Home 2012 Julai 2012 Kerjaya SAINS AKTUARI

SAINS AKTUARI PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh NAZIHATULHASANAH   
Jumaat, 11 Mei 2012 15:08

 

 

SAINS AKTUARI

 

          Pernahkah anda mendengar tentang sains aktuari? Ia merupakan sesuatu yang agak asing dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ia belum lagi mendapat perhatian dari golongan remaja mahupun belia yang msih mencari-cari arah tuju dalam bidang pekerjaan. Ia melibatkan industri kewangan, pelaburan dan insurans dalam pembangunan Negara. Dalam bidang ini, para aktuari menganalisis ketidaktentuan yang member kesan terhadap hayat manusia contohnya kelahiran, kematian ,perkahwinan, kemalangan dan juga kesan kewangan dalam masyarakat.

            Pada hakikatnya ramai  yang tidak mengetahui bidang Sains Aktuari ini adalah antara bidang yang agak sukar dan juga menawarkan gaji yang tinggi. Di Negara ini, kursus ini menjadi rebutan dalam kalangan kaum Cina yang mempunyai tahap IQ yang tinggi dalam bidang Matematik. Manakala, penglibatan kaum bumiputera amat sedikit jika dibandingkan dengan mereka. Seorang aktuari juga dikenali sebagai arkitek kewangan dan ahli matematik kemasyarakatan. Seseorang aktuari perlu mengetahui tentang isu-isu semasa dan trend perniagaan, hal-hal ekonomi dan juga undang-undang.

            Di Amerika Utara dan Australia, para aktuari bekerja dalam lapangan:

* perancangan strategik

* Risiko persekitaran

* Demografi

* Peramalan cuaca

* Insurans kesihatan

* Pengurusan harta benda & dana

* Firma undang-undang

Manakala, di Negara-negara lain, mereka bekerja dalam sektor insurans, pelaburan dan jua pengurusan system sekuriti kewangan Negara. Ada juga mereka yang bertugas dalam sector kerajaan untuk menguruskan pelan pencen atau insurans kerajaan. Tidak terkecuali ada juga yang bertugas sebagai pensyarah di universiti-universiti bagi melahirkan ramai lagi ahli aktuari di Negara ini.

Jika anda berminat di dalam bidang ini, anda seharusnya seorang yang:

   UndecidedPelajar yang cemerlang dalam subjek Matematik

    UndecidedSuka melakukan penyelidikan, mempunyi sifat ingin tahu yang tinggi dan juga suka menyelesaikan masalah yang rumit

    UndecidedGemar permainan berstrategi

    UndecidedGemar berkomunikasi dan menulis

    UndecidedMempunyai minat dalam sejarah,sosial, perundangan dan juga politik

    UndecidedMempunyai sifat kempimpinan dan motivasi diri yang tinggi

Di Negara ini, universiti yang menawarkan program ini ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi peringkat sarjana muda dan juga Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam peringkat diploma dan sarjana muda.

SYARAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Terdapat beberapa cara yang membolehkan pelajar melanjutkan pengajian di bidang ini:

Cara pertama: Untuk mengikuti pengajian di bawah program American Associate Degree yang ditaja oleh Mara, pelajar perlu mendapat pangkat satu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta kepujian mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris, matematik, matematik tambahan, fizik atau kimia dan mana-mana mata pelajaran lain. Pelajar akan mengikuti pengajian tahun pertama dan kedua di negara mi sebelum meneruskan pengajian untuk tempoh tiga atau empat tahun di universiti-universiti Amerika Syarikat.

Cara kedua: Kementerian Pendidikan menawarkan program matrikulasi sains hayat atau fizikal yang memerlukan pelajar lulus peperiksaan SPM gred satu dengan mendapat kepujian bahasa Melayu, matematik, matematik tambahan serta kepujian sekurang-kurangnya dua mata pelajaran lain. Selepas mengikuti pengajian selama satu setengah tahun, pelajar boleh memohon mengikuti pengajian di UKM yang menawarkan program sains aktuari untuk tempoh tiga tahun.

Cara ketiga: UKM juga mengambil pelajar lepasan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mensyaratkan pelajar lulus STPM serta mendapat prinsipal dalam matematik dan salah satu mata pelajaran sains. Selain itu, pelajar perlu lulus SPM serta kepujian bahasa Melayu.

Cara keempat: Calon-calon yang mempunyai kelulusan lain seperti Diploma Sains dam UiTM, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) boleh memohon mengikuti program ini di UKM di bawah Kes Khas.

Cara kelima: Calon lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat diploma di UiTM perlu lulus peperiksaan SPM serta mendapat kepujian bahasa Melayu dan Matematik serta lulus/kepujian bahasa Inggeris. Calon juga perlu mendapat tiga kepujian mata pelajaran lain dan lulus Matematik Tambahan.

Cara keenam: Bagi calon lepasan STPM mereka boleh mengikuti kursus diploma di UiTM dengan syarat mendapat sekurang-kurangnya satu prinsipal dalam peperiksaan tersebut dan kepujian Matematik di peringkat SPM/SPMV. Untuk memohon ke peringkat ijazah sarjana muda, calon perlu lulus tiga prinsipal termasuk Pengajian Am dan Matematik di peringkat STPM serta kepujian bahasa Melayu dan Matematik di samping lulus bahasa Inggeris di peringkat SPM / SPMV.

Cara ketujuh: UiTM turut menawarkan Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari dan kursus ini terbuka kepada pemegang Diploma Sains Aktuari UiTM.

            Konklusinya, seorang aktuari juga merupakan salah satu pekerjaan yang amat penting bagi meneruskan kelestarian bumi kita.  Tugas mereka amat penting bagi menganalisis risiko persekitaran, demografi, peramalan cuaca di Negara kita. Mungkin selepas ini, anda akan menyimpan hasrat untuk menjadi seorang aktuari di masa hadapan.

 

 

Comments (0)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.