Home 2011 Februari 2011 Kerjaya Ahli Meteorologi

Ahli Meteorologi PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Fatimah Abu Bakar   
Isnin, 21 Februari 2011 07:31

 

 

 

 

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia....

    Bertemu kita kembali di ruangan kerjaya bagi edisi bulan Febuari..Banjir?? Sejak kebelakangan ini, negara kita kerap dilanda hujan lebat yang mengakibatkan banjir teruk di beberapa kawasan seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Melaka, Kelantan dan lain-lain. Adakah adik-adik menjadi salah seorang mangsa banjir baru-baru ini??Bersesuaian dengan tema untuk edisi kali ini iaitu “Matematik Hujan", ruangan kerjaya akan mendedahkan sedikit info mengenai kerjaya seorang Ahli Meteorologi....

    Meteorologi ialah suatu kajian saintifik mengenai atmosfera dan pelbagai proses yang berlaku didalamnya. Tahukah adik-adik siapakah ahli meteorologi?? Ahli meteorologi ialah orang yang mempelajari dan meramal cuaca atau lebih dikenali sebagai ahli kaji cuaca....

    Peranan seoarang ahli meteorologi ialah mengkaji arah halaju angin, suhu, tekanan, dan wap air. Mereka harus mengetahui hubungkait kesemua pemboleh ubah diatas berubah mengikut masa. Selain itu, interaksi antara atmosfera bumi dan lautan juga harus dikaji oleh para ahli meteorologi ini. Justeru itu, ahli meteorologi perlu menguasai bidang matematik, fizik dan kimia dengan baik.....

    Untuk pengetahuan adik-adik, terdapat 4 cabang di dalam bidang meteorologi seperti jadual di bawah: 

1) "TV Meteorologist" • Menyediakan maklumat cuaca dan ramalan kepada orang ramai melalui televisyen
• Ahli ini menggunakan program komputer untuk menghasilkan grafik yang menarik
• Kursus utama meteorology merangkumi matematik & fizik
 2) Ahli peramal cuaca• Menganalisis data dan menghasilkan ramalan kepada “TV meteorologist”, Jabatan Meteorologi Malaysia, dan orang ramai.
• Ahli ini ditugaskan untuk mengambil data dari laman cuaca tempatan, radar cuaca, satelit dan penghasilan ramalan cuaca.
• Perlu mengetahui matematik dan fizik dengan lebih mendalam lagi
 3) Pakar perunding meteorologi• Menasihati pelanggan tentang pola cuaca di masa hadapan, dan bagaimana sistem cuaca boleh menyebabkan brlakunya sesuatu masalah
• Ahli ini akan dibayar jika menyedikan khidmat nasihat tentang cuaca
• Memerlukan pengalaman sebelum menjadi seorang pakar perunding
 4) Ahli peramal iklim (Climatologist)• Menganalisis rekod cuaca masa lalu dan meramal cuaca jangka masa panjang seperti hujan akan datang ataupun suhu
• Ahli ini mengumpul rekod-rekod data cuaca dan meringkaskan ke dalam rekod iklim.

    Adakah adik-adik berminat untuk mengikuti kursus ini?? Jika ya, terdapat beberapa universiti yang menawarkan kursus meteorologi seperti Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan beberapa IPTS lain.....

    Syarat-syarat kelayakan bagi kursus ini adalah seperti berikut:


i) Calon lepasan matrikulasi
• Matrikulasi Sains Hayat/ Sains Fizikal, Sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.30
• Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred C+ salah satu mata pelajaran Matematik atau Sains.


ii) Calon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
• Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred C+ (NGMP 2.33) dan salah satu mata pelajaran Matematik T atau Matematik Lanjutan T atau Sains pada peringkat STPM.


iii) Kemasukan lepasan kelayakan setaraf
• Diploma dari Institusi Pengajian Tinggi yang sama atau setara dan diiktiraf.
• Kelulusan yang diiktiraf layak dan memuaskan Jawatankuasa Pemilih.

Jika adik-adik ingin mengetahui lebih banyak lagi maklumat mengenai meteorologi, adik-adik bolehleh melayari laman web, membaca artikel dan lain-lain lagi...adik-adik dialu-alukan untuk memberi sebarang komen ataupun pertanyaan mengenai artikel ini...Laughing

 

Comments (4)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.