Home 2012 Aplikasi Polya's Model

Polya's Model PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Ruhila   
Khamis, 03 November 2011 11:00

 

 

Assalammualaikum dan salam sejahtera adik-adik. Aplikasi kali ini membawakan Polya Model bagi menyelesaikan masalah yang terjadi bagi penghasilan sesuatu barang.

Aplikasi matematik dalam perkilangan biasanya ditanya kepada pelajar dalam bentuk soalan penyelesaian masalah. Pelajar merasakan soalan penyelesaian masalah sukar dijawab. Polya mencadangkan 4 langkah mudah menyelesaikan soalan penyelesaian masalah:-

  1. Memahami dan mentafsir masalah
  2. Merancang strategi penyelesaian
  3. Melaksanakan strategi penyelesaian
  4. Semak semula penyelesaian

Contoh penyelesaian masalah melibatkan perkilangan seperti sebuah mesin mencetak boleh mencetak 480 muka surat dalam 4 minit. Soalannya:-

  • Berapakah lama yang diambil oleh mesin itu untuk mencetak 3600 muka surat.
  • Berapakah muka surat yang boleh dicetak oleh mesin untuk 1/4 jam.

4 langkah menurut Polya's Model

  1. Dalam memahami masalah adik-adik perlu mengenalpasti kata kunci berdasarkan maklumat yang diberi.

           4 minit = 480 muka surat

           1 minit = ? muka surat

           480/ 4 = 120 muka surat

    2.    Adik-adik seterusnya perlu merancang strategi yang sesuai untuk menyelesaiakan masalah ini.

           Jika, 1 minit = 120 muka surat

           Maka 3600 muka surat gunakan operasi bahagi untuk dapatkan masa yang diperlukan.

 

     3.    Setelah strategi penyelesaian masalah dikenalpasti, adik-adik akan melaksanakan startegi ini dengan menggunkan           

            kemahiran mengira.

            3600 muka surat = ? masa

            3600/120 = 30 minit

    4.     Semak semula jawapan untuk menentukan jawapan itu munasabah atau tidak. Untuk soalan ini adik-adik semak dengan 

            menggunakan operasi darab.

            30 minit x 120 muka surat = 3600 muka surat.

 

Soalan kedua :

  1. Fahamkan soalan, di mana 1/4 jam = 15 minit

          Oleh itu soalan menayakan muka surat yang dapat dicetak dalam 15 minit.

           Maklumat dari soalan pertama, 1 minit = 120 muka surat

     2.   Rancang strategi dengan menggunakan operasi darab untuk selesaikan masalah

     3.   Laksankan strategi dengan buat pengiraan :-

           15 minit x 120 muka surat = 1800 muka surat.

     4.    Semak semula jawapan dengan menggunkan operasi bahagi.

            1800/120 = 15 minit.

 

Selamat mencuba adik-adik, gunakan Polya's Model untuk soalan penyelesaian masalah yang lain. 

 

 

 

 

Comments (5)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.