Home 2008 Ogos 2008 Tokoh Dr.Hassan menerajui bidang keusahawanan

Dr.Hassan menerajui bidang keusahawanan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Nadiah Binti Abdul Rahman   
Khamis, 07 Ogos 2008 22:20

 

 

Prof. Madya Dr. Mohd. Hassan Mohd. Osman dilahirkan pada 27 Disember 1959 di Balik Pulau, Pulau Pinang. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Penang Free, Pulau Pinang.Pada awal tahun 1981, beliau telah melanjutkan pelajaran di dalam Diploma Sains Aktuari di Institut Teknologi Mara (ITM), Shah Alam. Pada awal tahun 1983, beliau telah ditawarkan skim Young Lecture dibawah ITM untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dalam bidang Sains Aktuari di Drake University, Des Moines, USA. Setelah lulus dengan ijazah sarjana muda pada tahun 1985 beliau meneruskan pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang yang sama di University of Nebraska-Lincoln, USA.

Selama 8 tahun beliau bertugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dan setelah tamat kontrak beliau bertugas di Fakulti Pengurusan & Pembangunan Sumber Manusia Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai Johor pada tahun 1993. Oleh kerana minat yang mendalam beliau telah meyambung pengajian di peringkat doktor falsafah dalam bidang perniagaan di Loughborough University,UK pada tahun 1996.

 

Bolehkah Dr.Hassan jelaskan, apakah bidang tumpuan penyelidikan dan kepakaran Dr.Hassan?

Prof.Hassan : Saya telah melibatkan diri dalam bidang pembuatan yang terlibat sama dalam Persatuan Penyelidikan Operasi (OR) dan sains pengurusan. Kepakaran saya mengenai aplikasi teknik kuantitatif. Dalam bidang perniagaan, aplikasi matematik yang digunakan agak luas. Apabila kita menggunakan teknik kuantitatif sebagai alat matematik maka kita mesti menggunakannya dengan cara yang mudah agar kita dapat sampaikan hasil untuk difahami oleh majikan. Walaupun kita menggunakan alat kuantitatif tetapi di peringkat membuat keputusan kita perlu banyak menggunakan aspek kualitatif. Berdasarkan pengalaman saya sebagai pensyarah di Fakulti Pengurusan UTM ini, walaupun kita mempunyai latar belakang matematik, biasanya matematik sebagai alat untuk menganalisis tetapi apabila di peringkat menghuraikan hasil dapatan disitulah kita perlu menggunakan kemahiran kita dalam aspek kualitatif. Bermakna disini aspek kuantitatif dan kualitatif adalah sangat penting diaplikasikan dalam perniagaan. Setakat ini penyelidikan dan tumpuan saya kepada bidang keusahawanan teknologi contohnya bioteknologi. Terkini kajian kami mengenai aspek-aspek yang boleh mempengaruhi usahawan-usahawan dalam bidang bioteknologi, ICT dan sebagainya.

 

Bolehkah jelaskan dengan terperinci mengenai bidang perniagaan?

Prof.Hassan : Bidang perniagaan adalah suatu bidang yang cukup luas untuk diperkatakan. Ia merupakan gabungan pelbagai bidang. Pada asasnya ia melibatkan aspek pengurusan, ekonomi, pengakaunan, pemasaran, kewangan dan pelbagai lagi. Biasanya kita hanya tahu perniagaan melibatkan perkhidmatan sahaja tetapi perniagaan juga melibatkan aspek-aspek pembuatan, budaya dan sebagainya. Jadi perniagaan memang merupakan suatu yang cukup luas untuk dikaitkan. Selain itu juga perniagaan merangkumi organisasinya seperti usahawan, majikan, pekerja dan sesiapa yang terlibat dalam perniagaan itu. Apabila kita membincangkan mengenai perniagaan, kita perlu fikirkan secara terperinci samaada perniagaan kecil ataupun perniagaan besar. Kedua-dua perniagaan ini mempunyai perbezaan dari segi kaedah ataupun pendekatan tetapi pada asasnya ia melibatkan aspek-aspek yang telah saya sebutkan tadi.

 

Menurut pendapat Dr.Hassan bagaimanakah boleh kita kaitkan kepentingan bidang matematik dengan bidang perniagaan?

Prof.Hassan : Matematik merupakan satu alat yang kita gunakan dalam membuat keputusan perniagaan. Contohnya kita hendak menentukan apakah bentuk pelaburan yang harus kita laburkan oleh sesuatu perniagaan, maka terdapat beberapa pilihan yang melibatkan elemen seperti risiko. Apabila melibatkan elemen risiko kita akan dapati disini pentingnya matematik sebagai alat untuk membantu usahawan tersebut membuat keputusannya. Selain itu juga ia membantu usahawan membuat unjuran jualan dan menjangkau apakah bentuk-bentuk keuntungan yang akan diperolehi daripada perniagaan yang dijalankan. Jadi ia sedikit sebanyak membantu usahawan dalam aspek-aspek pengurusan dan membuat keputusan. Saya beri contoh realiti yang telah berjaya membuktikan bahawa matematik sangat diperlukan dalam perniagaan. Suatu ketika dahulu, pelajar saya membuat latihan industri dan diminta untuk menyelesaikan masalah bas kilang. Idea bersama telah dicetuskan untuk membuat kajian mengenai giliran menunggu bas bagi pekerja kilang tersebut. Kajian ini melibatkan aspek-aspek statistik iaitu taburan poison. Dapatan dibuat melibatkan analisis menunggu. Hasil dapatan telah dikemukan kepada pihak atasan kilang tersebut supaya menambah bilangan tempat menunggu bas agar kesesakan dapat dikawal. Kerjasama telah diberikan oleh pihak atasan dan akhirnya tiada lagi masalah yang dihadapi oleh kilang tersebut. Disini kita lihat dengan menggunakan aspek-aspek matematik dalam kajian tersebut maka permasalahan tersebut dapat diselesaikan. Bagi usahawan yang membuka perniagaan secara kecil-kecilan, mereka sendiri perlu mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang matematik untuk membantu perniagaan mereka. Jika mereka kurang mahir, maka penambahan kos diperlukan untuk mendapatkan kepakaran tersebut.

 

Mengapakah bidang ini dianggap menarik dan mencabar?

Prof.Hassan : Menarik sesuatu itu bergatung kepada orang yang dapat melihatnya dari pelbagai sudut aspek. Saya ambil pandangan Robert T.Kiyosaki mengenai pekerjaan. Beliau telah membahagikan pekerjaan kepada 4 sukuan. Sukuan pertama- you an employee iaitu bekerja dengan majikan, sukuan kedua- you are self employee iaitu bekerja sendiri, sukuan ketiga- you own your bisnes iaitu mempunyai perniagaan sendiri dan sukuan keempat- you an invester iaitu pelabur. Keusahawan merupakan bidang yang mana peluang menggunakan sumber yang ada pada dirinya. Jika ketiadaan sumber bukanlah suatu alasan untuk tidak mengusahakan sesuatu perniagaan. Jadi disini kreativiti dan daya tahan yang tinggi diperlukan untuk seorang usahawan berusaha sedaya mungkin bagi mendapatkan sumber perniagaannya. Pada saya ahli matematik terdiri daripada mereka yang mempunyai kreativiti yang tinggi. Ini kerana kita sedia maklum mereka selalu diberikan suatu permasalahan matematik yang perlu diselesaikan dengan cara yang tepat. Cara yang digunakan mungkin berbeza-beza mengikut kreativiti. Yang paling utamanya kreatif, sabar dan mempunyai daya tahan yang tinggi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Jadi ini merupakan suatu kekuatan untuk mereka terdorong dalam bidang perniagaan. Cuma kelemahan seorang ahli matematik ialah kurang mahir dalam bekomunikasi. Namun begitu kelemahan ini merupakan kemahiran yang boleh dibina. Setiap perkara yang kita lalui pasti mempunyai cabaran yang tesendiri dan penyelesaian yang tertentu. Biasanya cabaran bagi seorang usahawan ialah kekurangan modal untuk menjalankan perniagaan. Namun cabaran ini telah 78% terbukti dapat diatasi oleh usahawan-usahawan yang berniaga tanpa modal, berusaha untuk mendapatkan sumber orang lain.

 

Bolehkah Dr.Hassan jelaskan apakah sumbangan Dr.Hassan di dalam bidang ini?

Prof.Hassan: Secara kasarnya sumbangan saya dari segi sumbangan akademik dalam mendidik dan menyebarkan ilmu di kalangan graduan. Selain itu juga saya berikan motivasi kepada usahawan untuk mengukur daya tahan mereka samaada mempunyai daya tahan yang tinggi untuk bergelar usahawan. Saya juga menjadi jurulatih perniaagan kepada 14 syarikat dibawah pengelolaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), bimbingan yang berterusan diberikan untuk memastikan kesemua syarikat ini dapat menjalankan perniaagan tanpa masalah-masalah yang sering dihadapi usahawan dan perniagaan mereka terus membangun. Dari segi sumbangan memberikan idea untuk pertandingan rancangan perniagaan dijadikan pertandingan tahunan. Idea ini telah mendapat perhatian daripada Multimedia Development Coopration dan telah mendapat sambutan daripada pelbagai pihak yang beminat. Saya mengharapkan ini akan menjadi dorongan kepada mereka yang ingin memperkenalkan produk mereka ke pasaran yang lebih tinggi dan meluas. Baru-baru ini juga saya telah telibat sama dengan Institusi Keusahawanan Negara dalam kajian mengenai keperluan latihan usahawan di Malaysia, menilai latihan yang telah dijalankan, mengkaji kesan atau impak latihan terhadap peserta dan sebagainya. Sumbangan saya juga boleh dibahagikan kepada tiga iaitu sumbangan di luar universiti, sumbangan peringkat universiti dan sumbangan peringkat fakulti. Disini saya akan nyatakan sumbangan saya yang terkini sahaja sekitar tahun 2006-2008.

Sumbangan Di Luar Universiti:

  • Panel nilai dan Penghakiman Pameran Penyelidikan UTMEX 2008, anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka di Melaka International Trade Center pada 28 Mac hingga 29 Mac 2008.
  • Penceramah di Seminar Pembiayaan MARA, anjuran MARA Negeri Johor, pada 5 Disember 2007 di Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru. Ceramah bertajuk: Motivasi Keusahawanan
  • Penceramah di Seminar Keusahawanan bagi Pelatih dan Bekas Pelatih IKM dan GIAT MARA Negeri Johor, pada 25 Okt 2007 di M-Suite Hotel, Johor Bahru. Ceramah bertajuk: Motivasi Keusahawanan
  • Peserta sesi Cambahan Minda di Entrepreneurship Workshop dengan Assoc. Prof Dr. Nor Aishah Buang, pada 14 February 2007 di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, anjuran MDeC. Bengkel ini bertujuan untuk menentukan hala tuju model pembangunan usahawan teknologi di Malaysia.
  • Penceramah di Dewan Besar Kolej Teknologi Darulnaim, Kota Bahru, Kelantan pada 7 Februari 2007. Ceramah bertajuk: Keusahawanan: Peluang Terbuka Dalam Rancangan Malaysia ke 9 – Pertimbangan untuk Graduan Dinamik
  • Penceramah di Seminar on High Performance Leadership – Leading Innovation anjuran National Productivity Center (NPC) Wilayah Selatan pada 25 Januari 2007 di Renaissance Hotel, Melaka. Ceramah bertajuk: Innovation is About Leadership, not Inspiration
  • Ahli Bengkel Peluang Perniagaan di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) anjuran MARA Negeri Johor di Pesada Johor pada 8 Disember 2006. Hasil bengkel ialah satu pelan tindakan untuk usahawan Bumiputera di WPI.
  • Moderator Regional Business Forum 2006, pada 19 November 2006, anjuran MARA Negeri Johor di Hyatt Regency Hotel, Johor Bahru
  • Penceramah di High Performance Leadership Seminar anjuran National Productivity Center (NPC) Wilayah Selatan pada 30 Ogos 2006 di Putri Pacific Hotel Johor Bahru. Ceramah bertajuk: Leadership Journey, Towards High Performance.
  • Moderator Forum K-Entrepreneur, anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru kerjasama dgn MARA , pada 18 Jun 2006 di Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru.

Sumbangan Peringkat Universiti:

  • Penceramah, Fasilitator & Panel Penilai Kursus Penilaian Tahap Kecekapan Fasa II 2007 – 26 Nov hingga 18 Disember 2007

  • Moderator Seminar Keusahawanan IT – IT dalam bidang pertanian & Bioteknologi, pada 21 November 2007 di Pusat Pembangunan Usahawan MARA (PUSMA), KUT MARA, Technovation Park, UTM, anjuran Biro Inovasi dan Perundingan.
  • Fasilitator Bengkel E-Lab UTM-MdeC Business Plan Competition – Business Idea Competition 2007 – 7 Okt 2007
  • Penyelaras dan Ketua Panel Penilai Pertandingan Rancangan Perniagaan dan Idea Perniagaan (UTM-MDeC BPC-BIC 2007) (Peringkat kertas kerja dan Pembentangan, Okt 2007 hingga Jan 2008.
  • Panel Penilai Pertandingan Rancangan Perniagaan UTM-MDeC BC-BIC 2007 (Peringkat Pertama- Konsep Perniagaan) – 27 September 2007
  • Fasilitator Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) di Air Keroh D’ Village anjuran HEP UTM & di taja oleh Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi pada 7 Mei hingga 12 Mei 2007
  • Ahli Jawatankuasa Penerapan Kemahiran Generik dan Employabiliti Graduan Universiti – 1 April 2007 hingga 31 Mac 2009.
  • Ahli Jawatankuasa Penubuhan Sarjana Pengurusan Projek Secara Kerjasama UTM-JKR – Ogos 2007 hingga Mac 2008
  • Ahli Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Negeri Johor dari 2003 hingga sekarang
  • Ahli Jawatankuasa Pembangunan Industri Negeri Johor dari 2003 hingga sekarang
  • Ahli Panel K-Ekonomi Negeri Johor, 2004-2006
  • Setiausaha, Jawatankuasa Protem Penubuhan Dewan Perniagaan Antarabangsa Bumiputera WPI, 2007 hingga sekarang
  • Fasilitator Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) di Air Keroh D’ Village anjuran HEP UTM & di taja oleh Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi pada 27 November hingga 2 Disember 2006
  • Fasilitator Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) di Hotel Seri Malaysia Port Dickson anjuran HEP UTM & di taja oleh Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi pada 4 Disember hingga 9 Disember 2006

Sumbangan Peringkat Fakulti:

  • Ketua Unit Kriteria 1 Unit Pngurusan Kualiti – 1 Mac 2008 hingga 28 Februari 2010.
  • Timb. Pengerusi II Jawatankuasa Penubuhan Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan Perniagaan - Julai 2006 hingga Sekarang
  • Ahli Panel Penilai Urusan Kenaikan Pangkat Profsor Madya FPPSM – Jun 2006
  • Ahli Panel Penilai Kenaikan Pangkat Profesor Madya Fakulti Pendidikan - Jun 2006
  • Pengarah National Conference on Management of Technology & Technology Entrepreneurship – MOTTE 2005 - Jun 2004 hingga Jan 2006

Bagaimanakah cara pelajar boleh menceburi bidang perniagaan serta kelayakan yang diperlukan?

Dr.Hassan: Pada saya tiada kelayakan yang diperlukan untuk menceburi bidang ini. Minat adalah pekara yang paling penting diambil kira jika ingin menceburi bidang perniagaan. Selain itu juga terdapat 13 ciri kompetensi keusahawan. Ciri-cirinya ialah inisiatif, melihat dan merebut peluang, kecekalan, mencari maklumat, menitikberat mutu kerja yang tinggi, komitmen terhadap perjanjian kerja, berorientasikan kecekapan, merancang secara sistematik, penyelesai masalah, berkeyakinan diri, ketegasan, berkemampuan menyakinkan orang lain, dan akhir sekali mampu menggunakan strategi pengaruh. Jadi kesemua ciri yang disebutkan tadi diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang bejaya. Cara bagi usahawan memulakan perniagaan ialah mulakan perniagaan tersebut tetapi dalam masa yang sama pastikan mempunyai seorang mentor yang boleh dijadikan panduan.

 

Adakah video anda tidak dapat dimainkan? Sila klik disini.

 

Apakah nasihat dan dorongan Dr.Hassan kepada mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan?

Dr.Hassan: Ringkasnya nasihat saya kaji bidang yang ingin diceburi secara mendalam seperti pasaran, keperluan dan sebagainya, mengukur keupayaan diri melalui ujian yang diadakan selalunya dalam kursus-kursus keusahawan, membina kompetensi keusahawan dalam diri. Memulakan perniagaan secara kecil-kecilan tetapi perlukan pemikiran yang besar ataupun tinggi. Pada saya di Malaysia terdapat 4 jenis usahawan. Pertama orang kaya baru (OKB), biasanya mereka dapat sesuatu projek yang besar daripada ahli politik yang dikenali selepas habis projek maka habislah juga kekayaan yang dimiliki. Keduanya usahawan baru seperti mereka yang terdiri daripada pelajar ataupun orang yang muda tanpa pengalaman. Ketiga ialah usahawan gerai, bagi usahawan ini mereka tidak mengalami sebarang perubahan sejak memulakan peniagaan mereka. Akhir sekali usahawan tulen merupakan usahawan yang diperlukan. Mereka memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan mengalami perubahan seperti contoh mereka memulakan perniagaan dengan membuka gerai kemudian 3 tahun selepas itu berjaya mengembangkan perniagaan dengan membuka restoran dan bertahun-tahun selepas itu telah berjaya membuka beberapa lagi cawangan perniagaannya di merata tempat. Bagi saya seorang usahawan itu sanggup bersusah payah dahulu dan bersedia untuk mengalami kesusahan ketika berada dalam keadaan mewah dan senang. Akhir sekali kepada sesiapa yang berminat bolehlah melawati makmal keusahawan kami di Fakulti Pengurusan Universiti Teknologi Malaysia yang terletak di D06 aras 2.

 

Bersama Siswa UTM setelah tamat kursus asas keusahawan di Johor Bahru
Prof. Madya Dr Mohd Hassan Mohd Osman (kiri) bersama Tengku Ahmad Rithaudeen (kanan), Presiden Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) semasa Mesyuarat Agong DPIM di Persada Johor.

Comments (0)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.