Home Statistik

Statistik Sistem Kewangan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh JAYATURKA KANAGARAJOO   
Sabtu, 04 Januari 2014 20:50

 

Assalamualaikum pembaca Dunia Matematik. Keluaran kali ini akan memperlihatkan kepada anda mengenai statistik kewangan bagi pemilik emas terbesar di dunia. Seperti diketahui bahawa harga emas telah melambung tinggi sejak Ogos 2011 lalu, menjadikan kenaikan harga emas sebanyak 26%. Berikut merupakan statistik pemilik terbesar emas bagi seluruh dunia;

 

1.      Amerika Syarikat

Jumlah emas yand dimiliki: 8965 tan

Nilai emas: RM 1663.83 billion

Merupakan negara kuasa utama ekonomi dunia yang memiliki emas.

2.      Jerman

Jumlah emas yand dimiliki: 3747 tan

Nilai emas: RM 683 billion

Memiliki hamper 3747 tan emas yang disimpan sebagai simpanan asing mereka.

3.      IMF

Jumlah emas yand dimiliki: 3101 tan

Nilai emas: RM 565 billion

Bank Dunia (IMF) yang menguruskan sistem kewangan dunia beroperasi di 185 buah negara menyimpan emas bagi menstabilkan pasaran antarabangsa dan memberi bantuan kewangan kepada negara lain.

4.      Itali

Jumlah emas yand dimiliki: 2709.1 tan

Nilai emas: RM 492.38 billion

Itali dilaporkan sebagai entiti keempat terbesar didunia memiliki simpanan emas.

5.      Perancis

Jumlah emas yand dimiliki: 2683.8 tan

Nilai emas: RM 489 billion

Bank Negara Perancis adalah pemegang utama simpanan emas perancis bernilai hampir RM489 biliion.

6.      SPDR Gold ETF (GLD)

Jumlah emas yand dimiliki: 1213 tan

Nilai emas: RM 221 billion

Unit amanah pelaburan emas, dimana pelabur boleh membeli unit pelaburan emas disini.

7.      China

Jumlah emas yand dimiliki: 1161 tan

Nilai emas: RM 212 billion

Negara asia yang mempuyai entiti emas terbesar

8.      Switzerland

Jumlah emas yand dimiliki: 1146.2 tan

Nilai emas: RM 209 billion

Bank Negara Swiss menyimpan lebih 1146 tan emas

9.      Russia

Jumlah emas yand dimiliki: 926 tan

Nilai emas: RM 169 billion

Negara yang paling aktif membeli emas ketika ini

10.  Japan

Jumlah emas yand dimiliki: 843.3 tan

Nilai emas: RM 154 billion

Negara asia kedua yang mempunyai entiti emas terbesar

 

Senarai negara Asia terbesar yang mempunyai emas selain negara China dan Jepun;

12.  India

Jumlah emas yang dimiliki: 614.6 tan

Nilai emas: RM 112billion

Kedudukan bagi negara India telah menaik dengan mendadak pada 2009 apabila mereka telah membeli lebih kurang 200 billion emas dari IMF

14.  Taiwan

Jumlah emas yang dimiliki: 466.8 tan

Nilai emas: RM 85 billion

Taiwan berada pada tempat ke-14 bagi pemilik emas terbesar di dunia.

 

Jika dilihat dimana kedudukan bagi negara Malaysia? Mengikut sumber negara Malaysia telah berada di tempat ke-44 sebagai negara terbesar memiliki emas lebih tinggi dari Brazil, Korea Selatan dan Ireland.

 

 

Itu sahaja yang dapat dikongsi bersama anda semua. Diharapkan anda mendapat serba sedikit mengenai kewangan bagi negara yang dipengaruhi oleh pemilikan emas bagi setiap negara. Selamat membaca.

Comments (0)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.