya meminati kerja yang berkaitan dengan penyelanggaraan mesin-mesin dan juga kerja-kerja pratikal atau pun hands on. Saya mula menyedari minat ini daripada peringkat sekolah menengah rendah, ketika itu saya menyertai Kelab Rekacipta. Dengan menyertai kelab ini saya berkecenderung untuk mengetahui bagaimana sesuatu benda ataupun bahan itu berfungsi. Jadi minat saya ini telah mendorong saya untuk menceburi bidang ini. Saya merasakan tanpa minat sesuatu yang kita lakukan itu tidaklah sepenuh hati dan sempurna. Kini apabila menceburi bidang ini saya sudah merasakan puas hati dan ingin lebih berjaya serta menguasai bidang ini dengan cemerlang.

Adakah bidang ini dianggap menarik dan mencabar? Bolehkah En. Ren jelaskan?

En. Ren: Pada pandangan saya bidang ini sanagt menarik dan mencabar. Ini kerana kita tidak akan dapat menjangka apa yang akan berlaku dan biasanya sesuatu yang berlaku itu diluar dugaan kita. Jadi ketika saat itulah kita akan menggunakan segala ilmu yang telah kita pelajari dan mengadakan perbincangan secara kumpulan untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Sudah pastinya setiap hari akan berhadapan dengan masalah yang berbeza-beza. Pemikiran yang kreatif dan kratis diperlukan untuk menjana sesuatu idea yang bernas dalam menyelesiakan masalah.

Pada pendapat En.Ren, adakah pendapatan yang diperolehi setimpal dengan kerja yang dilakukan?

En. Ren: Secara keseluruhannya kerja ataupun tugas yang diberi memanglah sangat banyak. Setimpal ataupun tidak itu merupakan perkara kedua. Setakat ini saya amat berpuas hati dengan setiap usaha kerja saya selama saya bekerja di kilang ini. Pendapatan saya setakat ini di tahap yang memuaskan. Namun begitu saya ingin sekali mencari peluang yang lebih cerah untuk lebih maju dan berjaya di dalam bidang ini.

Apakah kebaikan yang En. Ren perolehi untuk diri serta masyarakat keliling?

En. Ren: Jelas sekali kenyakinan diri yang tinggi telah terbentuk, ini kerana saya dapat memberikan cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang sukar. Kadang-kala hanya saya seorang yang mampu dan berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu saya merasakan puas hati dan berkeyakinan lebih tinggi terhadap diri sendiri. Kebaikan kepada masyarakat pula ialah dapat memberi pandangan yang baik dan tinggi terhadap diri kita kerana kenyakinan diri kita yang tinggi. Selain itu dapat mempengaruhi mereka untuk menceburi bidang ini kerana biasanya masyarakat berpandangan tinggi terhadap mereka yang bergelar jurutera.

Apakah nasihat ataupun dorongan kepada para pelajar untuk menceburi bidang ini?

En. Ren: Jangan berputus asa, sentiasa berusaha dengan lebih gigih. Jika para pelajar menghadapi masalah, berfikirlah di luar lingkuan masalah tersebut dan jangan terlalu berfikiran terus. Berfikirlah di luar kotak kerana biasanya penyelesaian ataupun jawapan itu berada diluarnya. Kenalilah minat dari waktu persekolahan lagi kerana minat itulah yang akan membawa anda kepada mercu kejayaan.

Comments (0)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.