Home 2009 Kerjaya kerjaya biosains dan bioteknologi

kerjaya biosains dan bioteknologi PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Nadiah Binti Abdul Rahman   
Sabtu, 24 Januari 2009 08:00

 

 

 

 

Pada kali ini editor akan memperkenalkan kepada pembaca mengenai kerjaya dalam bidang Bioteknologi. Apakah itu bioteknologi?


Bioteknologi merupakan satu bidang sains di mana benda hidup digunakan untuk penghasilan produk atau untuk melakukan sesuatu tugasan untuk manusia. Tumbuh-tumbuhan, haiwan dan juga mikroorganisma seperti bakteria telah digunakan untuk menghasilkan kebaikan kepada manusia. Dalam bidang industri perubatan dan pertanian, Bioteknologi bantu dalam penghasilan makanan, ujian untuk mengesan penyakit dan untuk melupuskan sisa. Bioteknologi boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah dan untuk membantu dalam penyelidikan. Bioteknologi biasanya terbahagi kepada 3 bahagian -bioteknologi merah, putih dan hijau. Bioteknologi merah adalah berkaitan dengan mikroorganisma yang telah diubah bahan genetiknya yang digunakan untuk menghasilkan produk seperti insulin dan vaksin untuk kegunaan perubatan. Bioteknologi putih melibatkan penciptaan bahan kimia berguna untuk sektor perindustrian melalui organisma-organisma seperti kulat dan yis. Jenis bioteknologi ini juga dikenali sebagai bioteknologi kelabu. Bioteknologi hijau, juga dikenali sebagai bioteknologi pertanian, berurusan dengan aplikasi-aplikasi yang bertaut kepada pertanian. Ianya melalui penyelidikan bioteknologi merah dapat menghasilkan antibiotik untuk jangkitan berbeza-beza dan vaksin untuk menguatkan sistem keimunan dan mengesan dan mengubati sebarang kecacatan genetik dan penyakit telah dihasilkan. Bioteknologi merah juga membantu dalam teknologi pembiakan seperti persenyawaan in-vitro, penghasilan profil DNA, forensik dan teknologi permindahan. Hanya dengan pertolongan bioteknologi putih yang membantu persekitaran untuk membolehkan pengawalan haiwan dan tumbuhan perosak. Bioteknologi telah membantu dalam pembersihan tumpahan minyak, melindungi spesis yang terancam dengan menyimpan DNA untuk penyelidikan pada masa akan datang dan menolong mengasingkan sebarang nutrien yang berlebihan dalam tanah mahupun dalam air. Penyelidikan dalam bioteknologi juga bertujuan untuk pengekstrakan logam dari tanah untuk menyediakan perlombongan yang bersih, mengesan periuk api dan pembersihan logam arsenik dan logam lain yang mencemar. Bioteknologi hijau melibatkan manipulasi tumbuhan dan haiwan untuk menghasilkan spesis yang lebih mesra alam sekitar dan produktif. Pembangunan pelbagai jenis gandum yang tahan penyakit dengan cara pembiakan silang jenis gandum yang berbeza adalah satu contoh bioteknologi hijau.

 

 

 

Apakah yang anda tahu mengenai kerjaya dalam bidang Bioteknologi? Sebenarnya terdapat 7 klasifikasi di dalam bidang Bioteknologi seperti jadual dibawah.

 

Akademik

Pensyarah

Profesor

Bidang Penyelidikan

Saintis Penyelidikan & Pembangunan (R&D)

Penyelidik

Pengawal Penyelidik

Pembantu penyelidik

Perniagaan

Penganalisa Pelaburan

Perunding Pelaburan

Usahawan

Perunding Teknologi

Pentadbiran & Pengurusan

Pengarah

Ketua Pengawai Eksekutif

Ketua Eksekutif Sains

Ketua Eksekutif Perubatan

Pengurus Penyelidikan

Pengurus Makmal

Pengurus Pembangunan Perniagaan

Pengawai Sains

Teknologi Maklumat & Kejuruteraan

Ahli Bioinformatik

Jurutera Proses

Pengawai Kawalan Mutu

Ahli Kimia Industri

Jurutera Kimia

Jurutera Bioteknologi

Juruteknik Kawalan Mutu

Juruteknik Makmal

Pelbagai

Ahli Biostatistik

Penulis / Editor Sains

Peguam Paten

Guru

Pengawai Perhubungan Awam

 

 

 

 

Seperti yang diketahui, Malaysia mempunyai 16 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang menyediakan pelbagai peluang kepada para pelajar untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Kebanyakan daripada universiti-universiti ini ada menawarkan kursus bioteknologi atau kursus-kursus lain yang berkaitan dengan bioteknologi. Melalui majalah ini, kami cuba untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang peluang yang ada ditawarkan oleh IPTA untuk anda memilih kursus bioteknologi atau berkaitan bioteknologi.


 

Berikut di bawah ini merupakan syarat-syarat am bagi setiap universiti yang terlebih dahulu perlu dipenuhi oleh para pemohon untuk dipertimbangkan bagi diterima masuk ke IPTA berkenaan.

 

 

Syarat Am Universiti

 

STPM

Diploma / setaraf

Matrikulasi

1. Lulus SPM / setaraf dengan baik

2. Kepujian dalam Bahasa Melayu diperingkat SPM / setaraf

3. Lulus peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya:

  1. Pengajian Am- Gred C DAN

  2. 2 subjek lain- Gred C

4. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET)

1. Lulus SPM / setaraf dengan baik.

2. Kepujian dalam Bahasa Melayu diperingkat SPM / setaraf.

3. Kelulusan Diploma / kelulusan lain yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti

DAN

4. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET)

 

Lulus Matrikulasi yang dikelolakan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM)

 

Secara amnya, kebanyakan IPTA di Negara kita banyak menawarkan kursus-kursus berkaitan bioteknologi. Berikut merupakan kelayakan-kelayakan minima yang perlu di penuhi untuk membantu mencapai impian anda.

 

Kelayakan minima yang ditetapkan oleh setiap IPTA di Malaysia

 

STPM

Diploma / setaraf

Matrikulasi

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C atau minima Gred B untuk kursus Kejuruteraan didalam subjek-subjek berikut:

- Biologi

- Kimia

- Fizik

- Matematik Moden / Matematik Tambahan

Diploma Sains atau Diploma Kejuruteraan atau Diploma bersesuaian dengan kursus yang dipohon.

PNGK minima 2.70

Lulus pengajian matrikulasi dengan PNGK minima 2.00 (bergantung kepada kursus yang dipohon)

 

Ijazah-ijazah Kepujian didalam bioteknologi atau berkaitan bioteknologi yang ditawarkan oleh IPTA di Negara kita.

 

Sarjana Muda Sains Kepujian dalam

  • Bioteknologi

  • Bioinformatik

  • Bioperubatan

  • Bioteknologi sumber

  • Biokimia

  • Mikrobiologi

  • Zoologi

  • Biologi Industri

  • Kimia Sumber

  • Kimia Industri

  • Kimia Analisis & Persekitaran

  • Kimia

  • Fizik

  • Fizik Kesihatan

  • Fizik Perubatan


Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) dalam

  • Bioperubatan

  • Bioteknologi

  • Kimia

  • Kimia Bioproses

  • Biokimia


Sarjana Muda dengan Pendidikan (Kepujian) dalam

  • Biologi

  • Fizik

  • Kimia

 

 

 

 

Bioteknologi adalah bidang yang baru di Negara kita, oleh itu para pelajar perlu bersedia untuk meneroka bidang ini. Bioteknolgi merupakan suatu bidang yang mempunyai prospek kerjaya yang luas.Bagi mereka yang berminat untuk menyertai bidang bioteknologi, beri tumpuan pada mata pelajaran komponennya seperti biologi, kimia, fizik dan matematik. Pelajar harus mempunyai minat dan keinginan meningkatkan diri untuk menjadi seorang saintis yang berjaya.

 

Comments (1)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.