Home 2012 April 2012 Aplikasi Penjanaan Hidroelektrik

Penjanaan Hidroelektrik PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Siti Salwa Alias   
Khamis, 19 April 2012 16:38

 


 

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia. Cool

 

Air merupakan salah satu sumber alam semulajadi. Hampir 70% permukaan Bumi adalah diliputi oleh air. Air juga merupakan sumber yang boleh diperbaharui dan sentiasa ada. Oleh itu, air telah diaplikasikan untuk menjana tenaga elektrik bagi sesetengah negara.

 

Sistem penjanaan tenaga hidroelektrik ini mestilah mempunyai empangan yang berfungsi bagi mengawal dan meningkatkan paras air ke tahap yang dikehendaki. Ini adalah proses yang sangat penting dalam penjanaan tenaga hidroelektrik. Proses ini akan menghasilkan dan mengawal tenaga keupayaan air yang akan disalurkan kepada turbin sebaik sahaja pintu empangan dibuka. Air-air ini akan yang bertekanan dan berkeupayaan tinggi akan memutarkan turbin dan memotong medan magnet di dalam penjana dan tenaga elektrik akan terhasil. Tenaga yang terhasil ini akan dinaikkan ke satu tahap yang tinggi dan bersesuaian untuk dihantar ke stesen atau pencawang utama.

 

 

Secara teorinya, jumlah penghasilan tenaga elektrik menggunakan kaedah hidroelektrik boleh dikira seperti berikut.

 

Pout = F X H X 9.807

 

Pout : Kuasa keluaran secara teori dalam unit Watts (W) yang boleh dikeluarkan oleh sesebuah penjana kuasa elektrik.

F   : Kadar aliran dalam paip dan diukur dalam unit liter per saat

H   : Ukuran paras air yang diukur dalam unit meter

9.807 : Nilai tetap bagi tekanan graviti dan diukur dalam unit meter per saat kuasa dua.

 

Walaubagaimanapun, Pout yang dikira dengan menggunakan formula ini adalah kurang tepat kerana banyak faktor kehilangan yang diabaikan. Oleh itu, satu formula baru diterbitkan iaitu:

 

Pout.act = Pout X Etur X Egen X Esys

 

Pout.act  : Kuasa sebenar yang dihasilkan sistem atau penjana hidroelektrik dan diukur dalam Watt (W)

Pout     : Kuasa keluaran secara teori dalm unit Watt (W)

Etur     : Kecekapan turbin

Egen    : Kecekapan penjana

Esys    : Kecekapan sistem elektrik yang terlibat

 

Oleh itu, dengan menggunakan formula di atas, kuasa sebenar yang dihasilkan oleh penjana hidroelektrik dapat diketahui. 

 

 

Comments (2)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.