|
Salam 1Malaysia. Pernahkah pembaca sekalian terfikir untuk menjadi petani ataupun penternak? Bagaimana rasanya apabila hasil yang diusahakan selama ini membuahkan hasil yang lumayan untuk keperluan harian di samping pembangunan ekonomi negara? Untuk kali ini, penulis akan berkongsi informasi berkaitan pertanian dan petani di Malaysia. Apakah perbezaan antara petani, pekebun, peladang dan penternak? Kesemua kategori farmers ini dikelaskan berdasarkan hasil tanaman dan aktiviti yang dijalankan. Contohnya, jika seseorang itu mengusahakan tanaman padi dia dikenali sebagai petani. Manakala jika seseorang itu mengurus haiwan ternakan dia dikenali sebagai penternak. Petani yang proaktif di Malaysia dianggarkan berjumlah 250 000 orang. Terdapat banyak hasil tanaman dan penternakan yang diusahakan oleh mereka di Malaysia. Ianya meliputi tanaman sayuran, buah-buahan, penternakan lembu dan juga perikanan. Untuk kali ini, penulis memberi fokus kepada dua hasil tanaman yang popular di Malaysia. Adakah pembaca sekalian tahu? Jika tidak, mari baca. TANAMAN PADI - Padi merupakan hasil terpenting di Malaysia
- Hampir 172 000 orang petani mengusahakan padi
- Tanaman padi untuk tahun 2010 kira-kira 673 000 hektar
- Hasil padi berjumlah 2 458 000 tan metrik mengikut musim
- Jenis padi yang popular ialah MR 219, MR 220 dan MR 232
|
Berikut merupakan bilangan pengusaha padi di Malaysia: NEGERI
| BILANGAN (ORANG)
| | KEDAH | 31 820
| KELANTAN
| 30 180
| | PERAK | 18 780
| SELANGOR
| 17 580
| | SARAWAK | 38 220
|
*Negeri selain ini mempunyai bilangan petani padi kurang daripada 10 000 orang. TANAMAN BUAH-BUAHAN - Majoriti ialah petani tradisional
- Hanya 10-15% yang mengusahakan secara komersial
- Pengusaha dari Kelantan, Johor, Sarawak, Perak, Pahang dan Sabah
- Keluasan tanaman hampir 300 000 hektar
- Hasil setahun sebanyak 2 juta tan metrik
|
Kebanyakan tanaman buah-buahan yang diusahakan di Malaysia ialah durian, nenas, pisang, tembikai dan buahan bermusim yang lain. Berikut merupakan jumlah pengeluaran tanaman buah-buahan tersebut: JENIS BUAH
| JUMLAH (RM)
| | DURIAN | 1.4 bilion
| | NENAS | 645.0 juta
| | PISANG | 476.0 juta
| | TEMBIKAI | 309.0 juta
|
Diharapkan dengan sedikit informasi yang diberikan ini, para pembaca dapat mengenali petani-petani dan jenis pengeluaran yang dihasilkan oleh mereka yang menyumbang ke arah pembangunan negara kita. Sekian.
|