Home 2008 Mei 2008 Kesenian Muzik Matematik

Muzik Matematik PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Fakhrur Razi Ahmad   
Selasa, 01 April 2008 17:48

Muzik merupakan salah satu daripada cabang seni. Adakah muzik dan matematik saling berkait antara satu sama lain? Terdapat banyak perbincangan yang boleh mengaitkan hubungan antara matematik dan muzik. Kebanyakkannya merangkumi spekulasi yang hanya menekankan kaitan antara dua bidang ini secara umum dan luaran sahaja. Hubungan di antara matematik dan muzik boleh difahami tetapi pemahaman matematik itu sendiri adalah penting, kita harus menyedari bahawa angka dan matematik bukanlah sesuatu yang tidak bernyawa dan dingin. Muzik yang juga merupakan penjelmaan yang ketara dari angka, menyerlahkan keindahan dan perasaan (emosi) dalam dunia matematik. Kedua-dua bidang berkongsi pelbagai ciri-ciri yang sinonim. Oleh itu, matematik dan muzik mempunyai intelektual, spiritual dan asas yang kukuh.

 

 

Apabila kita membuat atau menyelesaikan permasalahan matematik, orang disekitar, tempat dan aktiviti merupakan satu gangguan. Berlainan pula dengan muzik, apabila kita terlibat dengan keindahan muzik dan teori-teorinya secara metamatik kita mungkin berada di sebuah pesta dan bersuka ria. Ini adalah bercanggahan dengan aktiviti dimana kita hanya menumpukan kepada matematik sahaja (dunia luar merupakan gangguan). Kita boleh berkongsi keindahan matematik dengan ahli matematik sahaja tetapi kita boleh berkongsi muzik dengan sesiapa sahaja. Sekiranya kita membuat kajian di sekitar kita, masyarakat akan hanya mengaitkan matematik dengan kalkulator dan angka sahaja di mana semuanya berbentuk aritmatik sahaja. Matematik adalah pemikiran kritis. Matematik adalah penyelesaian masalah. Matematik adalah bagaimana kita bekerja dengan kaedah yang telah sedia ada, diketahui dan memahami apa yang belum dipelajari. Walaupun matematik sentiasa dikaitkan dengan teori dan fakta semata-mata hanya yang benar-benar menyelaminya sahaja yang memahami keindahan dan keajaibannya.

 

Pemuzik mempunyai kemahiran yang tinggi dalam matematik?

 

Dalam muzik, setiap not mewakili frekuensi yang berbeza. Tetapi dimanakh penggunaan matematik itu diaplikasikan? Ini mungkin persoalan yang timbul diminda pembaca. Diketahui frekuensi ialah pengukuran tempoh dalam sesaat. Maka setiap not yang digunakan akan menghasilkan bunyi atau nada yang berbeza. Nada setiap lagu boleh menjadi rancak, lambat dan sebagainya. Ini bermakna pemuzik mempunyai pengetahuan yang baik! Gabungan not-not yang digubah menghasilkan lagu yang indah dan kadangkala membuai perasaan. Berikut merupakan contoh not-not yang digunakan dalam menggubah sesebuah lagu.

 

Jenis Not

Frekuensi, 1/T (Hz)

 

Not yang dihasilkan berdasarkan frekuensi yang berbeza

 

Contoh:

A = 440.00

Bb = 440.00 x (12 x √2)

= 466.16 Hz.

A

440.00

Bb

466.16

C

523.25

C#

554.36

D

587.32

Eb

622.25

E

659.25

F

698.46

F#

739.99

G

783.99

Ab

830.60

Jadual menunjukkan not-not yang digunakan dalam bidang muzik

 

Maka jelas di sini, nahawa matematik mempunyai hubungan dengan kesenian, iaitu seni muzik. Pentafsiran mengenainya sangat mengkagumkan! Tidak dinyatakan disini, semua ahli muzik atau pemuzik mempunyai kemahiran matematik yang tinggi berbanding mereka yang tidak berkecimpung dalam bidang tersebut. Ini adalah kerana penggunaan konsep matematik yang tersirat dalam muzik menyebabkan sesetengah daripada mereka hanya menghasilkan muzik tanpa mengetahui aplikasi matematik terhadapnya. Justeru diharap pembaca Dunia Matematik mendapat manfaat daripada artikel ini dan cuba menggunakan konsep matematik di sekolah dalam bidang seni yang lain. Selamat mencuba!

 

Comments (0)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.