Home 2010 Mei 2010 Kerjaya Pereka Grafik Berkomputer

Pereka Grafik Berkomputer PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Mohd Rahimi B Abd Ghani   
Ahad, 16 Mei 2010 01:23
Artikel Index
Pereka Grafik Berkomputer
Ciri-ciri dan Kemahiran
Semua Muka

 

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Bertemu kita sekali lagi dalam keluaran bulan Mei yang mana merupakan nukilan yang terakhir bagi Mr.Ag. Oleh itu untuk keluaran kali ini yang bertemakan Kreativiti , Mr.Ag akan membicarakan mengenai salah satu profession yang mengaplikasikan penggunaan grafik dan multimedia.


Tahukah adik-adik bahawa grafik grafik dan multimedia boleh didapati dan dijumpai setiap hari dalam melengkapkan kehidupan seharian kita. Misalnya tanpa papan tanda arah jalan, pastinya kita tidak sampai ke sesuatu destinasi, tanpa corak dan warna tentu kehidupan akan m
-enjadi hambar dan sesuatu komunikasi visual kurang mendapat perhatian sekiranya taipografi tidak disertakan dengan bantuan grafik. Kemahiran ini turut dituntut dalam rekaan pakaian, bungkusan produk, poster, risalah, logo, kad ucapan, yang terangkum dalam bidang perniagaan, pengiklanan dan percetakan. Bagi  mereka yang mempunyai bakat dan kemahiran dalam menggabungkan rekaan dan teknologi dalam penggunaan grafik, kerjaya yang menarik pasti menanti adik-adik sepertimana kerjaya Pereka Grafik Berkomputer.


Pereka Grafik Berkomputer adalah individu yang mengaplikasikan penggunaan perisian-perisian di dalam komputer bagi menghasilkan imej visual dan grafik serta multimedia yang dikehendaki. Mereka juga bertindak sebagai ejen yang menghasilkan visual atau cara yang paling berkesan untuk menterjemahkan mesej verbal ke dalam bentuk media cetak dan elektronik menggunakan warna, jenis, ilustrasi, fotografi, animasi, dan pelbagai teknik layout. Atau dalam ayat yang lebih mudah disebut sebagai...

 "menukarkan verbal(kata-kata) kepada grafik(gambar)"


-Suatu yang menarik yang perlu ada pada seorang pereka  grafik ialah 'Pemikiran Grafik'. Apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran grafik? Pemikiran grafik ialah cara seorang pereka grafik memikirkan olahan 'design' melalui imej, taipografi dan warna dengan gubahan yang senang diterima umum. Dalam olahan reka bentuk perlu ada nilai penegasan, ringkas, senang dibaca dan mempunyai makna yang sesuai. Oleh itu seorang pereka grafik haruslah menguasai Bahasa Seni Visual dengan baik.


Bagi adik-adik yang berminat untuk menjadikan kerjaya pereka grafik berkomputer ini sebagai satu profession, adik-adik bolehlah mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer(Perisian Grafik dan Multimedia) sebelum melanjutkan pengajian ke bidang Sarjana Sains Komputer (Grafik Komputer) yang mana ditawarkan di Universiti Teknologi Malaysia.

 

Antara institusi-institusi lain yang menawarkan pengajian ini adalah…

Institusi Awam

•    Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM)
•    Universiti Tun Hussien Onn Malaysia(UTHM)
•    Universiti Sains Malaysia(USM)
•    Universiti Teknologi Mara(UiTM)
•    Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTeM)
•    Universiti Malaya(UM)
•    Universiti Malaysia Sarawak(UniMAS)

 

Institusi Swasta

•    Universiti Metropolitan Kuala Lumpur(KLMU)
•    Multimedia university(MMU)
•    Malaysia Institute of Art(MIA)
•    Mantissa College


Antara subjek-subjek yang perlu dipelajari dalam jurusan Sarjana Muda Komputer ini adalah teras pengaturcaraan, database dan program sistem analisis di samping program-program seperti…

    * Web Interface Design
    * Komputer Grafik Pengaturcaraan
-
    * Visualisasi dan Komunikasi
    * Grafik untuk Pengeluaran
    * Animasi Komputer
    * Permainan, Simulasi dan Pembangunan
    * Prinsip Rekabentuk Kreatif
    * Multimedia for Engineer
    * Teori dan Rekabentuk Komputer
    * Visual dan Skrip untuk Animasi
    * Teknik Editing Gunaan
    * Pemodelan 3D Digital


Pemilihan Program dan subjek akan berubah-rubah bergantung kepada program yang ditawarkan di institusi-institusi pengajian dan jenis pekerjaan yang akan adik-adik pilih. Contohnya, program yang diambil oleh seorang Game Designer berbeza secara signifikasi dari yang diambil oleh seseorang yang bercadang untuk bekerja di dalam industri kejuruteraan. Dan subjek-subjek bagi program yang ditawarkan di Universiti Teknologi Malaysia berbeza dengan yang diambil di Universiti Multimedia. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa subjek teras yang sama dipelajari.



Antara ciri-ciri dan kemahiran yang perlu ada pada seorang pereka grafik berkomputer ini adalah…


Sensibiliti Artistik(Artistic Sensibility)
– Mempunyai pengetahuan terhadap elemen rekabentuk, seperti visual dan komposisi warna secara mendalam. Mempunyai daya imiginasi yang tinggi serta sentiasa berfikiran kreatif dan kritis.Contohnya model kereta keluaran Volkswagen/VW dipamerkan dalam suasana kelam supaya menghasilkan ilusi kelihatan seperti bahagian belakang sebuah jet pejuang(kecilkan mata untuk melihat ilusi).

-

 


-Kemahiran Teknikal(Technical Skill) - Pekerjaan pereka grafik berkomputer memerlukan kemahiran teknikal untuk menggunakan program perisian-perisian seperti AdobePhotoshop, Adobe Ilustrator, CorelDraw, Flash, Image Magick, Dreamweaver,  dan banyak lagi. Berkebolehan untuk menggabungkan perisian-perisian yang ada bagi menghasilkan imei grafik yang  menarik turut dikira sebagai bonus.

 

-

Aplikasi Matematik (Mathematical Application) - Penguasaan matematik terutama mengolah bentuk sesuatu objek, permukaan, isipadu ke dalam bentuk 2 dimensi(2D), 3 dimensi(3D), 4 dimensi(4D) dan grafik animasi. Contohnya menghasilkan grafik pentachoron daripada segitiga.

 

 -

Kemampuan Komunikasi (Communication Ability) - Turut dikenali sebagai komunikasi visual, pereka grafik memerlukan kemampuan secara efektif menyampaikan maklumat baik secara lisan mahupun visual. Berkebolehan menjual idea-idea kepada pelanggan dan bekerja bersama mereka untuk mencapai produk akhir yang diinginkan.  Berkebolehan menterjemahkan maklumat verbal ke dalam bentuk visual grafik.

 


Menyelesaikan Masalah(Problem Solver) - Pereka grafik merupakan sebuah brainteaser. Untuk menghasilkan sebuah visual grafik yang dikehendaki pelanggan melalui pemilihan font yang tepat, warna dan garis untuk membuat komposisi yang seimbang, serta menarik disamping -tidak lari daripada makna yang sebenar adalah sesuatu yang sukar. Untuk berjaya dalam kerjaya pereka grafik berkomputer ini mestilah mempunyai kemahiran penyelesaian masalah serta mempunyai daya penumpuan dan kesabaran yang tinggi.


Oleh itu, sekiranya adik-adik minat terhadap visual dan grafik, mempunyai visual penglihatan yang baik terhadap komposisi warna, sukakan teknologi, berkemahiran dalam menyampaikan idea-idea yang abstark. Maka kerjaya pereka grafik berkomputer ini mungkin adalah kerjaya yang tepat untuk adik-adik.


Sekian, salam mesra daripada Mr.Ag.
 

Comments (0)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.