Home 2010 September 2010 Kesenian Matematik dan lagu

Matematik dan lagu PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Nuranisah A.Rahman   
Khamis, 02 September 2010 12:57

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera adik-adik semua. Bertemu lagi kita di ruangan kesenian untuk edisi kali ini. Kali ini ruangan kesenian sekali lagi membawa tema yang sama iaitu matematik dan lagu. Adakah adik-adik sudah bersedia untuk menyanyi? Oleh sebab Dunia Matematik kali ini mengangkat tema 1Matematik 1 Malaysia, mari kita menyanyi lagu matematik dengan semangat patriotik. Cuba adik-adik menyanyikan lirik di bawah dengan lagu Joget Malaysia oleh P. Ramlee dan Saloma.

 


 

Daripada lirik di atas, pasti adik-adik dapat melihat konsep matematik yang terlibat bukan? Selain itu terdapat juga sebutan matematik yang digunakan seperti simetri dan pepenjuru. Konsep matematik yang diketengahkan dalam lirik di atas adalah berkenaan poligon seperti 5 sisi adalah pentagon, 6 sisi heksagon, 7 sisi heptagon dan 8 sisi oktagon. Di bawah terdapat maklumat tentang polygon, simetri dan pepenjuru.

 


 

Jadi adik-adik bolehlah mengenalpasti tentang bilangan simetri dan pepenjuru bagi polygon yang lain seperti nonagon, dekagon dan sebagainya. Oleh itu adik-adik marilah kita membuat matematik itu sangat menarik dan mudah. Jom belajar matematik dengan lagu.


Comments (3)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.