Home Aplikasi

Tahun Lompat PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Arinah Binti Zaidan   

Tahun lompat (leap year) merupakan tahun yang mengandungi lebih satu hari daripada tahun biasa bagi menyamakannya dengan tahun astronomi ataupun tahun yang bermusim. Peristiwa musim dan astronomi tidak mengulangkan diripada bilangan hari yang sama. Oleh sebab itu, sekiranya terdapat suatu takwim yang mempunyai bilangan hari yang sama pada setiap tahun, hari ulang tahun akan berbeza daripada hari peristiwa yang ditandai. Dengan penambahan satu hari, perbezaan di antaranya boleh dibetulkan. Tahun lompat mengandungi 366 hari, manakala tahun-tahun yang lain, tahun biasa mengandungi 365 hari.

                                  

 

Tahun lepas, 2008 merupakan tahun lompat. Jika anda melihat balik kalendar 2008, anda akan dapati bahawa bulan Februari mempunyai lima kali hari jumaat di mana bulan ini bermula dan berakhir pada hari Jumaat. Antara tahun 1904 dan 2096, tahun lompat akan berkongsi hari yang sama bagi setiap tarikh yang berulang hanya sekali selama 28 tahun. Tahun yang terdekat di mana bulan Februari mengandungi lima kali hari Jumaat adalah pada tahun 1980 dan kejadian seterusnya akan berlaku pada tahun 2036.

 

Dalam kalendar Gregorian, kalendar yang digunakan kebanyakan negara, tiga kriteria bagi menentukan tahun lompat adalah:

1.    Setiap tahun yang boleh dibahagikan kepada empat ialah tahun lompat

2.    Daripada tahun-tahun tersebut, jika ia boleh dibahagikan kepada 100, ia bukan tahun lompat, kecuali

3.    Tahun yang boleh dibahagikan kepada 400. Maka tahun tersebut ialah tahun lompat.

 

Secara alternatifnya, kriteria-kriteria di atas boleh dituliskan dalam bentuk algoritma dengan mengaplikasikan konsep modulo:

1.    Jika tahun tersebut modulo 400 ialah 0, maka ia tahun lompat

2.    Ataupun, jika tahun tersebut modulo 100 ialah 0, maka ia bukan tahun lompat

3.    Ataupun, jika tahun tersebut modulo 4 ialah 0, maka tahun tersebut ialah tahun lompat

 

Menurut kriteria-kriteria di atas, tahun 1800, 1900, 2100, 2200,2300 dan 2500 bukan tahun lompat. Manakala tahun 2000 dan 2400 ialah tahun lompat.

 

Comments (7)

 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.