Home 2011 Mac 2011 Sejarah Unit Ukuran & Bola Sepak

Unit Ukuran & Bola Sepak PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh janah   
Selasa, 15 Mac 2011 21:20
Artikel Index
Unit Ukuran & Bola Sepak
unit ukuran
Semua Muka

 

 

    Apakah sukan yang paling adik-adik minat? Kebanyakan adik-adik lelaki mesti minat permainan bola sepak. Apabila bercerita mengenai bola sepak pasti adik-adik teringat pasukan-pasukan bola sepak yang kegemaran adik-adik seperti Manchester United, Liverpool, Chelsea dan Arsenal. Bola sepak bukan sahaja sekadar satu permainan tetapi sekarang bola sepak juga boleh menjadi mata pencarian yang lumaian. Antara pemain bola sepak yang kaya ialah David Beckham, Cristiano Ronaldo, Kaka, Ronaldinho, Thierry Henry dan Lionel Messi. Pasti adik-adik mengenali mereka bukan.

 


 

    Namun begitu, masa depan pasukan bola sepak Malaysia masih jauh ke belakang. Malaysia masih belum mampu melahirkan bintang bola sepak seperti Cristiano Ronaldo mahupun David Backham. Tetapi Malaysia mempunyai pemain yang berbakat seperti Khairul Fahmi, Shahrul Idlan, Safiq Rahim dan Muslim Ahmad.Bakat mereka terselah dalam perlawanan Piala Suzuki AFF 2010. Akhirnya pasukan pimpinan K. Rajagopal telah menjuarai perlawanan tersebut. Kemenangan ini telah lama dinanti-nantikan oleh peminat-peminat bola sepak tanah air.

 


 

    Untuk bermain bola sepak apa yang adik-adik perlukan? Sudah pasti sebiji bola dan kawasan yang lapang. Kawasan lapang yang digunakan untuk bermain bola sepak dinamakan sebagai padang bola sepak. Dalam sesuatu pertandingan saiz padang bola sepak perlulah mengikut ukuran piawai. Adakah adik-adik tahu berapa ukuran sebanar sesebuah padang bola sepak? Sebenarnya terdapat dua ukuran piwai yang telah ditetapkan bagi sesebuah padang bola sepak. Ukuran tersebut adalah seperti di bawah:

 

Antarabangsa
Bukan antarabangsa
100-110m (panjang)
64-75m (lebar)
91-120m (panjang)
45-91m (lebar)

 

    Dapatkah adik-adik bayangkan berapa luasnya sesebuah padang bola sepak? Pasti adik-adik boleh membayangkannya kerana ukuran yang diberi adalah dalam unit meter. Unit meter adalah unit yang piawai dan biasa digunakan. Tetapi jika ukuran yang diberi dalam unit batu, kaki,ela atau inci bolehkah adik-adik membayangkan keluasan sesebuah padang bola sepak itu?


 

    Sejarah penggunaan istilah dalam ukuran dan sukatan seperti ukuran panjang, berat, isipadu dan masa kebanyakan adalah bermula di Mesir dan China. Pada ketika itu manusia mencipta ukuran panjang berdasarkan anatomi manusia dan benda-benda yang mempunyai bentuk lurus seperti cubit (hasta), uncia (lebar kuku), langkah dan sebagainya. Unit berat pula diukur dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam tanah atau barang dagangan seperti beras dan kerbau. Unit ukur dan sukatan tersebut tidak seragam dan berbeza-beza bukan sahaja di antara tempat tetapi juga berbeza bagi setiap individu.

 

    Sebagai contoh unit batu. Batu adalah unit ukuran yang digunakan pertama kali oleh orang Rom kuno dan asalnya 1 batu bersamaan dengan 1000 langkah iaitu lebih kurang 1480 meter. Terdapat beberapa jenis penggunaan batu. Yang pertama ialah batu statut. Sewaktu zaman pemerintahan Elizabeth 1 dari England 1 batu statut sama dengan 1760 ela iaitu 5280 kaki atau 63360 inci. Kini terdapat dua jenis penggunaan batu statut iaitu batu antarabangsa dan batu survei Amerika Syarikat. Menurut batu antaranbangsa 1 batu sama dengan 1609.344 meter dan menurut batu survei Amerika Syarikat 1 batu sama dengan 1609.347 meter. Yang kedua ialah batu nautika. Batu nautika digunakan untuk anggaran pengemudikan jarak jauh serta untuk mengemudikan kapal-kapal di perairan. 1 batu nautika bersamaan dengan 1852 meter.

 

    Seterusnya kaki sebagai ukuran panjang. Mencikut kepercayaan ukuran kaki Inggeris berasal daripada tapak kaki Raja Henry 1 yang berukuran 12 inci. Namun begitu terdapat rekod yang menyatakan bahawa perkataan kaki sebagai ukuran pernah digunaka kira-kira 70 tahun sebelum kelahiran Raja Henry 1. Penggunaan unit kaki sebagai ukuran panjang biasanay digunakan untuk tujuan praktikal seperti dalam tapak pembinaan.

 

    Ela pula adalah satu unit ukuran Inggeris untuk mengukur panjang. Terdapat banyak takrifan menggenai ukuran ela. Ada yang berpendapat ukuran ela adalah dua kali hasta yang mana hasta ialah jarak antara siku dengan hujung jari tengah. Ada juga yang mentakfifkan bahawa ela ialah jarak langkah ketika berjalan biasa. Namun begitu mengikut Sistem Unit Ukuran Antarabangsa (SI), 1 ela sama dengan 0.9144 meter.

 

Unit Inggeris
Sistem Unit Ukuran Antarabangsa (SI)
1 batu 1609.344m
1 ela 0.9144m
1 kaki 0.3048m
1 inci 0.0254m

 

    Pada tahun 1670, Gabriel Mouton dari Perancis mencadangkan istilah meter sebagai unit ukuran panjang yang piawai dan digunakan sehingga sekarang. Istilah kilogram digunakan untuk timbangan berat telah diperkenalkan pada 1889. Namun begitu masih lagi terdapat buku-buku antarabangsa yang masih menggunakan unit ukuran seperti ela, kaki dan batu.

Comments (0)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.