Home Statistik

Obesiti PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Nadiah bte Bahardin   
Jumaat, 10 Julai 2009 10:04
Artikel Index
Obesiti
Nilai IJB
Graf
Semua Muka


Pernahkah anda mendengar perkataan obesiti? Obesiti atau lebih dikenali sebagai masalah berlebihan berat badan dan kegemukan sering berlaku dikalangan remaja kita. Menurut kajian 15% daripada kanak-kanak berusia 12-19 tahun mempunyai masalah obesiti terutamanya kanak-kanak dalam kalangan keluarga miskin. Ini kerana masyarakat kita pada masa kini terlalu sibuk mengejar dunia moden sehingga alpa mengenai kesihatan diri masing-masing. Kebanyakan daripada masyarakat Malaysia tidak mengamalkan pemakanan yang sihat dan tidak mengikuti saranan pemakanan mengikut piramid makanan yang telah ditetapkan.

Apakah Piramid Makanan? Piramid makanan adalah satu panduan untuk memilih makanan secara sihat. Secara ringkasnya piramid makanan mempunyai 4 aras, dimana aras paling bawah memerlukan kita mengambil makanan yang paling banyak dan aras yang tertinggi hanya sedikit makanan sahaja yang diperlukan.

Piramid makanan


Oleh yang demikian, anda perlulah mengambil makanan mengikut sajian yang telah disarankan seperti di atas. Walaupun begitu, setiap individu mempunyai saiz sajian yang berbeza mengikut aktiviti fizikal masing-masing seperti seseorang yang aktif bersukan memerlukan saiz sajian yang lebih besar berbanding mereka yang kurang aktif bersukan.

Kegagalan anda dalam mematuhi panduan tersebut akan mengakibatkan berlakunya masalah kekurangan berat badan, berlebihan berat badan dan kegemukan atau obesiti. Bagaimanakah anda hendak mengetahui bahawa anda seorang yang obesiti ataupun tidak? Untuk mengetahuinya kita boleh mengira Indeks Jisim Badan (IJB). IJB ialah ukuran untuk menilai berat badan seseorang itu berbanding dengan ketinggiannya. Cara pengiraannya adalah seperti berikut:




Nilai IJB adalah berbeza mengikut umur dan jantina. Jadual berikut menunjukkan klasifikasi IJB mengikut peringkat umur.

 

Indeks Jisim badan (IJB)

Status

< 18.5

Kekurangan berat badan

18.5 – 24.9

Normal

25 – 30

Berlebihan berat badan

30 atau lebih

Kegemukan

Jadual 1: IJB bagi umur 18 tahun ke atas
 
 

Umur (tahun)

Lebih berat badan IJB

Gemuk IJB

Lelaki

Perempuan

Lelaki

Perempuan

9

19.10

19.07

22.77

22.81

10

19.84

19.86

24.00

24.11

11

20.55

20.74

25.10

25.42

12

21.22

21.68

26.02

26.67

13

21.91

22.58

26.84

27.76

14

22.62

23.34

27.63

28.57

15

23.29

23.94

28.30

29.11

16

23.90

24.37

28.88

29.43

17

24.46

24.70

29.41

29.69

18

25.00

25.00

30.00

30.00

Jadual 2: IJB bagi umur 9 – 18 tahun mengikut jantina

Berikut merupakan graf obesiti mengikut negara bagi mereka yang berumur 15 tahun ke atas pada tahun 2005
Rajah 1: Graf peratusan obesiti
Berdasarkan graf di atas, kita dapat membuat kesimpulan bahawa perempuan lebih tinggi mengalami obesiti berbanding lelaki. Jika kita lihat pada setiap negara, majoritinya peratusan bagi perempuan lebih tinggi daripada peratusan lelaki. Oleh yang demikian, bagi kaum perempuan di luar sana anda perlulah berhati-hati dalam memilih makanan dan menjaga kesihatan agar masalah ini dapat dibendung dan di atas dengan baik.

Comments (7)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.