Home Pelajari Matematik

Perancangan Bandar & Math PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh siti azeana   
Jumaat, 03 Januari 2014 15:03

 

 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum pembaca semua. Apa khabar anda. Keluaran kali ini anda akan disajikan pembelajaran mengenai matematik dengan perancangan bandar.

 

Pengertian Perancangan Bandar

 

Perancangan bandar merupakan salah satu profesion atau kerjaya yang penting dalam menggerakkan pembangunan, bukan hanya di negara Malaysia, malah di mana-mana negara maju yang lain. Sama ada perancang bandar di peringkat Persekutuan, Negeri atau Pihak Berkuasa Perancang Tempatan, atau swasta peranan perancang bandar amat penting dalam memastikan pembangunan yang berlaku sentiasa bersifat ‘planning-led’ atau berasaskan perancangan yang rapi dan sempurna. Dalam keadaan begitu, barulah persekitaran petempatan yang berkualiti dapat dibina oleh semua pihak, dan yang pentingnya, ia dapat dirancang pada asalnya oleh para perancang bandar dan desa.

 

Tugas Perancang Bandar

 

Apakah sebenarnya tugas sebagai perancang bandar dan wilayah? Sebenarnya, pekerjaan ini merangkumi penyediaan pelan-pelan pembangunan kawasan-kawasan bandar, wilayah atau kawasan luar bandar. Pembukaan dan pembangunan sesuatu kawasan seperti bandar-bandar baru dan kawasan-kawasan penempatan memerlukan perancangan, susun atur serta pelan yang sistematik. Ini bertujuan mengelakkan sesebuah kawasan yang dibangunkan itu mendatangkan masalah dalam jangka panjang seperti kesesakan, pencemaran serta pembangunan persekitaran yang tidak teratur.

 

 
 
Contoh Pelan Susunatur Sekolah
(http://www.mpsp.gov.my/dasarmpsp/GarisPanduan/
18KemudahanMasyarakat/GP18_08KemudahanPendidikan.htm) 

  

Perkaitan Perancangan Bandar Dengan Pelajari Matematik

Matematik penting dalam menyediakan tenaga kerja yang berupaya untuk memenuhi permintaan sebuah negara progresif. Oleh yang demikian, bidang ini mengambil peranan sebagai tenaga penggerak kepada pelbagai perkembangan dalam sains dan teknologi. Selari dengan objektif negara untuk mewujudkan ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan, kemahiran Kajian dan Pembangunan dalam matematik diasuh dan dikembangkan pada peringkat sekolah.

 

Maka melihat dari sudut itu maka kerjaya atau profesian perancang bandar juga amat memerlukan penguasaan seseorang yang baik dalam matematik. Seperti yang dimaklumkan dari pengertian dan tugas-tugas seorang perancang bandar, dari situ dapatlah disimpulkan bahawa seharusnya mata pelajaran matematik merupakan salah satu daripada mata pelajaran yang perlu dikuasai dengan baik oleh perancang bandar selain sejarah, geografi dan sebagainya. Dalam menyediakan pelan perancangan, seorang perancang bandar perlu bijak mengukur, melukis, menyatakan koordinat dan sebagainya dalam memastikan perancangan bandar mengikut spesifikasi yang dikehendaki selain mencapai pembangunan sesuatu kawasan.

 

Seperti contoh pelan diatas ini, seorang perancang bandar kena menyediakan pelan mengikut ukuran yang betul maka penguasaan topik ukuran panjang amat penting, lukisan-lukisan yang dilukis memerlukan pemantapan maka penguasaan dalam topik pelan dan dongakan, iaitu bagaimana melukis sesuatu dari pandangan yang berbeza. Bukan sekadar pada 2 topik itu sahaja, malahan yang sebenarnya semua topik dalam matematik adalah penting bagi seorang perancang bandar.

 

Pada asasnya semua perancang bandar perlu menguasai asas matematik iaitu membuat anggaran dan penghampiran, mengukur dan membina, memungut dan mengendali data, mewakilkan dan mentafsir data, mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara matematik, menggunakan algoritma dan perkaitan, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Apabila asas matematik ini dikuasai maka tidak berlakulah sebarang kesalahan dan merancang bandar, Bayangkan sekiranya seorang perancang bandar tidak mahir atau menguasai dalam matematik maka pengukuran atau pelan yang dirancang tidak berjaya. Maka banyak masalah yang bakal timbul.

 

Kesimpulannya

Mempelajari matematik bukan satu perkara yang sia-sia, sesungguhnya dengan penguasaan matematik yang baik memudahkan sesorang untuk mendapat kerjaya yang baik. Penggunaan matematik ini sebenarnya banyak dikaitan dengan kehidupan seharian dan mempelajari matematik tidak terikat pada atau hanya perancangan bandar sahaja malahan banyak lagi pofesion atau boleh dikatakan hampir semua profesian memerlukan anda mempelajari dan menguasai matematik dengan baik.

 

 

Rujukan:

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Bahagian Pembangunan Kurikulum, Matematik Tingkatan

Manmohan, S. (2010). Perancangan Bandar dan Wilayah, Unit Bimbingan dan Kaunseling. 

http://payche.blogspot.com/2009/07/ha-apa-itu-perancangan-bandar.html 

 

 

Comments (0)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.