Saintis Komputer PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Nadiah Binti Abdul Rahman   
Ahad, 21 September 2008 13:30
 

 

Apakah yang dimaksudkan dengan matematik? Rata-rata ramai yang hanya memahami matematik adalah satu cabang ilmu yang berkait rapat dengan nombor. Pemahaman ini adalah sangat sempit. Matematik bukanlah sekadar berinteraksi dengan nombor semata-mata.  Ianya mencakupi skop yang jauh lebih luas daripada itu.  Matematik adalah bahasa universal yang unik menjangkau batasan sosial, budaya dan bahasa menggunakan simbol dan sintaksis yang diterima secara global.  Science for All American (AAAS) menyatakan bahawa matematik adalah kajian tentang pola yang merupakan satu cara inkuiri mengenai pendedahan kebenaran utama tentang pola yang wujud di sekitar kita dan perhubungkaitan. Matematik adalah juga satu bentuk komunikasi yang melengkapi perbendaharaan kata bahasa seharian atau sedia ada sebagai satu alat untuk menerangkan dunia yang kita diami. Dengan bahasa tersebutlah, kita boleh saling berkomunikasi dengan alam semulajadi, tentang perubahan musim, dan sebagainya. Matematik sangat mempengaruhi kehidupan kita.  Kita tidak boleh lari daripadanya sama ada kita suka ataupun tidak. Pekerjaan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan, pastinya memerukan penguasaan matematik yang tinggi.  Malah di peringkat rendah sekalipun, matematik sangat mempengaruhi jenis pekerjaan yang layak dipohon oleh seseorang individu.  Akhirnya, matematik ini berperanan untuk membentuk satu komuniti saintifik dan teknikal yang menjadi faktor penentu kerjaya seseorang individu. Seperti contoh kerjaya di dalam bidang sains komputer.

 

Mari kita kenali apa itu bidang sains komputer? Sains komputer atau sains pengkomputan ialah kajian tentang asas teori maklumat dan pengiraan, serta juga pelaksanaan dan penggunaannya dalam sistem komputer. Ia terdiri daripada banyak bidang iaitu:

  • Algoritma
  • Antara muka pengguna
  • Bioinformasi
  • Geoinformasi
  • Kernel (contoh Linux, BSD, Windows)
  • Kaedah formal
  • Kecerdasan buatan
  • Kejuruteraan keperluan perisian
  • Kejuruteraan perisian
  • Kejuruteraan undur
  • Keselamatan maklumat
  • Kriptografi
  • Lojik komputer
  • Mampatan data
  • Pangkalan data
  • Pembangunan web
  • Pembelajaran mesin
  • Pemperosesan bahasa sejadi
  • Pengaturcaraan berorentasi objek
  • Pengaturcaraan dinamik
  • Pengaturcaraan komputer
  • Pengkomputeran masa-sebenar
  • Pengujian perisian
  • Pengurusan komputer pelayan
  • Pengurusan projek perisian
  • Pengurusan proses perniagaan
  • Perisian bebas
  • Perisian industri dan pengautomasi
  • Perkhidmatan web
  • Perkomputeran geometri
  • Perkomputeran kuantum
  • Perkomputeran linguistik
  • Perkomputeran saintifik
  • Perkomputeran selari
  • Permodelan
  • Produk perisian
  • Rangkaian komputer
  • Reka bentuk terbantu komputer (CAD)
  • Seni bina komputer
  • Seni reka web
  • Sistem maklumat
  • Sistem pengendalian
  • Sistem tanpa-wayar
  • Struktur data
  • Teori automata
  • Teori bahasa pengaturcaraan dan penghimpun
  • Teori graf
  • Teori kompleksiti
  • Teori komputasi
  • Ujian kepastian kualiti perisian

 

Seseorang yang pakar dalam bidang perkomputeran dipanggil Saintis Komputer. Ini adalah kerana sains komputer merupakan salah satu cabang daripada aliran sains. Skop sains komputer masih tidak dapat dipisahkan dengan jelas memandangkan bidang ini meliputi aspek yang amat luas dalam kehidupan manusia dan skopnya akan terus berkembang selari dengan perkembangan kemajuan teknologi. Sebagai contoh, pada suatu masa dahulu telefon bimbit lebih dikaitkan dengan bidang kejuruteraan, akan tetapi apabila teknologi telefon bimbit semakin berkembang, terdapat banyak teknologi daripada aliran sains komputer diserapkan ke dalam alatan ini.

 

Sains komputer dianggap sebagai memiliki hubungan yang lebih rapat dengan matematik, berbanding dengan banyak disiplin sains yang lain. Sains komputer yang awal banyak dipengaruhi oleh karya ahli matematik (seperti Kurt Gödel dan Alan Turing), dan masih terdapat pertukaran idea yang berguna antara kedua-dua bidang itu, misalnya logik matematik, teori kategori, teori domain, dan algebra. Antara perkara penting dalam sains komputer adalah Bahasa Pengaturcaraan. Bahasa pengaturcaraan adalah bahasa yang boleh digunakan untuk menulis perisian komputer. Antara bahasa pengaturcaraan yang popular ialah C, C++ dan Java. Bahasa pengaturcaraan (bahasa kompulasi) ialah teknik komunikasi piawai untuk menjelaskan arahan kepada komputer. Ia merupakan satu set peraturan sintaktik (syntactic) dan semantik (semantic) yang digunakan untuk menghasilkan sebuah program komputer. Bahasa pengaturcaraan membenarkan pengaturcara (Programmer) menspesifikasikan secara terperinci perkara-perkara berikut:-

 

  • data yang diperlu diproses oleh komputer
  • bagaimana data disimpan atau dihantar
  • apa yang perlu dilakukan dalam pelbagai keadaan secara lebih mendalam (algoritma)

 

 

Di negara kita, terdapat banyak universiti yang menawarkan kursus untuk sains komputer. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menawarkan pengajian peringkat ijazah doktor falsafah sains komputer, sarjana, sarjana muda dan diploma. Sebagai contoh UTM telah menawarkan pelbagai kursus sarjana muda sains komputer:

 

·         Kejuruteraan Perisian

·         Rangkaian & Keselamatan Komputer

·         Komputeran Industr

·         Perisian Grafik dan Multimedia

·         Sistem Pangkalan Data

 

 

Kelayakan yang diperlukan ialah :

 

  • Memenuhi Syarat Am Universiti
  • KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mana-mana DUA (2) mata pelajaran berikut:

 

  • Matematik dan

mana-mana SATU (1) daripada mata pelajaran berikut:-

 

  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Sains Komputer dan
Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

 

  • Matematik

 

        Para pengguna juga bolehlah mengakses laman web UTM (http://www.utm.my) untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai kursus-kursus yang ditawarkan serta kelayakan yang diperlukan untuk memohon. Selain UTM, universiti-universiti awam dan swasta lain turut menawarkan pengajian dalam bidang sains komputer yang boleh dipohon oleh para pelajar yang berminat selepas tamat pengajian di sekolah. Pelajar yang berjaya menamatkan kursus berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan yang luas di sektor awam dan swasta dari peringkat tinggi bergantung kepada sijil yang diperoleh.

 

 

                                                     

 

                    Contoh animasi-animasi yang dihasilkan oleh Saintis Komputer

 

   

Comments (0)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.