Home Pelajari Matematik

Bahagian Asas Bulatan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Nurul Nazihah Bakeri   
Isnin, 17 Mei 2010 20:34

 

 

     Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca setia Dunia Matematik.Smile Adik-adik sudah tentunya baru memperoleh keputusan peperiksaan pertengahan tahun bukan? Kepada yang mendapat keputusan yang cemerlang, tahniah diucapkan. Kepada yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan, jangan putus asa. Tingkatkan usaha adik-adik dengan terus mendapatkan ilmu-ilmu yang disajikan di dalam Dunia Matematik ini.

 

      Adik-adik sudah tentunya biasa melihat benda-benda yang berbentuk bulatan seperti jam, roda, kuih donat, bulan dan sebagainya bukan. Apa agaknya yang kita dapat pelajari daripada benda yang berbentuk bulatan tersebut?.Undecided Oleh itu, pada keluaran kali ini, kita akan pelajari bahagian-bahagian asas dalam bulatan beserta cara pengiraanya.Laughing Untuk itu, mari kita saksikan video di bawah :-

 

 

     Daripada jam yang berbentuk bulatan tadi, adik-adik telah pun ketahui bahawa:-

 

1. Titik tengah bulatan ialah titik tengah yang terletak di tengah-tengah bulatan.

2. Lilitan bulatan ialah panjang bagi lengkungan satu bulatan.

3. Diameter bulatan ialah satu garis lurus yang menghubungkan antara dua titik bagi lilitan bulatan dengan melalui titik tengah bulatan.

4. Jejari bulatan ialah satu garis lurus yang menghubungkan antara satu titik pada lilitan bulatan dengan titik tengah bulatan.

 

      Sekarang mari kita pelajari cara mudah untuk mengira panjang lilitan bagi satu bulatan. Adik-adik tidak perlu mengukurnya dengan menggunakan tali. Hanya menggunakan formula berikut, panjang lilitan bulatan yang adik-adik inginkan dapat dikira:

 

            Lilitan bulatan (circumference) = π x Diameter bulatan (diameter)
                                    atau
        Lilitan bulatan (circumference) = π x 2 x Jejari bulatan (radius)

 

Nilai pi (π) ialah 22 atau 3.142


     Simbol pi ini telah pun adik-adik pelajari secara mendalam pada keluaran yang lepas. Adik-adik juga mesti berhati-hati. Pastikan unit bagi jejari bulatan, diameter bulatan dan lilitan bulatan mestilah sentiasa sama sewaktu menggunakan formula di atas.


CONTOH :
Kirakan panjang lilitan bulatan bagi kuih donat yang mempunyai diameter 9 cm.
Calculate the circumference of a doughnut with a diameter of 9 cm.

PENYELESAIAN:
Lilitan bulatan (circumference) = π x diameter (diameter)
= 3.142 x 9 cm
= 28.28 cm
 

     Semoga ruangan pelajari matematik pada keluaran kali ini bermanfaat untuk semua pembaca, khususnya adik-adik yang berada di tingkatan dua. Jumpa lagi pada keluaran bulan hadapan Smile

 

 

Comments (18)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.