Home Kerjaya

Kerjaya Pembangunan Sumber Manusia PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Nadiah Binti Abdul Rahman   
Jumaat, 01 Mei 2009 00:00

 

 

 

 

Edisi Mei 2009 merupakan edisi terakhir terbitan editor Nadiah Abd Rahman. Pada keluaran ini, editor akan memperkenalkan kepada para pembaca Dunia Matematik mengenai kerjaya dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia. Kepentingan kerjaya ini boleh kita lihat dengan kewujudan Kementerian Sumber Manusia Malaysia yang menguruskan segala perihal yang berkaitan dengan pembangunan sumber manusia. Fungsi dan tanggungjawab yang paling asas dan penting bagi Kementerian Sumber Manusia ini ialah mewujudkan peluang pekerjaan dan penempatan.

Sebenarnya terdapat pelbagai institusi awam dan swasta yang menawarkan kursus dalam bidang pembangunan sumber manusia ini. Salah satu institusi yang tidak ketinggalan menawarkan kursus ini ialah Universiti Teknologi Malaysia.

Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia bertanggungjawab dalam mengurus dan mentadbir keperluan bidang ini. Terdapat tiga jabatan utama di fakulti ini dan salah satu daripadanya ialah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia. Dalam jabatan ini terdapat pelbagai program akademik yang ditawarkan. Program akademik yang menjadi pilihan editor ialah Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia).

Peluang kerjaya dalam bidang ini ialah graduan boleh bekerja sebagai pengurus pembangunan sumber manusia, pelatih juruanalisis, pereka program, pemaju bahan HRD, fasilitator, penasihat pembangunan kerjaya, pentadbir, penilai program, penyelidik dan usahawan.

 

            

Terdapat 4 permohonan yang layak untuk mengikuti program akademik ini.

 

Pemohon dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan kelayakan yang setaraf.

Syarat Universiti AwamSyarat Khusus Program

1.    Lulus kepujian dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

2.    Lulus Bahasa Melayu/bahasa Malaysia dengan kepujian dalam SPM atau peperiksaan yang setaraf atau lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia kertas Julai dengan kepujian

3.    Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya mendapat :

o    Gred C+ (PNGK 2.33) dalam mata pelajaran Pengajian Am; dan

o    Gred C+ (PNGK 2.33) dalam DUA (2) mata pelajaran lain.

4.    Mendapat sekurang-kurangnya Band 1 dalam Malaysian University English Test (MUET).

1.    Lulus sekurang-kurangnya gred C+ (PNGK 2.33) [gred B atau PNGK 3.00 untuk Sarjana Muda Perakaunan] dalam mana-mana satu(1) daripada mata pelajaran berikut :

o    Matematik S / Matematik T

o    Ekonomi

o    perakaunan

o    Perniagaan; dan

2.    Lulus sekurang-kurangnya gred C+ (PNGK 2.33) [gred B atau PNGK 3.00 untuk Sarjana Muda Perakaunan] dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran lain.

3.    Lulus sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Matematik dalam peperiksaan SPM atau peperiksaan yang setaraf.  Untuk Sarjana Muda Perakaunan, juga lulus sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan SPM atau peperiksaan yang setaraf.

 

 

Pemohon dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan kelayakan yang setaraf.

 

Syarat Universiti AwamSyarat Khusus Program

1.    Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau peperiksaan yang setaraf dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia dalam kertas Julai

2.    Lulus minimum dalam Jayyid dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

3.    Mendapat sekurang-kurangnya Band 1 dalam Malaysian University English Test (MUET). 

1.    Lulus dengan mendapat sekurang-kurangnya gred 6C dalam peperiksaan SPM dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut :

o    Matematik Tambahan / ekonomi Asas / Prinsip Akaun / Perdagangan / Fizik / Teknologi Maklumat atau Pembangunan dan program alat/bahan ; dan

o    Mana-mana satu (1) mata pelajaran; dan

2.    Lulus sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Matematik SPM atau peperiksaan yang setaraf

 

 

Pemohon Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia / Matrikulasi Sains Universiti Malaya.

 

Syarat Universiti AwamSyarat Khusus Program

1.    Lulus kepujian dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

2.    Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia dalam SPM atau peperiksaan yang setaraf atau lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia dalam kertas Julai

3.    Lulus dalam sijil Matrikulasi KPM / Matrikulasi Sains UM, dan mendapat sekurang-kurangnya PNGS 2.33 dan lulus semua mata pelajaran pengkhususan.

4.    Mendapat sekurang-kurangnya Band 1 dalam Malaysian University English Test (MUET) 

1.    Lulus sekurang-kurangnya gred C+ (PNGK 2.33) [ gred B atau PNGS 3.00 untuk Sarjana Muda Perakaunan] dalam mana-mana satu (1) dari mata pelajaran berikut :

o    Matematik

o    Ekonomi

o    Perakaunan

o    Pengurusan Perniagaan ; dan

2.    Lulus sekurang-kurangnya gred C+ (PNGK 2.33) [ gred B atau PNGK 3.00 untuk Sarjana Muda Perakaunan] dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran yang lain

3.    Lulus sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Matematik dalam peperiksaan SPM atau peperiksaan yang setaraf.  Untuk Sarjana Muda Perakaunan, juga lulus sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan SPM dan peperiksaan yang setaraf.

 

 

Pemohon dengan Diploma atau peperiksaan yang setaraf :

Syarat Universiti AwamSyarat Khusus Program

1.    Lulus dalam peperiksaan SPM atau peperiksaan yang setaraf dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia.

2.    Mempunyai Diploma atau kelayakan yang setaraf dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan diakui oleh ahli Senat universiti.

3.    Mendapat sekurang-kurangnya Band 1 dalam Malaysian University English Test (MUET) 

1.    Mempunyai diploma dengan markah cemerlang dalam bidang berkaitan dari institusi yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan awam ; atau mempunyai kelayakan lain yang setaraf dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan diakui oleh ahli Senat UTM dan mendapat sekurang-kurangnya PNGS 2.70 ; atau mendapat PNGS kurang dari 2.70 tetapi mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 2 tahun

2.    Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran matematik dalam peperiksaan SPM atau peperiksaan yang setaraf atau mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana mata pelajaran Matematik aras Diploma. 

 

Tenaga kerja yang mahir dan professional diperlukan untuk membangunkan masyarakat industri yang produktif, bermaklumat, berdisiplin, penyayang serta responsif kepada perubahan persekitaran perburuhan ke arah meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan menambahkan peluang pekerjaan. Sebagai masyarakat Malaysia yang prihatin, kita perlu meneliti peluang-peluang kerjaya yang sesuai supaya dapat berkhidmat dengan cemerlang kepada masyarakat, agama dan Negara.

 

 


Comments (0)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.