Home 2011 Jun 2011 Tokoh Shalin Zulkifli

Shalin Zulkifli PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh safia binti ebi shahrin   
Selasa, 28 Jun 2011 23:09

shalin zulkifli 

Shalin Zulkifli, pemain boling negara

Assalamu’alaikum dan Salam 1 Malaysia adik-adik Cool. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Dunia Matematik. Hari ini kita akan mengenali seorang tokoh yang berjaya mengharumkan nama negara dalam sukan bolingi iaitu Shalin Zulkifli. Shalin Zulkifli  ialah seorang pemain boling 10 pin profesional warganegara Malaysia dan bekas pemain Nombor 1 Asia. Shalin Zulkifli dilahirkan pada 28 Mac 1979 di London, England.

 

Adik-adik mesti ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penglibatan Shalin Zulkifli dalam sukan boling ini. Shalin Zulkifli mula bermain boling ketika berusia 9 tahun dan menyertai pasukan boling kebangsaan pada akhir 1980-an.  Pada tahun 1991 beliau digelar Olahragawati Muda Harapan Selangor, dan pada tahun 1994, Shalin Zulkifli menjadi pemain termuda dan rakyat Malaysia pertama untuk menjuarai Kejohanan Wanita Kent Malaysian All-Stars. Shalin Zulkifli pernah bertanding dan menjuarai pelbagai kejohanan kebangsaan dan antarabangsa, dan dalam kerjaya beliau sebagai pemain boling professional beliau menduduki kedudukan tempat pertama bagi pemain boling 10 pin profesional di Malaysia dan Asia. Dalam sukan boling, tujuan adik-adik ialah untuk menjatuhkan kesemua sepuluh pin yang terletak dihujung lorong yang sepanjang 18.3 meter dengan menggunakan bola bowling yang mempunyai berat yang berbeza-beza.


Setiap pemain mempunyai dua peluang untuk menjatuhkan kesepuluh pin tersebut dan ianya di panggil frame . Markah akan bergantung kepada jatuhan yang mungkin :-

i) Strike – Jika adik-adik dapat menjatuhkan kesemua sepuluh pin tersebut dengan sekali balingan maka adik-adik dikatakan telah membuat strike.

ii) Spare – Jika 
adik-adik cuma dapat menjatuhkan kesepuluh pin dengan dua balingan maka adik-adik telah membuat spare.

iii) Open – Jika setelah dua balingan masih ada lagi pin yang belum jatuh maka anda telah membuat open frame.

Setiap game adik-adik akan bermain sebanyak 10 frame. Bagaimanapun jika adik-adik mendapat spare pada frame yang kesepuluh(frame terakhir) adik-adik akan mendapat satu balingan bonus. Manakala jika anda mendapat strike pada frame kesepuluh maka adik-adik akan diberi dua balingan bonus.Pemain yang dapat menjatuhkan jumlah pin yang terbanyak akan dikira sebagai pemenang. 
Cool

 

Antara kejayaan Shalin Zulkifli dalam permainan boling adalah pada tahun 1994 Shalin Zulkifli pernah dinobatkan sebagai  Juara Terbuka Malaysia dalam Kent Malaysian All Stars. Pada tahun 1996, Shalin Zulkifli telah memenangi pingat gangsa dalam Second World Tenpin Cup yang berlangsung di Calgary, Kanada.  Selain itu, Shalin Zulkifli juga Berjaya menduduki tempat kedua dalam Piala Dunia AMF yang berlangsung di Ireland.  Pada tahun 1998, Piala AMF berlangsung di Kobe, Jepun. Di Jepun, Shalin Zulkifli layak ke tiga peringkat akhir berturut-turut serta menduduki tempat ketiga secara keseluruhan. Mesti adik-adik teruja dengan kejayaan Shalin Zulkifli.

Selain itu, Shalin Zulkifli juga telah memenangi pingat emas bagi bergu dan pasukan di Kejohanan Sukan Asia yang berlangsung di Singapura pada tahun 1999. Di Sukan SEA yang berlangsung di Brunei, Shalin Zulkifli telah memenangi lima pingat emas iaitu Pingat Emas Bergu, Pingat Emas Kumpulan Bertiga, Pingat Emas Pasukan, Pingat Emas Semua Acara, Pingat Emas Masters serta Pingat Gangsa Perseorangan. 

Pada tahun 2001, Shalin Zulkifli menjadi juara wanita pertama di World Tenpin Master di Essex, England.  Selain itu, beliau telah memenangi Pingat Emas Perseorangan, Pingat Emas Semua Acara, Pingat Emas Kumpulan Bertiga dan Pingat Emas Pasukan. Beliau juga telah menjadi juara perseorangan di pertandingan Terbuka Kota Kinabalu. Shalin Zulkifli juga telah menyertai pertandingan Terbuka Antarabangsa Thailand dan memenangi Juara Masters Terbuka Wanita. Selain itu, beliau juga menyertai Terbuka Antarabangsa Filipina dan memperoleh kemenangan sebagai Juara Wanita.

 

Pada tahun 2003, Shalin Zulkifli telah menyertai  World Tenpin Team Cup, Kejohanan Boling Tenpin Sedunia, Asian Bowling Tour Grand Slam, Asian Bowling Tour dan World Tenpin. Beliau telah menjadi juara dan memenangi pingat emas bagi setiap pertandingan. Pada tahun 2005 di Kejohanan Komanwel ke 2, Shalin Zulkifli telah memenangi Pingat Emas Masters, Pingat Emas Bergu Campuran, Pingat Emas Berpasukan dan Pingat Gangsa Berseorangan. Mesti adik-adik sangat teruja dengan kejayaan Shalin Zulkifli dalam sukan boling. Kiss

 

 

 

 

Comments (0)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.