Home Sejarah

Kurikulum Matematik PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Nuranisah A.Rahman   
Khamis, 02 September 2010 12:55

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera adik-adik semua. Bertemu lagi kita pada edisi kali ini. Sudah tentu adik-adik meminati matematik bukan? Jadi kali ini ruangan sejarah akan menyingkap tentang kurikulum matematik yang telah dilaksanakan di Malaysia.

Kurikulum matematik telah mengalami banyak perubahan sehingga ke hari ini khususnya dari aspek kandungan. Sukatan pelajaran matematik telah berubah  sebanyak tiga kali iaitu matematik tradisi, matematik moden dan matematik KBSR dan KBSM. Perubahan dalam kurikulum matematik adalah bagi mengikut perkembangan semasa. Selain itu bagi menyediakan para pelajar untuk melihat matematik sebagai suatu keindahan bukan sekadar nombor. Berikut adalah fakta mengenai kandungan matematik yang telah berubah sejak matematik tradisi sehingga kini KBSR dan KBSM.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

Melihat dari segi perubahan kandungan matematik adalah sejajar dengan peredaran masa. Semakin lama dunia semakin canggih pembelajaran matematik perlu berubah bagi menyaingi kehebatan teknologi. Para pelajar perlu didedahkan dengan pemahaman matematik yang lebih tinggi daripada hanya melihat matematik hanyalah sekadar pengiraan nombor. Oleh itu kita seharusnya bersyukur dan menghargai mereka yang telah menggubal kurikulum matematik. Ini kerana kurikulum yang sedia ada kini digubal adalah untuk memberi pendedahan dan gambaran tentang keunikan matematik. Jadi adik-adik semua mesti belajar bersungguh-sungguh dan menghayati matematik.

Comments (1)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.