Home 2008 November 2008 Aplikasi Penaakulan Matematik

Penaakulan Matematik PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Arinah Binti Zaidan   
Jumaat, 22 Ogos 2008 12:20

 

 

Harga tiket bas adalah lebih mahal berbanding dengan harga teksi.”

“Tidak semua bas datang tepat pada masanya”


Perbualan di atas menunjukkan satu situasi yang berlaku di perhentian bas. Dengan hanya merujuk pada ayat tersebut, bolehkan anda menentukan sama ada pernyataan tersebut adalah benar atau palsu?


Dalam kehidupan seharian, kita sering melihat atau terlibat sendiri dalam situasi-situasi seperti pertikaian, perbahasan dan sebagainya. Di mana situasi-situasi ini anda akan pertikaikan sama ada apa yang anda katakan adalah benar atau pihak lain yang benar. Bagaimanakah anda hendak menentukan sama ada pernyataan siapa yang adalah benar dan pernyataan siapa yang palsu? Pelbagai cara atau metodologi yang digunakan bagi menangani masalah ini. Salah satu cara yang boleh anda gunakan adalah melalui penaakulan matematik/mantik (mathematical or logical reasoning).


Penaakulan Matematik/Mantik (mathematical or logical reasoning) merupakan satu aspek yang sangat penting dalam bidang matematik. Salah satu contoh yang sangat sesuai untuk membincangkan tentang matematik sebagai bahasa adalah melalui penaakulan matematik kerana dalam penaakulan matematik, ia melibatkan ayat, pernyataan dan simbol-simbol matematik dan bukan nombor-nombor. Tujuan membina penaakulan matematik yang berasaskan pada logik ini adalah untuk membimbing minda kita ke arah berfikiran secara sistematik dan menghasilkan jawapan yang tepat dalam membuat sesuatu keputusan.


Dalam kehidupan seharian, pengetahuan dalam penaakulan matematik amat penting untuk membolehkan kita berfikiran secara kritikal dalam membuat keputusan atau kesimpulan yang tepat. Penaakulan matematik adalah satu bidang dalam matematik tentang prosedur atau prinsip yang digunakan untuk membezakan antara pernyataan yang benar dan pernyataan yang palsu. Ia juga dikenali sebagai penaakulan mantik, di mana ia merupakan satu cara yang sangat ketat untuk menentukan kebenaran sesuatu pernyataan atau penghujahan.


Memang tidak dapat dinafikan bahawa semua orang yang ingin menjadi seorang ahli matematik atau saintis haruslah mampu untuk berfikiran secara logik. Kedua-dua bidang sains dan matematik adalah berasaskan kepada kemampuan kita untuk membina penghujahan yang logik. Sama ada penghujahan tersebut adalah adalah benar atau palsu bergantung pada bidang yang melibatkan penaakulan matematik.


Dalam penaakulan matematik, ia boleh melibatkan pernyataan dan proses yang mudah atau ia juga boleh menjadi lebih sukar dan rumit bergantung pada pernyataan dan hujah yang terlibat. Dengan cara penaakulan matematik, pernyataan-pernyataan akan dibuktikan menggunakan prinsip atau theorem matematik yang tertentu untuk menentukan kesahihan pernyataan tersebut. Tujuan ayat-ayat atau pernyataan ditukarkan kepada bentuk simbol matematik adalah untuk memudahkan proses pembuktian kebenaran pernyataan tersebut.


Contoh yang lebih mudah dalam penaakulan matematik telah pun dipelajari seawal tingkatan 4 dalam subjek matematik.

 

 

Contoh yang lebih mudah:

P: Harga sebiji oren ialah 72 sen.

Q: Harga sepuluh biji oren ialah RM7.20.

P → Q (Jika harga sebiji oren ialah 72 sen, maka harga sepuluh biji oren ialah 72 sen.)

 

 

 

Pernyataan tersebut boleh dituliskan dalam bentuk diatas di mana simbol → membawa maksud implikasi.


Salah satu aspek dalam penaakulan matematik adalah penghujahan. Penghujahan merupakan satu proses membuat suatu kesimpulan berdasarkan beberapa pernyataan yang diberi. Pernyataan yang diberi itu dinamakan premis. Dalam peringkat yang lebih tinggi. Penaakulan matematik boleh menjadi lebih sukar dan ia melibatkan proses dan simbol-simbol yang lebih rumit.


Contoh yang lebih sukar:

 

 


 

Aplikasi penaakulan mantik ini tidak seharusnya terhad pada matematik sahaja, malah ia sepatutnya dilihat juga sebagai alat untuk berfikiran secara krititkal dalam mempelajari bidang subjek yang lain. Kemahiran penaakulan ini boleh juga digunakan bidang penyelidikan, sains komputer, perundangan. Oleh itu, aplikasi penaakulan matematik adalah amat penting dalam kehidupan seharian sejajar dengan KBSM yang ingin memperkembangkan pemikiran mantik atau logik dalam pengajaran dan pembelajaran .

 

 

 

Comments (0)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.