Kitar Semula PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Nur Anis Hayati Mohd Din   
Isnin, 13 Disember 2010 17:42

 

 Salam 1Malaysia..bertemu lagi kita untuk edisi akhir bagi tahun 2010..Smile

Kali ini, buat pembaca setia Dunia Matematik, penulis menyediakan satu artikel yang perlu dititikberatkan oleh semua penghuni di muka bumi ini. Kalian tentu sedar dunia pada hari ini semakin lama semakin panas bukan..ini ada kaitannya dengan perubahan iklim dunia dan pemanasan global..Tetapi hal ini telah diterangkan oleh penulis-penulis sebelum ini..Kalian boleh merujuk ke artikel Pemanasan Global dan Panasnya Bumi Kita untuk mengimbas kembali punca berlakunya krisis ini..Smile

Oleh yang demikian, untuk kali ini penulis akan memberi informasi tentang cara untuk mengatasi krisis tersebut melalui kaedah paling mudah dan menjimatkan..cara tersebut ialah dengan melakukan Kitar Semula.

.

 

DEFINISI KITAR SEMULA

  • Suatu proses untuk mendapatkan bahan yang boleh digunakan semula daripada sisa-sisa pembuangan yang menyebabkan pencemaran
  • Suatu proses untuk mengubah bahan yang menjadi sisa kepada suatu sumber yang mendatangkan nilai
Antara bahan-bahan yang boleh dikitar semula ialah kertas, kaca, plastik dan logam. Kitar semula adalah penting untuk kita dan juga alam semula jadi di muka bumi. Disebabkan jumlah pembuangan sisa yang semakin banyak kita perlu bertindak cepat supaya muka bumi ini tidak terdedah kepada ancaman yang lebih bahaya.
 
KEPENTINGAN KITAR SEMULA
 

 
        TERHADAP ALAM SEKITAR  
               TERHADAP MANUSIA  

 - Membantu mengurangkan

   pencemaran daripada sisa pepejal

 - Mengurangkan keperluan terhadap

   bahan mentah. Maka sumber asli

   dapat disimpan dan dikekalkan

 - Membantu mengekalkan pemeliharaan 

   dan pemuliharaan alam semula jadi

 - Memelihara sumber alam semula jadi

   untuk generasi baru. Ini kerana penggunaan

   bahan mentah dapat dikurangkan dan

   menggunakan tenaga yang sedikit

   berbanding dengan pemprosesan sumber asli 

 - Mengurangkan belanjawan kewangan.

   Penghasilan produk daripada bahan mentah

   lebih tinggi berbanding hasil kitar semula

 

 
PELAKSANAAN KITAR SEMULA
 
Kitar semula boleh dilakukan dengan 2 cara yang mudah iaitu :-
  1. Pemungutan Sampah - Mengasingkan sampah dan sisa yang boleh dikitar semula dengan yang tidak boleh dikitar semula
  2. Pusat Kitar Semula -  Menghantar sampah dan sisa yang boleh dikitar semula ke pusat-pusat kitar semula yang ada

Berikut merupakan bilangan syarikat kitar semula yang terdapat di Malaysia :-
 
  NEGERI  
  JUMLAH  
 Perlis
     0
 Kedah     0
 Pulau Pinang 
    32
 Perak     6
 Selangor    59
 Negeri Sembilan 
     5

 Melaka

     3
 Johor    12
 Pahang
     1
 Terengganu     2
 Kelantan     5
 Sabah     3
 Sarawak    10
 Kuala Lumpur     27
 JUMLAH KESELURUHAN     165
                                                         Sumber: sisa.my@Malaysia
 
Dengan adanya syarikat-syarikat ini, proses kitar semula dapat dilakukan dengan lebih teratur dan sistematik dengan bantuan kelengkapan yang serba lengkap dan terkini.
 
Diharapkan dengan artikel ini, kalian mendapat informasi berguna berkaitan kitar semula..walaupun ringkas, semoga informasi yang diberikan dapat memberi kesedaran kepada semua pembaca tentang kepentingan memelihara alam semula jadi bumi kita..kalau bukan kita yang menjaganya, siapa lagi bukan...marilah renungkan bersama..Wink
 

 

 

 

Comments (1)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.