Home Kerjaya

Arkitek PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Mohd Rahimi B Abd Ghani   
Isnin, 05 Oktober 2009 09:14

-

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Senibina adalah satu bidang yang menyatukan bidang seni dan bidang sains-. Ianya terdapat dalam senibina bangunan, bentuk bangunan, serta susunan kawasan Bandar dan luar Bandar. Untuk keluaran bulan 10 ini Mr.Ag akan membincangkan mengenai kerjaya Artikek.


Tugas seorang arkitek ialah mereka bentuk sesuatu bangunan yang sesuai dengan kehendak-kehendak pengguna, kos, alam sekitar dan memenuhi syarat-syarat undang-undang dan akta perancangan setempat. Mereka bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengawasi pelaksanaan sesuatu projek bangunan dari mula hingga ke akhir.


Berikut merupakan sedikit sebanyak tugas-tugas yang dilakukan oleh seorang arkitek:
• Mengenalpasti keperluan-keperluan pelanggan seperti peruntukan projek, kegunaan bangunan dan bila bangunan hendak digunakan;
• Menyedia pelan atur dan menentukan ciri-ciri senibina luar, memilih bahan-bahan dan menyediakan pelan hiasan;
• Menyelaras rekabentuk struktur, mekanik dan elektrik;
• Menyedia pelan-pelan dan spesifikasi untuk kontraktor dan memastikan bahawa rekabentuk mematuhi undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta mendapatkan kelulusan rekabentuk dan pembinaan dari PBT;
• Memastikan bangunan yang dibina mengikut spesifikasi, kemajuan kerja mengikut jadual dan perbelanjaan projek tidak melebihi peruntukan;
• Memastikan bangunan yang dibina mendapat kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, telefon dan sebagainya;


Bagi para pembaca yang berminat untuk memilih bidang itu sebagai kerjaya, anda perlulah lulus Sarjana Muda Seni Bina di institusi pengajian tinggi tempatan ataupun di luar negara yang diiktiraf. Serta lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Arkitek Malaysia dan Pertubuhan Arkitek Malaysia bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai arkitek bertauliah.


Terdapat beberapa cara untuk melanjutkan pengajian di bidang ini. Di Universiti Teknologi Malaysia (misalnya, para pelajar perlu mendapatkan kelulusan yang baik di peringkat atau mereka perlu mendapat lima kepujian dalam lima mata pelajaran termasuk bahasa Melayu dan matematik. Pelajar akan mengikuti pengajian selama tiga tahun dan dianugerahkan diploma. Pelajar yang layak akan dibenarkan melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah untuk tempoh tiga tahun.


Pelajar boleh melanjutkan pelajaran di Matrikulasi terlebih dahulu yang menawarkan tempoh pengajian selama satu setengah tahun sebelum mengikuti pengajian Sarjana Muda Seni Bina di UTM dan program ini memerlukan calon lulus peperiksaan serta mendapat kepujian bahasa Melayu, Matematik, serta tiga mata pelajaran yang lain.


Terdapat pelbagai saluran lain lagi untuk mengikuti bidang ini. Untuk mengikuti pengajian Sarjana Muda Sains Seni Bina di UTM dan calon perlu lulus dan mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian dan lulus bahasa melayu. Calon juga perlu lulus STPM dengan mendapat prinsipal yang baik, khususnya dalam mata pelajaran Matematik dan Fizik.


Oleh itu bagi mereka yang bercita-cita untuk menjadikan kerjaya Arkitek ini sebagai profession, anda hendaklah memastikan anda mempunyai ciri-ciri peribadi seperti berikut.
• Kemampuan dalam analisa logik pengurusan dan pengaturan;
• Kefahaman dalam matematik, sains, fizik, sejarah dan kesenian;
• Kebolehan menyelesaikan masalah;
• Kreatif dan imaginatif;
• Boleh menganalisa secara logik;
• Mempunyai daya pemerhatian yang tajam.

Sekian, salam mesra daripada Mr.Ag.

Comments (0)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.