Home

Tiga dimensi PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Nadiah bte Bahardin   
Selasa, 09 Mac 2010 08:42
 
 
 
 
"Geometry is the pure mathematics of points and lines and curves and surface" 
 
 
 
Menurut petikan diatas geometri adalah gabungan titik, garisan, lengkuk dan permukaan. Tahukah anda bahawa tiga dimensi juga adalah salah satu aplikasi daripada geometri?.
 
Kita sebenarnya hidup di dunia yang penuh dengan objek tiga dimensi. Setiap objek yang kita nampak, pasti kita boleh melihat ataupun menyentuhnya. Objek-objek ini adalah objek  tiga dimensi yang boleh diukur dari segi  panjang, lebar, dan tinggi. Cuba anda lihat bilik yang anda duduk sekarang ini, bilik anda sebenarnya penuh dengan objek  tiga dimensi. Betul ke tidak?. Monitor yang anda gunakan adalah salah satu contoh objek yang mempunyai tiga dimensi. Malah,  pakaian yang anda pakai juga dicipta khusus untuk manusia dengan dimensi.

Dalam dunia ini, sebenarnya ada banyak bentuk geometri tiga dimensi di sekeliling kita. Sedarkah anda objek-objek tiga dimensi di sekeliling anda? Oleh itu, pada ruangan fokus kali ini kita akan berkongsi mengenai bentuk tiga dimensi ataupun lebih dikenali sebagai 3D. Kita akan berkongsi beberapa terminologi yang digunakan untuk menggambarkan objek 3D ini.

Terdapat banyak jenis bentuk 3D. Salah satu jenisnya adalah polyhedra  Anda pasti sudah biasa melihat bola dan dadu. Bola dan dadu adalah contoh polyhedra. Tahukah anda apakah itu polyhedra?  Polyhedra ialah objek tiga dimensi yang permukaannya berbentuk poligon. Contohnya seperti prisma dan piramid. Prisma dan piramid mempunyai permukaan yang berbentuk segitiga. Segitiga ini ialah salah satu contoh poligon.

Dadu adalah satu contoh objek yang berbentuk kubus. Manakala, pemain DVD adalah satu contoh lain objek yang berbentuk kuboid. Bola sepak pula adalah satu objek yang permukaannya berbentuk icosahedron. Bentuk-bentuk ini juga  adalah contoh polyhedra.

Objek tiga dimensi yang permukaannya berbentuk poligon dikenali sebagai polyhedron. Istilah ini berasal daripada perkataan Greek , poli  yang bermaksud "banyak," dan hedron, yang bermaksud "muka". Jadi, secara amnya, sebuah polyhedron adalah objek tiga dimensi yang mempunyai banyak permukaan. Contohnya seperti kubus dan kuboid.Permukaan sebuah kubus terdiri daripada beberapa segi empat sama. Manakala, permukaan kuboid pula terdiri daripada gabungan beberapa segi empat tepat.

Bolehkah anda faham apa yang dikatakan dengan tiga dimensi dan polyhedron? Cuba anda berikan contoh-contoh lain disekeliling kita yang yang berbentuk polyhedron.

Comments (5)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.