Ubat PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Fatimah Abu Bakar   
Rabu, 01 Jun 2011 01:09

 

 

 

    Apabila berasa sakit, seseorang biasanya akan berjumpa doktor di klinik dan seterusnya akan dibekalkan ubat-ubatan tertentu untuk mengawal atau merawat penyakit tersebut.  Kadangkala ubat lebih mudah diperolehi di farmasi, kedai-kedai ubat dan sebagainya tanpa perlu berjumpa doktor.  Ubat ialah  bahan yang diambil untuk mengurangkan simptom atau mengubat sebarang kesakitan . Ia terdapat dalam pelbagai bentuk, cecair, pil, gel dan sebagainya.

 

    Kadangkala, selepas memakan ubat, berlaku tindakbalas alahan dan kesan sampingan ubat ubatan tersebut kepada pesakit. Pelbagai jenis tindakbalas  alahan boleh berlaku. Tindakbalas ini boleh berlaku dalam pelbagai jenis daripada ruam ringan hinggalah kesan teruk kepada  sistem utama badan. Mengenalpasti tanda dan gejala alahan ubatan adalah satu perkara penting dan pesakit perlu memaklumkan kepada doktor dan tidak memakan sebarang ubat tanpa mengetahui kandungannya.

 

    Tidak semua tidak balas sampingan terhadap ubatan adalah alahan. Penyebab lain kesan sampingan merupakan interaksi antara 2 atau lebih jenis ubat, ketidakcernaan ubat sepenuhnya di dalam badan (hati dan buah pinggang), terlebih dos dan kesan sampingan seperti loya, muntah atau cirit birit.

 

    DOS UBAT DEMAM UNTUK DEWASA

 JENIS UBATISIPADU UBAT  KEKERAPAN PENYAKIT
 Parasetamol 660-1000 miligram 4-6 jam Demam
 Ibuprofen 200-400 miligram 4-6 jam Demam

 

    DOS UBAT  DEMAM UNTUK KANAK-KANAK

 

    Bagi kanak-kanak pula, hanya disyorkan untuk merawat demam dan dos ubat yang lebih kecil diberikan berbanding dos dewasa. Pilihan dos ubat mestilah disesuai kan dengan umur pesakit dan kebiasaannya pesakit kanak-kanak diberikan ubat cecair bagi memudahkan pengambilan ubat.

 

    Dos paracetamol seharusnya bergantung pada berat kanak-kanak. Dos biasa ialah 10-15mg setiap kg. Contohnya, jika kanak-kanak itu beratnya 10kg, dos sepatutnya ialah 100-150mg. Boleh diambilsetiap 4 jam dengan maksimum empat kali sehari sahaja kecuali atas nasihat doktor. Maksimum dalam sehari ialah 100mg setiap kg berat badan....Jika kekuatan paracetamol ialah 160mg/5ml, bermakna kanak-kanak 10kg memerlukan 100mg bersamaan 3-4.6ml. Jika kekuatan adalah 100mg/ml pula, ia memerlukan 1-1.5ml. Berbeza bukan?

 

CONTOH PENGIRAAN


Berat 10kg : dos perlu ialah 10kg x 10mg = 100mg
• Sirap paracetamol 250mg/5ml : setiap ml terdapat 50mg paracetamol
Dos yang diperlukan dalam ml = 100mg/50mg
= 2 ml
Begitulah seterusnya untuk sirap paracetamol kekuatan yang lain seperti 160mg/5ml, 100mg/ml, dan 120mg/ml. Anda boleh gantikan pada pengiraan di atas untuk mengetahui dos yang paling sesuai untuk anak anda.

 

 

Comments (10)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.