Home 2009 Mac 2009 Statistik Statistik: Kadar Kemalangan Jalan Raya

Statistik: Kadar Kemalangan Jalan Raya PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Syed Zul Helmi Bin Syed Amran   
Isnin, 06 Oktober 2008 15:20

 

 

P


atuhi Had Laju, Kelajuan Membunuh, Sesal Dahulu Pendapatan Sesal Kemudian Tidak Berguna, Ingatlah Orang Tersayang, Pandu Cermat Jiwa Selamat, Pandu, Tunggang dan Jalan Dengan Selamat – Anda Mampu Mengubahnya.

Inilah sebahagian kecil kempen keselamatan jalan raya yang anda akan menemuinya di sepanjang perjalanan terutama di musim perayaan ini. Ia bertujuan mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati ketika dalam perjalanan agar selamat sampai ke destinasi yang dikehendaki.

Setiap kali musim perayaan menjelang, ketika itulah jumlah yang melibatkan kemalangan dan kematian pasti akan meningkat disebabkan pelbagai faktor termasuk sikap pemandu dan pertambahan kenderaan di jalan raya secara serentak kerana semuanya ingin pulang ke kampung. Namun, masih ada pengguna tidak sedar bahawa semakin laju kenderaan dipandu, semakin tinggi risiko mereka untuk membunuh sama ada diri sendiri, penumpang atau pengguna jalan raya yang lain.

Oleh sebab itulah Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan operasi khas memantau pergerakan kenderaan setiap kali musim perayaan bertujuan menyedarkan pengguna mematuhi peraturan. Operasi khas ini dinamakan OPS SIKAP di mana ia adalah operasi khas untuk setiap musim perayaan terbesar di negara ini iaitu Hari Krismas, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri.

Kali ini ruangan statistik akan menganalisis data mengenai  kemalangan dan kematian sempena Hari Raya Aidilfitri dari Operasi OPS SIKAP dari tahun 2002 sehingga 2007.

 

 

 

Jadual di atas menunjukkan data Jumlah kemalangan, Kemalangan Maut dan Jumlah Kematian yang dilaporkan berdasarkan dari sumber trafik Laporan OPS SIKAP dari tahun 2002-2007 sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri.

Data diatas dapat diwakilkan diwakilkan kepada bentuk graf garisan dan graf bar seperti di bawah.

 

 

Berdasarkan graf garisan diatas, didapati pada pada tahun 2002 sehingga tahun 2004, jumlah kemalangan yang melibatkan semua pecahan kenderaan menurun, dengan graf OPS SIKAP ke-7 mencatatkan bilangan terendah jumlah kemalangan. Kemudian, bermula tahun 2004 sehingga 2007, bilangan bagi jumlah kemalangan kembali meningkat dengan ketara dimana tahun 2007 mencatatkan bilangan tertinggi kemalangan hampir 16 000 jumlah kemalangan. Keadaan ini sangat membimbangkan kita terutama menjelang cuti perayaan dimana ramai warga kota yang akan pulang ke kampung halaman. Selain faktor pertambahan bilangan kenderaan yang serentak di jalan raya dan sikap pemandu yang suka memandu secara berbahaya, terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kemalangan ini. Antaranya ialah sikap pemandu yang tidak sabar ingin sampai ke kampung, maka mereka memandu laju dan tidak mematuhi peraturan di jalan raya.

Terdapat pemandu atau penunggang kenderaan yang gagal mematuhi arahan lampu isyarat yang menyebabkan kemalangan. Begitu juga ketika hendak memotong kenderaan hadapan. Kadangkala terdapat pemandu atau penunggang kenderaan yang begitu berani memotong di sebelah kiri dan ketika berada di garisan kembar di jalan raya. Ini sangat membahayakan pemandu itu sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.Selain itu, faktor seperti keadaan fizikal sesuatu kenderaan itu sendiri. Kedapatan pemandu yang menyangkakan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang baik, maka tidak mendapatkan perkhidmatan servis kenderaan. Natijahnya, berlaku kemalangan yang tidak sepatutnya berlaku akibat dari kegagalan sistem brek untuk berfungsi, isyarat signal yang tidak berfungsi, enjin cepat panas, dan sebagainya. Kemalangan mungkin akan dapat dikurangkan sekiranya mereka mengambil berat tentang fizikal dan spesifikasi kenderaan mereka.

 

 

Graf bar di atas pula menunjukkan jumlah kemalangan maut dan kematian akibat dari kemalangan jalan raya. Dapat diperhatikan pada tahun 2002 mencatatkan bilangan kemalangan maut dan kematian yang tertinggi dan tahun 2004 mencatatkan bilangan yang terendah. Ini menunjukkan apabila operasi OPS SIKAP ke-3 dimulakan kali pertama sempena Hari Raya Aidilfitri, dapat memberikan bayangan bagaimanakah sikap pengguna ketika berada di jalan raya selama ini sebelum OPS SIKAP dibuat. Kemudian bilangan semakin menurun sehingga tahun 2004. Ini menunjukkan operasi ini berkesan secara psikologi kepada pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika berada di jalan raya. Kemudian bilangan kembali meningkat oleh kerana pertambahan kenderaan dan sikap yang semakin lali dengan operasi ini.

Jadi kepada pembaca, hargailah nyawa anda. Ingatlah kepada orang yang tersayang Apabila ia menimpa kepada diri kita dan jika tidak bernasib baik, menyesal pun tiada lagi gunanya. Jadikan sempena cuti perayaan sebagai peristiwa paling bermakna dalam kehidupan anda. Marilah kita menyokong seruan kerajaan untuk sifar kemalangan. Jangan pentingkan diri dan cuai ketika memandu.

 

 

 

 

  1. Rancang perjalanan anda. Jika anda berasa letih, mengantuk, di bawah pengaruh alkohol atau berada dalam keadaan yang tidak tenteram, tangguhkan perjalanan anda.
  2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
  3. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki
  4. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
  5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
  6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
  7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna.
  8. Pastikan kenderaan diselenggara dan diperiksa sebelum perjalanan jauh.
 

 

 

Comments (18)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.