Home Perisian Matematik

Transformasi-Pantulan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Mohd Syamim Bin Ahmad Musthafa   
Rabu, 10 Jun 2009 07:44

 

-

Pada edisi kali ini saya akan mengajarkan penggunaan perisian GeoGebra untuk membantu para guru sebagai alat bantu mengajar topik Transformation. Topik ini dimasukkan di dalam sukatan pelajaran Matematik Tingkatan Dua.

Kita mulakan dengan subtopik pantulan. Guru boleh mulakan dengan melukis objek. Saya memilih segi tiga sebagai objek. Caranya, 1. Klik pada ikon polygon. 2. Klik pada skrin dan sediakan segi tiga. Untuk melabel objek; 1. Right Click pada objek dan pilih rename. 2. Labelkan objek. 3. Right Click pada objek dan pilih show label.

 

 

Sekarang kita akan lukis satu garisan sebagai garisan pantulan; 1. Klik pada ikon newpoint. 2. Klik pada skrin dan jadikan 2 titik. 3. Klik pada ikon segment between two points. 4. Pilih titik tadi dan sambungkannya. 5. Labelkan garisan pantulan.

 

 

Tibalah masanya untuk mendapatkan pantulan objek yang telah kita lukis tadi. Caranya; 1. Klik pada ikon mirror object at line. 2. Klik pada objek. 3. Klik pada garisan pantulan. 4. Labelkan pantulan objek.

 

 

Guru boleh mengubah titik-titik garisan pantulan dengan klik pada ikon move dan pilih mana-mana titik pada garisan pantulan. Dengan mengalihkan titik tersebut, kita boleh lihat variasi pantulan objek terhdap garisan pantulan. Selamat mencuba.

Comments (0)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.