Home 2009 Mac 2009 Perisian Matematik Sudut Matematik Dalam Perisian KIG

Sudut Matematik Dalam Perisian KIG PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Siti Diyana Binti Razib   
Selasa, 17 Mac 2009 16:07

 

Perisian pembelajaran percuma ini dibangunkan oleh KDE teknologi khusus untuk pelajar, ibubapa, kanak-kanak, guru, orang dewasa. Mereka boleh menggunakan perisian dengan bebas sama ada untuk menyalin, mengubah suai mengikut keperluan dan juga berseronok dalam pembelajaran!

Edisi kali ini akan memperkenalkan perisian baru ini dan lebih menumpu kepada membina pelbagai bentuk poligon berserta sudut dalamnya. Bagaimana keadaan bentuk anda berubah, sudut juga akan berubah. Namun masih mengekalkan jumlah sudut dalamnya. Contohnya untuk bentuk segiempat, 360 merupakan jumlah sudut dalamnya.

Mari belajar membina pelbagai jenis bentuk dan ketahui nilai sudut dalamannya melalui Kig ini. Selain itu, rekaan berunsur Islam turut boleh dipelajari. 

 

Klik Segment untuk membuat garisan dan membina bentuk.

 

Apabila anda klik pada titik (point), anda boleh menggerakkan titik untuk mengubah bentuk.

 

Anda boleh meletakkan koordinat dengan dwi-klik pada titik dan pilih Add Text Label dan klik  Coordinate.

 

 
Labelkan hujung titik dengan dwi-klik pada titik dan pilih Set Name...Namakan titik anda sebagai A, B dan C.

 

 

Anda boleh mewarnakan garisan dengan klik kanan pada sisi (line segment), pilih Set Color dan klik pilihan warna anda.
 

 

Maka, segitiga yang menarik telah pun dihasilkan lengkap dengan koordinat pada setiap titik.
 
Anda boleh menyelindungkan titik anda dengan klik kanan pada titik dan pilih Hide.

 

(letakkan sudut)

Klik Angle by Three Points.  Untuk membentuk sudut seperti contoh di bawah, anda boleh klik pada garisan kuning dahulu, diikuti titik C dan akhir sekali klik pada garisan hijau.
 
Anda boleh menambah sudut dengan klik kanan pada garisan sudut, pilih Add Text Label dan klik Angle in Degree atau Radian.

 

 

Sudut yang Menakjubkan

 

Mengapa pula menakjubkan? Ini kerana tidak kira apa jua bentuk segitiga anda, apabila anda menjumlahkan kesemua sudut, tetap memperoleh 180 darjah.

 

Klik Text. Kotak seperti di bawah akan muncul. Kemudian taip:

 

<ABC=%1

<ACB=%2

<BAC=%3

 

 

Seterusnya klik Next.

 Kotak seperti di bawah pula akan muncul. Pilih mana-mana ‘argument(s)’ yang kamu perlu. Klik setiap ‘argument’, dan pilih sudut yang bersesuaian pada segitiga anda.

 

 

Klik kanan pada garisan sudut dan pilih Angle in Degree. Klik Finish.

 

 

Sudut anda akan tertulis pada kotak seperti contoh di atas.

 

 

 

Klik Circle by Center and Point untuk membuat banyak bulatan seperti di bawah.

 

 

 

Klik Objects-Polygon-Regular Polygon with Given Center.

 

 

 

Klik pada pusat bulatan dan tarik hingga ke lilitan bulatan. Lepaskan klik. Kemudian kurser digerakkan dalam bulatan untuk memilih corak geometri.

 

 

 

Ulangi langkah yang sama untuk bulatan yang lain.

 

Sembunyikan bentuk bulatan dan tinggalkan bentuk geometri sahaja.

 

Warnakan polygon anda dengan klik kanan pada polygon dan klik Set Colour 

 

 
Langkah-langkah di atas hanyalah sebagai panduan dalam membuat aplikasi geometri ini. Anda boleh menggunakan daya kreativiti anda sendiri untuk melakar geometri berunsur Islam yang lebih menakjubkan. Semoga Berjaya!
 

 

Comments (1)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.