Home 2010 Jun 2010 Kerjaya Arkitek Profesional

Arkitek Profesional PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Fatimah Abu Bakar   
Selasa, 08 Jun 2010 23:45

 
 

     Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua peminat setia majalah web ini. Smile Ruangan kerjaya kali ini akan membincangkan mengenai kerjaya seorang arkitek profesional. Saya amat yakin setiap orang pasti mengimpikan cita-cita yang sangat tinggi dalam diri mereka dan salah satunya ialah kerjaya arkitek.

                                   

     Seni bina adalah seni dan sains sebuah bangunan. Bidang ini sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Malah bidang ini juga memberi sumbangan terus ke arah pembentukan persekitaran manusia. Aspek yang paling penting dalam seni bina adalah reka bentuk dan pembinaan bangunan yang sesuai dengan kehendak dan kehidupan manusia. Justeru itu, individu yang dilatih dalam bidang ini dipanggil arkitek.

 

      Seorang arkitek itu akan dilatih secara khusus untuk menimba pengetahuan dalam unsur-unsur seni dan mengintegrasikannya dengan unsur-unsur sains. Melalui integrasi ini seorang arkitek itu bukan sahaja dapat memenuhi keperluan manusia untuk mendapatkan tempat perlindungan, bahkan dapat juga mencipta tamadun kemanusiaan yang akan kekal untuk dinikmati, dinilai dan menjadi warisan generasi akan datang. Selain itu, tugas seorang arkitek ialah mereka bentuk sesuatu bangunan yang sesuai dengan kehendak-kehendak pengguna, kos, alam sekitar dan memenuhi syarat undang-undang dan akta perancangan setempat. Seorang arkitek perlu memainkan peranan dan juga bertanggungjawab dalam menyelaras pelaksanaan sesuatu projek bangunan dari awal hingga ke akhir.

 

     Secara tradisionalnya peranan seorang arkitek adalah sepertimana peranan yang dipertanggungjawabkan kepada semua profesional yang lain. Justeru itu, peranan seorang arkitek profesional adalah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya untuk merealisasikan bangunan idaman mereka.


     Terdapat beberapa aspek yang perlu dimiliki dan dipertanggungjawabkan oleh masyarakat terhadap seorang arkitek profesional iaitu:

 

• Aspek tanggungjawab
• Aspek imej
• Aspek kredibiliti dan kemampuan
 

     Manakala imej seseorang arkitek juga sangat memainkan peranan penting dan bergantung kepada perlakuan dan profesionalnya yang ditentukan oleh:

 

• Kecekapan
• Kejujuran

     •Tanggungjawab

 

     Disini terdapat beberapa hasil rekaan seorang arkitek profesional:

   BANDAR KUALA LUMPUR

  TAJ MAHAL 

   BANDAR TOKYO

 

     Sekiranya adik-adik tertarik dengan bidang kerjaya arkitek ini, adik-adik mesti lulus Sarjana Muda Seni Bina dari institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diiktiraf. Selain itu, adik-adik juga perlu lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Arkitek Malaysia dan Pertubuhan Arkitek Malaysia bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai arkitek bertauliah.

 

     Terdapat beberapa IPT awam tempatan  yang menawarkan kursus ini iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Salah satu universiti swasta yang menawarkan kursus ini diperingkat sarjana muda ialah Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia (KUTPM). Walaubagaimanapun, kursus ini juga boleh diikuti di beberapa universiti luar negara seperti di Australia, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Jika para pembaca berminat untuk mengetahui dengan lebih terperinci lagi tentang kerjaya seorang arkitek, anda bolehlah melayari internet ataupun menerusi media cetak.
Salam mesra dari saya, misz imah..Wink

Comments (22)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.