Home Tokoh

Sir Isaac Newton PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Jayanti A/P Arumugum   
Rabu, 09 Jun 2010 15:14

  

         

 

     Hai adik-adik..selamat membaca edisi Jun 2010 ini Smile Mempelajari Matematik bukan sahaja melibatkan pengiraan tambah, tolak, darab dan bahagi tetapi juga melibatkan pengenalan individu-individu yang telah menyumbang kepada teori-teori matematik yang kita aplikasikan pada hari ini. Pengetahuan tentang aspek sejarah matematik merupakan sebahagian daripada proses mempelajari serta memahami matematik yang wujud pada hari ini.

 

     Tokoh kita untuk kali ini adalah Sir Issac Newton iaitu salah seorang daripada ahli matematik yang telah menyumbang kepada perkembangan awal pelbagai cabang matematik. Issac Newton dilahirkan di Lincolnshire berdekatan Graham, Britain pada 25 Disember  1642. Beliau menuntut di Trinity College, Cambridge dan telah menetap di sana dari 1661 hingga 1696. Kebanyakan penemuan beliau dalam bidang  matematik  telah  diterbitkan dalam tempoh ini. Dalam beberapa tahun ini beliau telah banyak menyumbang kepada perkembangan bidang matematik dan juga bidang sains. Pada tahun 1696 beliau telah dilantik untuk jawatan awam dalam kerajaan dan beliau seterusnya telah berpindah ke London dan menetap di sana sehingga ke akhir hayat beliau.  Sir Issac newton telah meninggal dunia pada 20 Mac 1727.

 

     Menurut Sir Issac Newton, alam semesta kita berfungsi sebagai sebuah mesin yang mengikut beberapa hukum alam. Beliau juga sependapat dengan Galileo bahawa matematik merupakan alat yang boleh menerangkan serta membuktikan hukum-hukum alam ini. Sir Issac Newton merupakan seorang saintis serta ahli matematik yang unggul disebabkan sifat beliau yang menggabungkan ideanya dengan idea-idea ahli sains dan matematik lepas untuk memberikan satu gambaran yang sempurna tentang cara alam kita berfungsi.

 

     Sir Issac telah menerangkan serta menemui pembuktian bagi pelbagai hukum alam dengan menggunakan matematik. Antara penemuan beliau adalah “ hukum pergerakan dan graviti” . Hukum-hukum ini dibuktikan dengan menggunakan formula matematik yang menerangkan cara sesuatu benda bergerak apabila terdapat daya yang bertindak ke atasnya (Hukum Pergerakan Newton/ Newton’s Laws). Penemuan-penemuan ini merupakan antara yang pertama yang diterbitkan oleh Sir Issac Newton dan merupakan asas ilmu sains pada hari ini.



     Salah satu sumbangan beliau dalam bidang matematik ialah apabila beliau telah menemui dan memperkenalkan satu cabang baru dalam matematik yang pada hari ini dikenali sebagai “calculus” semasa beliau baru berumur 24 tahun sahaja. Disebabkan sifatnya yang suka bertanya soalan dan sentiasa mengamalkan sikap ingin tahu beliau telah mencapai kesemua kejayaan ini. Maka adik-adik kita haruslah meneladani sifat beliau ini dan sentiasa berfikiran terbuka. Newton telah mencipta bidang “integrated calculus” dan juga “differential calculus”. Dan beliau telah memahami  bahawa pembezaan (Differentiation)  dan pengamiran (Integration) merupakan operasi yang berkaitan secara songsang (inversely related).

 

     Adik-adik pernah dengar pasal “binomial theorem”? Tahukah adik-adik bahawa “Binomial theorem” juga merupakan salah satu penemuan Newton yang amat penting dalam bidang matematik. Teorem Binomial yang kita guna pada hari ini secara umumnya merupakan penemuan Newton yang berkesan untuk sebarang eksponen. Selain daripada itu, beliau juga telah menemui beberapa teori penting lain seperti Identiti Newton atau lebih dikenali sebagai Newton-Girard formulae yang memberikan hubungan di antara dua jenis polynomial simetrik. Selain itu, antara penemuan Newton yang lain adalah “ Kaedah Newton” dan pengelasan bentuk satah kubik.

 

     Di samping itu adik-adik, beliau juga telah memperkembangkan penemuan ahli matematik sebelumnya iaitu dengan menjadi pengguna index pecahan yang pertama dan beliau juga telah menggunakan konsep koordinat geometri untuk mendapatkan penyelesaian kepada “Persamaan Diophantine”. Sir Issac Newton juga telah menganggarkan jumlah separa daripada siri harmonik dengan menggunakan konsep logaritma ( satu konsep yang mendahului formula penjumlahan Euler). Dan beliau merupakan ahli matematik pertama yang menggunakan “the power series(kuasa dua)” dengan penuh keyakinan serta mampu songsangkan “the power series”( boleh mencari punca kuasa dua).

 

     Secara kesimpulannya, kami berharap supaya adik-adik telah dapat memahami sebahagian kecil sejarah matematik. Selain Sir Issac Newton terdapat banyak lagi tokoh-tokoh matematik yang telah memperkembangkan bidang Matematik sehingga ke hari ini…. Harap-harap adik-adik telah seronok membaca edisi kali ini…Setakat ini saja pertemuan kita kali ini…Ingat ye adik-adik “tak kenal maka tak cinta” Wink….Hargailah Matematik ….

 

     Nantikanlah edisi seterusnya pada bulan hadapan Smile...

 

Comments (20)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.