Home 2009 Mac 2009 Tahukah Anda Matematik Dalam Menghias Rumah

Matematik Dalam Menghias Rumah PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Siti Diyana Binti Razib   
Khamis, 12 Mac 2009 12:53

 

 

          Matematik boleh membantu menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian. Antaranya matematik digunakan juga untuk menghias rumah. Kebanyakan penghias rumah hanya boleh menghias sesuatu dalam lingkungan wang diperuntukkan. Contohnya bagaimana anda tahu berapa banyak gulungan kertas dinding yang diperlukan jika anda tidak mengira luas kawasan dinding yang perlu diliputi. Fahami beberapa asas geometri di bawah yang boleh membantu anda untuk mengeluarkan belanja.

 

          Sebelum itu perkataan geometri juga bermaksud ‘untuk mengukur Bumi’. Geometri ialah cabang matematik yang merangkumi aspek luas, jarak, isipadu dan beberapa ciri lain dalam bentuk dan garis lurus. Jika anda mencari jarak antara dua titik, isipadu air dalam kolam renang, sudut dalam hantaran tennis atau berapa banyak gulungan kertas dinding untuk dinding rumah anda, geometri ada jawapannya.

 

 

 

         Bayangkan anda merancang untuk membeli tikar baru untuk rumah anda. Kawasan yang dikehendaki ialah ruang tamu, bilik tidur, ruang laluan tapi bukan di bilik air. Anda boleh hanya menganggar jumlah luas namun, adalah lebih bagus jika dapat menganggar dengan tepat. Untuk menentukan jumlah luas dengan tepat, anda perlu menggunakan formula ringkas di bawah. 

A = L x W

Atau dengan kata lain, luas ialah panjang darab lebar.

 

 

          Bermula dengan menganggar jumlah keseluruhan lantai. Kemudian anda boleh menolak luas kawasan di bilik air, memandangkan tikar tidak diperlukan di situ. Berdasarkan lakaran di atas, jumlah keseluruhan lantai ialah 6.6 m (3.6 m dicampur 3.0 m). Jumlah lebar lantai ialah 3.6 m (2.1 m dicampur 1.5 m). Maka luas keseluruhan lantai rumah anda ialah

Luas lantai = 6.6 m x 3.6 m

Luas lantai = 23.76 meter persegi

 

 

Kini anda perlu menghitung luas kawasan bilik air untuk dikecualikan. Bilik air ialah 2.1 m panjang dan 1.5 m.

Luas bilik air = 2.1 m x 1.5 m
Luas bilik air = 3.15 meter persegi.

 

Dengan menolak luas kawasan bilik air, maka jumlah kawasan yang diperlukan untuk tikar ialah:

 

 

Luas kawasan tikar = 23.76 – 3.15 meter persegi
Luas kawasan tikar = 20.61 meter persegi.

 

 

 

 

Mengira berapa banyak tikar yang diperlukan ialah tugasan yang mudah jika kesemua kawasan ialah segiempat sama atau segiempat tepat. Bagaimana jika terdapat ruang bulatan atau lengkuk pada kawasan rumah anda? Di sini geometri memainkan peranan sekali lagi, rumusnya ialah:

 

Atau dengan kata lain, luas kawasan berlengkuk ialah ‘pi’ darab jejari kuasa dua. Jejari bulatan ialah separuh daripada diameter. Mengkuasa duakan sesuatu bermaksud mendarabkannya dengan nombor itu sendiri. ’Pi’ merupakan simbol yang mewakili 3.14159. 

 

 

Jika kawasan ruang tamu anda terdapat semi bulatan seperti atas, anda memerlukan formula tambahan untuk menyelesaikannya. Untuk mencari jejari bulatan, anda perlu membahagi dua diameter yang ada. Panjang diameternya adalah sama dengan kelebaran ruang tamu: 3.6 m. Separuh daripada nilai itu ialah jejari: 1.8 m. 

 

Mari kita masukkan nilai tersebut.

 A = 3.14159 x (1.8m x 1.8m)

A = 10.18 meter persegi.

 

Jika kawasan anda adalah bulatan sepenuhnya maka luas kawasan ialah 10.18 meter persegi. Namun, ia adalah separa bulatan. Maka anda perlu membahagi dua luas bulatan tersebut, dan menjadi 5.09 meter persegi. Seterusnya tambahkan dengan luas kawasan lain yang memerlukan tikar, iaitu 20.61 meter persegi. Jumlah luas keluasan yang memerlukan tikar ialah 25.7 meter persegi.
 
 
 Video:
(credit to
http://www.youtube.com/watch?v=JijhDDJvExo
www.havefunteaching.com)
 
 
                                                         
 
                                                             Adakah video anda tidak dapat dimainkan? Sila klik disini.
 

 

 

Comments (9)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.