Home 2008 Jun 2008 Sejarah Tokoh Matematik China

Tokoh Matematik China PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Syed Zul Helmi Bin Syed Amran   
Jumaat, 13 Jun 2008 16:47

 

 

 

 

Pada bulan ini sejarah akan membincangkan mengenai seorang tokoh matematik terdahulu yang terkemuka dari China iaitu Zu Chongzhi. Selamat membaca.

 

(sumber : http://www-groups.dcs.)

 

 

 

 

Zu Chongzhi juga kadangkala ditulis sebagai Tsu Ch’ung Chi adalah seorang ahli matematik yang terkemuka semasa pemerintahan Dinasti Liu Sung. Beliau juga merupakan seorang ahli astronomi dan jurutera yang hebat. Beliau dilahirkan di Jiankang (sekarang Nanking) pada tahun 429 dan meninggal dunia pada tahun 501 dan merupakan keturunan dari suku Baoding, Hebei. Apa yang menarik bagi keluarga Zu ini ialah sejak dari zaman moyang lagi keluarga Zu telah terlibat di dalam bidang penyelidikan astronomi. Moyang Zu adalah seorang pegawai istana yang berkhidmat semasa pemerintahan Dinasti Chin. Kemudian setelah belakunya komplot untuk menjatuhkan Dinasti Chin, kuasa pemerintahan telah digantikan kepada Dinasti Liu-Sung yang diketuai oleh Raja Xiao-wu melalui cara pemberontakan. Kemudian Datuk dan bapa Zu pula berkhidmat sebagai pegawai di istana Raja Xiao-wu.

 

Sejak kecil, Zu Chongzhi telah didedahkan kepada bidang matematik dan astronomi. Beliau sangat menyintai sains dan sangat tekun dalam astronomi dan matematik. Beliau tidak pernah percaya dengan kepercayaan masyarakat yang berada di persekitaran beliau pada waktu itu iaitu menilik nasib dan sangat berani membuat pembetulan jika beliau merasakan perkara itu salah. Ketekunan beliau dalam bidang matematik dan astronomi boleh di dapati daripada banyak penemuan yang dilakukan oleh beliau.

 

Pencapaian luarbiasa yang di capai oleh Zu Chongzi dalam bidang matematik ialah pengiraan nisbah bagi ukur lilit sebuah bulatan kepada diameter. Beliau mengatakan bahawa nisbah ukur lilit kepada diameter bagi sesuatu bulatan adalah nisbah 3 kepada 1. Namun oleh kerana buku yang ditulis oleh beliau berjudul Zhui Shu telah hilang, maka adalah mustahil untuk mengetahui apakah kaedah yang digunakan oleh Zu Chongzi untuk mengira nisbah ini.

 

Di antara tahun 1 hingga 5 masehi, apabila Lin Xin seorang ahli matematik China telah mereka suatu ukuran piawai yang dipanggil 'jialianghu', beliau memperbaiki nisbah itu kepada 3.145. Liu Hui, juga seorang ahli matematik China, telah mengatakan bahawa nisbah 3 kepada 1 itu adalah merujuk kepada nisbah lilitan sebuah heksagon terhadap diameternya berbanding bulatan. Maka Liu Hui telah memulakan Kaedah Siklotumi untuk mencari nilai pi yang paling tepat dan telah memperoleh nilai penghampiran pi kepada 3.14.

 

Kaedah ini dilakukan dengan cara memahat sebuah kayu yang telah dipotong untuk mendapatkan ukur lilit dengan berulang kali sehinggalah papan itu menjadi bulat. Liu Hui juga membuat pengiraan yang amat teliti sehinggalah mendapat nilai pi antara 3.1415926 dan 3.1415927. Liu Hui mendakwa kaedah yang beliau perkenalkan ini telah dilakukan oleh Zu Chongzi dalam mencari nilai pi.

                                                
                                                 (sumber : http://www-geocities.com.)

 

 

Selain itu, nilai pecahan 355/113 yang didapati oleh Zu Chongzi adalah unik dalam sejarah matematik dunia. Bayangkan sehinggakan masyarakat Greek yang terkenal dengan pengetahuan yang luas pun tidak dapat menyelesaikannya. Masyarakat India tidak mempunyai pengetahuan dalam pencarian nilai pi. Ahli matematik dari Arab juga tidak menjumpai nilai ini. Di Eropah, ia diperoleh selepas 1000 tahun kemudian. Sayangnya, tulisan dan karya mengenai matematik yang dibuat oleh beliau telah hilang. Jadi penemuan-penemuan yang dilakukan oleh beliau hanya dapat ditunjukkan oleh ahli-ahli maematik selepas ketiadaan beliau.

 

Bayangkan adik-adik, matematik yang selalu kita belajar di sekolah mempunyai nilai yang sangat tinggi dalam kehidupan kita. Tanpa pengorbanan dan jasa saintis terdahulu, tidak mungkin masyarakat kita menjadi lebih maju dan hebat sekarang. Hanya pelajar yang tekun, rajin dan berusaha yang bersungguh-sungguh sahaja yang dapat mencapai kecemerlangan dan kegemilangan di dalam pelajaran terutama dalam matapelajaran matematik. Jangan sekali-kali mengatakan matematik itu susah dalam kehidupan anda. Cintailah Matematik...Cool

 

 

 




Comments (0)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.