Home 2009 April 2009 Kerjaya kerjaya kejuruteraan automotif

kerjaya kejuruteraan automotif PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Nadiah Binti Abdul Rahman   

 

 

 


 

 

Salam mesra kepada para pembaca Ruangan Kerjaya Dunia Matematik!

      Apabila memperkatakan mengenai kerjaya dalam bidang automobil, satu industri yang sememangnya berkaitan terus dengan bidang ini ialah kejuruteraan automotif.

      Sememangnya kejuruteraan automotif merupakan bidang yang paling utama dalam kerjaya yang berkaitan dengan bidang automobil. Ini kerana  industri automobil merupakan industri yang berkembang pesat di serata dunia, bukan sahaja di China, Thailand dan Malaysia, bahkan di Eropah Tengah dan Timur. Kini isu yang asyik diperkatakan dalam industri automobil ini ialah isu mesra alam terungkap kepada tiga unsur penting iaitu pelepasan gas, penggunaan plastik mesra alam dan penggunaan bahan api secara optimum. Seperti mana yang diperjuangkan dalam Protokol Kyoto 1997 yang bertujuan untuk menyelaraskan tindakan secara global untuk mengurangkan peningkatan suhu bumi. Jadi dunia memerlukan kepakaran daripada bidang kejuruteraan automotif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi kini.

      Justeru itu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ditubuhkan di Malaysia termasuk juga Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) menawarkan kursus Kejuruteraan Automotif atau kursus-kursus lain yang berkait dengan bidang automobil.

Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), kursus Kejuruteraan Automotif telah ditawarkan pertama kali pada sesi 1999/2000. Kursus Automotif ini ditawarkan sebagai pengkhususan dalam kursus Kejuruteraan Mekanikal, meliputi kursus rekabentuk automotif, struktur dan dinamik kenderaan, kuasa dan pemindahan (kuasa keretapi), kenderaan aerodinamik, elektronik, ergonomik, bahan automotif dan penghasilan.

Oleh sebab itu, graduan kursus ini memenuhi keperluan jurutera dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan juga pengkhususan bidang automotif. Seorang jurutera automotif akan menjalankan aktiviti atau tugasnya berdasarkan kepada cakupan pekerjaannya dalam bidang penyelidikan, rekabentuk, pembangunan dan penghasilan pelbagai jenis kenderaan berat dan ringan. Dalam mencipta atau menghasilkan suatu rekabentuk kenderaan terkini, mereka akan menggunakan ilmu yang telah dipelajari seperti enjin dan pemindahan, kenderaan dinamik, aerodinamik, analisis struktur kenderaan, elektronik dan lain-lain. Ini akan dibuat berdasarkan kualiti jaminan untuk memenuhi permintaan standard, persembahan atau prestasi dan juga keselamatan. Biasanya, jurutera automotif bekerja dalam bidang rekabentuk dan penghasilan automotif.

Segelintir individu akan mencari kerjaya dalam bidang pengeluaran kenderaan secara komersial seperti lori, bas, kereta ‘sport’, kereta lumba, traktor ataupun keretapi. Pasaran untuk jurutera dalam bidang automotif di Malaysia berkembang pesat disebabkan oleh perkembangan sektor automotif yang dikuasai oleh PROTON, PERODUA, MODENAS dan HICOM. Beberapa syarikat pengeluar asing juga telah menyediakan pelbagai jenis kenderaan di Malaysia. Dalam menyokong perkembangan industri automotif, banyak syarikat komponen automotif yang telah ditubuhkan. Prestasi yang tinggi dalam sektor kenderaan di Malaysia dengan campur tangan PETRONAS juga telah wujud dan dijangka berkembang dengan pesatnya.

Tambahan lagi, terdapat syarikat seperti Master Builder, Malaysian Truck & Bus dan sebagainya telah menceburi bidang penghasilan kenderaan berat termasuklah lori dan bas. Oleh sebab itu, graduan UTM dalam bidang Kejuruteraan Automotif mempunyai peluang kerjaya atau pekerjaan yang sangat tinggi untuk menjawat jawatan sebagai jurutera ataupun pengurus dalam industri automotif samada di Malaysia ataupun di luar Negara.

Bidang Kejuruteraan Mekanikal (automotif) menjurus kepada bidang saintifik, operasi dan rekabentuk automobil. Kursus yang ditawarkan oleh UTM merupakan satu-satunya kursus automotif yang ada di Malaysia. Kursus ini dibahagikan kepada beberapa bidang pengkhususan seperti berikut:

 

Bidang Pengkhususan

Penerangan

Pembakaran Dalaman

 

Bidang in mengkaji proses pembakaran yang berlaku di dalam silinder. Maka, prinsip termodinamik digunakan untuk mengenalpasti proses pembakaran yang berlaku. Faktor mempengaruhi pembakaran turut dikaji.

Sistem Kejuruteraan Automotif

Bidang ini termasuklah sistem tambahan dalam automobil. Pengetahuan asas tentang sistem hidraulik (tekanan air) dan pneumatik (tekanan udara) sangat diperlukan, sistem pengurusan elektronik dan bekalan kuasa diperkenalkan.

Struktur Automotif

Bidang ini memastikan integriti dan kekuatan bahan tertentu yang digunakan. Dengan menggunakan pelbagai dimensi dan ketahanan, kekuatan bahan, pemesongan sinar dinding yang nipis dan analisis bahagian secara terbuka, struktur boleh ditentukan.

Rekabentuk Automotif

Rekabentuk automotif ialah kajian tentang pengetahuan teknikal di mana ianya menggabungkan kebolehan untuk merancang, menilai dan memulakan aktiviti rekabentuk.

Kenderaan Dinamik

Bidang ini memfokuskan pergerakan di atas permukaan yang tidak rata dan permukaan yang linear/lurus, yang boleh meningkatkan ciri-ciri perbezaan sesuatu pergerakan.

Penghasilan Automotif

Bidang ini memfokuskan tentang pelbagai kaedah dalam pengumpulan komponen automotif dan teknologi pengeluaran dalam menghasilkan komponen automotif utama.

 

Terdapat tiga kelayakan kemasukan untuk Ijazah Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) di UTM.

A. Kelayakan minimum kemasukan untuk lepasan STPM

Syarat Asas Universiti

Syarat Utama Program

1.    Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan yang baik

2.    Lulus dan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu dalam SPM atau peperiksaan lain yang sama taraf.

3.    Mendapat sekurang-kurangnya band 1 dalam peperiksaan Malaysian University English Test (MUET).

4.    Lulus dalam STPM atau peperiksaan yang setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya :

     i.        Gred C dalam Pengajian Am.

    ii.        Gred C dalam mana-mana dua mata pelajaran yang lain.

1.    Lulus STPM dengan PNGS sekurang-kurangnya 2.75

2.    Lulus STPM sekurang-kurangnya gred B (2.67) dalam Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia.

3.    Lulus dan mendapat kepujian dalam Matematik dalam SPM atau peperiksaan lain yang sama taraf.

4.    Tidak mempunyai masalah kesihatan yang boleh mempengaruhi pembelajaran.

 

B. Kelayakan minimum kemasukan untuk lepasan Matrikulasi dalam Program Asasi Sains

 

Syarat Asas Universiti

Syarat Utama Program

1.    Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu dalam SPM atau peperiksaan lain yang sama taraf.

2.    Lulus dalam Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia- sekurang-kurangnya mendapat PNGS 2.00 dan lulus semua matapelajaran pengkhususan yang diambil.

3.    Mendapat sekurang-kurangnya band 1 dalam peperiksaan Malaysian University English Test (MUET)

1.    Lulus dan mendapat kepujian dalam Matematik dalam SPM atau peperiksaan lain yang sama taraf.

2.    Lulus STPM sekurang-kurangnya gred B (2.67) dalam Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia, sekurang-kurangnya mendapat PNGS 2.75 serta lulus semua mata pelajaran pengkhususan yang diambil.

3.    Tidak mempunyai masalah kesihatan yang boleh mempengaruhi pembelajaran.

 

C. Kelayakan minimum kemasukan untuk lepasan Diploma

 

Syarat Asas Universiti (lepasan Sijil)

Syarat Asas Universiti (lepasan Diploma)

Syarat Utama Program

1.    Lulus SPM atau peperiksaan yang sama taraf dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran

             i.        Bahasa Melayu

            ii.        Matematik

2.    Mendapat sijil dari Politeknik@ yang sama taraf dalam kursus yang relevan dengan mendapat minimum ;

i.      PNGS 2.00

ii.    Lulus semua mata pelajaran pengkhususan

3.    Calon diminta untuk menghantar transkrip keputusan sijil (semester I-semester akhir)

 

 

1.    Lulus SPM atau peperiksaan yang sama taraf dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran

i.       Bahasa Melayu

ii.       Matematik

2.    Mendapat sekurang-kurangnya band 1 dalam peperiksaan Malaysian University English Test (MUET).

3.    Memegang kelayakan lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diakui oleh Senator.

 

 

 

1.    Lulus dan mendapat kepujian dalam Matematik dalam SPM atau peperiksaan lain yang sama taraf.

2.    Mempunyai Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari UTM  atau yang sama taraf dan mendapat sekurang-kurangnya PNGS 2.50

ATAU

3.    Mempunyai Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari UTM atau yang sama taraf dan mendapat sekurang-kurangnya PNGS 2.30 dan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 2 tahun.

4.    Tidak mempunyai masalah kesihatan yang boleh mempengaruhi pembelajaran.

 

Sebenarnya banyak bidang-bidang yang berkaitan automobil yang mempunyai kerjaya luas jika seseorang pelajar telah melepasi peringkat asas pembelajaran di universiti sebelum memasuki dunia pekerjaan sebenar.

      Kini negara Malaysia memerlukan jurutera yang mahir dan pakar dalam bidang ini untuk meningkatkan mutu industri automobil di Malaysia sekaligus meningkatkan ekonomi negara. Diri anda sendiri yang menentukan samaada ingin memiliki kemahiran dan kepakaran dalam bidang ini. ‘Tepuk dada tanyalah selera’.

 

 

 

 

 

 

 

Comments (4)

 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.