Home Aplikasi

Permainan Tradisional - Congkak PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Arinah Binti Zaidan   
Rabu, 29 April 2009 16:59
 
 

          Apabila sebut tentang permainan, mesti ramai antara anda yang berasa seronok. Bagi adik-adik yang masih belajar di sekolah, mesti tidak sabar hendak menyambut ketibaan cuti sekolah, bermain dengan kawan-kawan sekampung. Bagi yang lain pula, pasti anda juga boleh terkenang dengan permainan-permainan yang pernah dimainkan bersama kawan-kawan sebaya semasa zaman kanak-kanak dahulu. Boleh dikatakan sejak dahulu lagi permainan merupakan satu budaya dalam mana-mana masyarakat di dunia. Tahukah anda sebenarnya pelbagai permainan di serata dunia termasuklah permainan tradisional terdapat unsur matematik?

 

          Claudia Zaslavky (1998), penulis buku Math Games & Activities From Around The World telah menceritakan pelbagai permainan dan aktiviti yang berunsurkan matematik di serata dunia. Contohnya, permainan tic tac toe, permainan trique dari Colombia, toma-todo dari Mexico, magic square dari China, sudoku dari Jepun dan sebagainya. Di Malaysia, satu permainan tradisional yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan ialah congkak.

 
 
 
 

          Permainan congkak melibatkan pengiraan. Congkak dipercayai berasal daripada perkataan ‘congak’ yang bermaksud kiraan dalam Bahasa Melayu lama. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan. Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak biasanya diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebarnya 18 cm. Buah congkak pula biasanya menggunakan guli.

 

                                                                    Buah congkak: Guli
 
 
 
                                       
                                         Lubang kecil (kampung) dan lubang besar (rumah)
 
 
 
           Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing mengikut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap ‘mati’. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati.
 
                                                                      Pemain A
 
Pemain B
 
 
           Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.

 

 

          Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi ‘rumah’ dan kembali ke lubang sebelah pemain, dia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".

 

Sumber gambar:
http://malaysiana.pnm.my/03/images03/congkak_3.jpg
http://www.notjustvehicletracking.com/images/marbles.jpg
http://media-cdn.tripadvisor.com/media/photo-s/01/22/cb/88/congkak-is-a-traditional.jpg
http://www1.big.or.jp/~aochan/travel/klhukei/congkak.jpg

 

 
 
 
 

Comments (0)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.