Home Pelajari Matematik

Transformasi 3D ke 2D PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Muhamad Sharul Nizam b Sarifhudin   
Isnin, 05 Oktober 2009 15:54

 

-

 

Assalamualaikum dan salam perpaduan kepada semua pembaca. Diharapkan anda semua masih lagi setia bersama-sama dengan kami di ruangan Pelajari Matematik, Dunia Matematik. Untuk keluaran pada kali ini, kita akan meneruskan lagi sesi pembelajaran kita iaitu mempelajari bagaimana untuk membuat transformasi daripada objek berbentuk 3D kepada 2D. Kebiasannya topik ini dibincangkan di dalam silibus Matematik KBSM Tingkatan 5,bab terakhir “Plans and Elevations”.

 

Secara umumnya, sesuatu objek itu akan mempunyai bentuk yang tersendiri. Sebagai contoh kubus, kuboid, sfera, segi empat sama dan sebagainya. Setiap objek itu mempunyai gambaran 2D dari pelbagai sudut yang berbeza-beza. Jadi, pada kali ini, kita akan mempelajari bagaimana untuk menentukan gambaran 2D untuk sesuatu objek 3D dari sudut pandangan pelan, pandangan hadapan dan juga pandangan sisi.
 
 Pandangan 3-Dimensi
Pandangan 2-Dimensi
 SferaBulat
 KubusSegi Empat Sama
 PiramidSegi Tiga
 

Berdasarkan rajah di atas, kita dapati secara amnya sfera merupakan bentuk 3D bagi bentuk bulat, kubus pula untuk segi empat sama dan pyramid pula mewakili bentuk segitiga. Bentuk 3D merupakan suatu bentuk yang boleh dianggap sebenar ataupun nyata dimana kita dapat melihatnya dari pelbagai arah berbanding bentuk 2D yang mana ianya hanya dapat dilihat dari satu arah sahaja. Jadi, diharapkan adik-adik semua telah dapat membezakan antara bentuk 3D dan juga 2D.

 

Seterusnya kita akan terus fokus kepada beberapa langkah yang perlu diikuti semasa menghasilkan transformasi 3D kepada 2D. Kita akan melukis bagaimana daripada bentuk 3D menjadi bentuk 2D dari pandangan pelan, hadapan dan juga sisi.

 

 

-

 

 

Langkah 1:

Pastikan arah pandangan yang hendak dicari berdasarkan gambarajah yang diberi.

 

Langkah 2:

Lukiskan pandangan pelan dengan membayangkan mata kita melihat objek yang diberi dari pandangan atas. Anda perlu membayangkan objek tersebut seperti keadaan sebenar.

-
 
Langkah 3:
 
Setelah itu, lukiskan pula gambaran untuk imej dari pandangan hadapan.
 
-

 
Langkah 4:
 
Akhir sekali, lukiskan pula gambaran untuk pandangan imej dari sisi. Patikan bentuk setiap imej yang terhasil.
 
-
 
 
Begitulah langkah-langkah yang harus diikuti semasa melukis gambaran 2D bagi sesuatu objek 3D. Semoga adik-adik semua mendapat serba sedikit maklumat dari apa yang telah kita pelajari sebentar tadi. Bertemu lagi kita di keluaran akan datang. Selamat maju jaya. Teruskan mempelajari matematik. Bye..Smile

Comments (1)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.