Home 2009 Februari 2009 Statistik Statistik : Indeks Pencemaran Udara

Statistik : Indeks Pencemaran Udara PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Syed Zul Helmi Bin Syed Amran   
Sabtu, 28 Februari 2009 08:00

          

 

 

 

 

 

          

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pembakaran hutan terburuk di Victoria, Australia. Beratus-beratus ribu hektar kawasan hutan musnah dalam kebakaran. Trauma yang dialami oleh sebilangan penduduk yang terselamat mungkin akan menghantui mereka selama-lamanya akibat kehilangan harta-benda yang banyak dan orang tersayang. Puncanya dua orang lelaki yang tidak bertanggungjawab disyaki memulakan pembakaran dan kesan panas terik yang melampau di sana. Terfikirkah kita bahawa kemusnahan alam sekitar adalah akibat dari tangan manusia itu sendiri. Mengapa kita masih tidak menginsafinya lagi?

       Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Manusia berusaha membangunkan alam sekitarnya untuk kesejahteraan hidup. Alam sekitar merujuk kepada segala komponen hidup (biosis) seperti haiwan dan tumbuhan dan yang bukan hidup (abiosis) contohnya, tanah, bentuk muka bumi, cuaca dan faktor kimia. Satu keseimbangan wujud antara manusia dan organisma dengan alam sekitar dan keseimbangan ini adalah dinamik, iaitu sentiasa berubah.

           

            Tahukah anda populasi manusia yang kian meningkat pada penghujung kurun ini telah membawa kepada peningkatan pelbagai masalah alam sekitar. Aktiviti-aktiviti yang mengancam alam sekitar banyak dijalankan seperti perindustrian dan pembalakan. Pada Sidang Puncak Bumi di Rio de Janeiro pada tahun 1992 telah membincangkan masalah ini dan ia telah dianggap sebagai masalah sedunia kerana masalah ini dianggap semakin serius. Dalam sidang ini isu pencemaran juga telah dibincangkan di sana. Dewasa ini aktiviti-aktiviti mementingkan pembangunan ekonomi merupakan punca pencemaran yang utama dan akhirnya berlaku kesan rumah hijau yang kronik.

 

           Negara kita pernah dikejutkan dengan jerebu yang teruk pada tahun 1997 dimana keadaan kualiti udara yang pada masa itu sangat kritikal dan tenat. Bukan sahaja di negara kita malah di negara serantau dan seantero dunia. Banyak faktor yang menyebabkan kita mengalami jerebu yang teruk.

 

           Jadi pihak jabatan dari Kementerian Alam Sekitar di negara kita telah mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mengawal dan memantau kebersihan dan keselesaan mengenai tahap pelbagai pencemaran di negara ini. Di sini ingin berkongsi dengan anda semua satu contoh pencemaran lazim negara kita dan negara-negara lain iaitu pencemaran udara. Punca-punca pencemaran udara adalah dari semulajadi termasuklah debu, mikro organisma, letupan gunung berapi, debunga pokok dan sebagainya. Jadi bagaimanakah cara jabatan ini mengukur atau memeriksa tahap piawai sesuatu kandungan udara?

            Dalam mengukur tahap kualiti udara, satu jenis mekanisma digunakan iaitudinamakan Indeks Pencemaran Udara ( IPU ).  Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu Sulfur Dioksida (SO2), Nitrogen Dioksida(NO2),Karbon Monoksida (CO), Ozon (O3) dan kepekatan habuk halus (PM10). Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi diambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya, kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan ini yang menentukan bacaan IPU. Bacaan dikira berdasarkan skala piawai yang telah ditentukan oleh badan professional yang memantau dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar. 

 

Jadual 1 menunjukkan bacaan IPU mengikut dan status kualiti udara yang diukur. 

 

 

         

IPU
STATUS
0 – 50
Baik
51 – 100
Sederhana
101 – 200
Tidak sihat
201 – 300
Sangat tidak sihat
> 301
Berbahaya
                        Jadual 1
 
Kita ambil satu contoh beberapa bandar yang dipilih dinegara kita yang 
mempunyai potensi pencemaran udara yang tinggi.  Bandar-bandar yang dipilih 
adalah  Pasir Gudang Johor, Kuching Sarawak, Kemaman Terengganu dan di 
Jerantut Pahang.  Jadual 2 adalah  data mengenai maklumat IPU pada 
1 hingga 7 November 2005.
 
 

Nov-05

Kuching


P. Gudang


Jerantut


Kemaman



11:00 AM

5:00 PM

11:00

AM

5:00 PM

11:00 AM

5:00 PM

11:00

AM

5:00

PM

1

34*

36*

32*

31*

47*

47*

29*

26*

2

38*

39*

30*

40c

50*

49*

28*

28*

3

34*

29*

25*

24*

42*

41*

29*

31c

4

29c

25*

21*

25c

40*

40*

26*

26*

5

29*

31*

26*

30*

41*

43*

24*

35c

6

33*

32*

28*

27c

45*

44*

23*

33c

7

34*

37*

29*

29*

44*

46*

28*

34c

                        Jadual 2 ( Sumber :Kementerian Alam Sekitar )
Petunjuk:
               
       *   =  Habuk Halus (PM10)                          c =  Ozon (O3)
       a   =  Sulfur Dioksida (SO2)                        d =  Karbon Monoksida (CO)
       b   =  Nitrogen Dioksida (NO2)       
       &   =  Lebih daripada satu pencemar          # =  Masalah Teknikal 
 
            Jadi untuk memudahkan pengiraan, kita ambil data IPU ini secara purata bagi setiap bandar 
seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3. 
 

Tarikh Nov 2005

Kuching

P. Gudang

Jerantut

Kemaman

1

35.0

31.5

47.0

27.5

2

38.5

35.0

49.5

28.0

3

31.5

24.5

41.5

30.0

4

27.0

23.0

40.0

26.0

5

30.0

28.0

42.0

29.5

6

32.5

27.5

44.5

28.0

7

35.5

29.0

45.0

31.0

                        Jadual 3
 
               Jadual 3 boleh diwakili dengan graf seperti yang ditunjukkan dibawah.
 
 

 
            Daripada graf di atas, di dapati bandar Jerantut mencatatkan bacaan 
IPU tertinggi. Kemudian bandar Kuching di tempat kedua, Pasir Gudang di
 tempat ketiga dan akhir sekali Bandar Kemaman.  
          Namun dapat diperhatikan bacaan IPU bagi Pasir Gudang mula menurun
 selepas hari ketiga sehingga hari ketujuh.
            Banyak faktor yang menyebabkan bacaan IPU sangat jelas tinggi di 
Bandar Jerantut. Antaranya adalah projek pembinaan dan pembangunan yang 
pesat atau di panggil urbanisasi.
  

           Urbanisasi akan membawa kepada pertambahan penduduk akibat imigrasi penduduk luar bandar ke bandar. Apabila terdapat banyak penduduk, kegiatan-kegiatan ekonomi berkembang, banyak tanah baru akan dibuka untuk menempatkan rumah, bangunan dan kilang. Pembinaan-pembinaan yang berleluasa akan menyebabkan pencemaran air, udara dan bunyi.

 

            Pembakaran secara terbuka adalah faktor utama pencemaran udara. Punca semulajadi dari pereputan biologikal dan dibebaskan daripada larutan. Pembakaran ini menghasilkan gas berbahaya seperti karbon Dioksida (CO2) yang mendatangkan bahaya kepada manusia apabila berlebihan, gas Karbon Monoksida (CO) yang bertoksik boleh menyebabkan kematian jika berada di tahap tinggi ( 1% peratus dalam udara boleh menyebabkan kematian kepada manusia) dan ia tidak berbau. Manakala gas Sulfur Dioksida (SO2) boleh menyebabkan kesan di bahagian saluran pernafasan terutama kepada mereka yang terdedah kepada SO2 dengan kepekatan tinggi, boleh menyebabkan kerosakan pada mata dan berkemungkinan menyebabkan kecacatan kepada kandungan ibu.


Asap kilang juga antara penyumbang pencemaran udara yang tinggi

 

             Maka dengan ini pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai termasuk kerajaan sendiri untuk menangani pencemaran ini agar dapat dibanteras sepenuhnya punca-punca pencemaran ini seperti menanam kembali pokokbaru menggantikan pokok lama yang ditebang, mencipta alat inovasi bagi mengurangkan pengeluaran asap, kempen melakukan pembakaran secara tertutup dan sebagainya. Cintailah alam sekitar.

Comments (3)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.