Home 2011 Tahukah Anda Komposisi Tanah

Komposisi Tanah PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Jayanti A/P Arumugum   
Sabtu, 15 Januari 2011 17:47

 

komposisi tanah

 

           Salam 1Malaysia kepada para pembaca majalah web dunia matematik. Pertama sekali kami ingin menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baru kepada anda semua. Mesti adik-adik semua mempunyai resolusi baru untuk tahun 2011 ini, kak berdoa anda semua akan berjaya mencapai semua yang dicitakan. Diharap adik-adik telah seronok membaca edisi lepas dunia matematik. Mesti anda semua dah tak sabar nak mengetahui tema artikel pada bulan ini, jom membaca.


           Seperti edisi-edisi lepas pada kali ini juga kita akan membincangkan kepentingan ilmu matematik dalam kehidupan harian. Fokus edisi kali ini  adalah bagi membincangkan aplikasi matematik dalam bidang pertanian. Sebenarnya semasa membuat kajian untuk menulis artikel bahagian Tahukah Anda saya telah menemui beberapa fakta menarik tentang matematik dan bidang pertanian yang ingin saya kongsikan dengan para pembaca sekalian. Antara aplikasikan konsep matematik dalam pertanian termasuklah proses analisis tanah,  pengiraan sukatan tepat pelbagai jenis baja, untuk pasaran antarabangsa ilmu matematik membantu penukaran ke unit metrik, pengiraan luas kawasan pelbagai bentuk, Strategi Perlindungan Pasaran dan sebagainya.


             Proses menganalisis tanah  bertujuan untuk mengkaji komposisi tanah supaya sentiasa dalam keadaan optimum untuk proses pertanian. Maka untuk “peak performance” adalah amat penting bagi tanah tersebut mempunyai nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang optimum. Matematik dapat digunakan sebagai alat untuk memastikan segala pengiraan adalah tepat. Persamaan matematik yang digunakan dapat menentukan jumlah nutrien yang sedia ada pada sebidang tanah dan jumlah nutrien yang perlu ditambahkan untuk mencapai keadaan optimum untuk jenis pertanian yang ingin dijalankan. Marilah kita melihat persamaan matematik yang digunakan bagi proses analisis tanah:




Dalam persamaan    
M.E.Q. is based on Atomic Mass from Periodic Table
C.E.C.  is the soil’s nutrient-holding capacity
%B.S.  is the percentage of exchange sites occupied by a nutrient

 
 
             Selain itu, kita juga boleh mengenalpasti komposisi baja campuran menggunakan ilmu matematik dengan mengaplikasikan konsep peratusan yang merupakan antara konsep asas dalam matematik. Analisis komposisi baja campuran membolehkan kita mengenal pasti komponen bahan kimia yang terdapat dalam sesuatu baja campuran dan juga membolehkan kita mengira komposisi setiap  satu komponen dalam baja campuran tersebut. Kaedah analisis ditunjukkan di bawah:


 
            Dengan adanya ilmu matematik juga telah memudahkan penukaran dari satu unit ke unit  yang lain yang digunakan dalam bidang pertanian. Maka walaupun dalam negara kita menggunakan sesuatu unit untuk mengukur sesuatu kuantiti kita boleh tukarkannya kepada unit yang lain dengan adanya ilmu matematik mengenai penukaran dari satu unit ke unit yang lain bagi sesuatu  bahan contohnya seperti jadual di bawah:



 
 
             Akhir sekali, pernahkah adik-adik tertanya-tanya tentang bentuk-bentuk tanah yang digunakan untuk pertanian? Adakah terdapat bentuk tetap yang menjadikan sebidang tanah itu ideal untuk tujuan pertanian? Mengikut pelbagai sumber saya telah mendapati bahawa tanah untuk pertanian mungkin terdiri daripada pelbagai bentuk. Jadi sekiranya kita ingin mengukur luas sebidang tanah yang hendak digunakan bagi tujuan pertanian apakah cara yang boleh digunakan? Mesti ada telah belajar tentang bentuk -bentuk asas yang telah kita belajar dalam matematik iaitu seperti segiempat, segitiga, serta bulatan yang berbagai saiz, kita boleh mengaplikasikan pengetahuan matematik ini untuk mengira luas tanah dengan membahagikan tanah tersebut kepada beberapa bahagian  dengan bentuk yang kita boleh kenalpasti serta mencari luasnya. Maka marilah kita imbas kembali beberapa formula luas bentuk yang anda telah belajar sebelum ini.

 


             Sekian sahaja daripada saya pada edisi kali ini. Semoga para pembaca telah mendapat informasi berguna yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan dapat melihat aplikasi matematik dalam bidang pertanian dengan lebih jelas. Nantikan edisi seterusnya Dunia Matematik untuk artikel-artikel yang lebih menarik lagi. Semoga berjumpa lagi pada edisi akan datang.

Comments (1)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.