Home Pelajari Matematik

Tangen dan Bulatan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Muhamad Sharul Nizam b Sarifhudin   
Rabu, 10 Mac 2010 23:29
Artikel Index
Tangen dan Bulatan
2
Semua Muka

 
 
Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca setia Dunia Matematik. Bertemu kembali kita di ruangan pelajari matematik. Diharapkan kepada semua pembaca masih lagi setia bersama dengan saya. Sebelum memulakan pengajaran kita pada edisi kali ini, izinkan saya mengetahui bagaimanakah tahap pengetahuan adik-adik semua mengenai teknik-teknik mudah mempelajari matematik? Adakah masih lagi kekurangan dan masih tercari-cari teknik yang paling mudah serta berkesan dalam menyelesaikan sesuatu masalah matematik? Teruskan membaca di ruangan ini dan penulis akan cuba yang terbaik untuk mencari seberapa banyak teknik yang mudah untuk adik-adik semua gunakan semasa peperiksaan nanti...=)

Ketahui nilai x di dalam sesuatu bulatan dengan hanya beberapa langkah yang mudah.
Tanpa menggunakan kalkulator pun, dapat menyelesaikan masalah yang diberikan.
Sudut di dalam bulatan merupakan satu sudut yang sangat mudah ditentukan oleh kita.

 

BAGAIMANA??

Sebelum itu, kita mulakan dengan mengenali apakah yang dimaksudkan dengan tangen? Sila lihat animasi yang dihasilkan di bawah ini. Bagaimana untuk kita menentukan tangen.

 

 

Baiklah, adik-adik telah pun mengetahui tangen dan sekarang kita cuba lihat bagaimana untuk kita selesaikan sesuatu masalah yang melibatkan tangen dan bulatan.

Contoh:

LANGKAH 1:
Setiap 1 masalah yang diberikan, terdapat segala maklumat yang boleh digunakan. Senaraikan segala maklumat yang diberikan & berkaitan dengan permasalahan yang diberikan.
(Pentingnya kita mengingat kembali syarat-syarat yang telah ditetapkan)

1. Garis CS tangen kepada bulatan = Garis AS tangen kepada bulatan
2. Garis OB = Garis OA = Jejari
3. Sudut yang terhasil apabila tangen bertemu dengan jejari = 90 darjah



LANGKAH 2:

Setelah disenaraikan kesemua maklumat yang berkaitan, gunakan formula yang berkaitan dengan maklumat-maklumat yang diberikan.

Jumlah sudut pedalaman bagi sisi empat adalah:
(n-2) x 180 = (4-2) x 180 = 360

Sudut di tengah bulatan = 2 kali ganda sudut di lilitan bulatan (circumference)

 

LANGKAH 3:
Selesaikan masalah yang diberikan dengan menggunakan maklumat-maklumat tadi serta gunakan formula yang telah disenaraikan untuk mendapatkan jawapan.

 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Adik-adik, mari kita lihat pula contoh soalan yang sering ditanya di dalam peperiksaan.

Example:

In the folliowing diagram, EFG is a tangent to the circle at point F.

 

 

Find the value of x.

Solution:

Langkah 1:

- <-------- Sudut yang terhasil apabila tangen bertemu dengan jejari.

Langkah 2:

-
( Jumlah sudut pedalaman bagi sisi empat OPGF ) 
 
-
 
-

Langkah 3:

-

-

 

Jadi, itulah jawapan yang adik-adik akan dapat apabila menggunakan ketiga-tiga langkah yang telah diajar sebentar tadi. Adik-adik perlu membuat latihan untuk soalan-soalan lain agar dapat menbahkan lagi tahap kefahaman adik-adik. Matematik perlu banyak membuat latihan kerana untuk menjadikan adik-adik biasa dengan soalan-soalan yang akan ditanya ketika peperiksaan.



LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.