Home Isu Semasa

Krisis Ekonomi Dunia PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Mohd Khairil Anuar Bin Mohd Adnan   
 
     Dunia kini sedang dilanda krisis ekonomi global. Banyak syarikat-syarikat samada syarikat besar atau kecil yang terpaksa menggulung tikar akibat dilanda hutang yang tinggi. Beribu-ribu pekerja kehilangan pekerjaan manakala ramai lagi sedang menghadapi risiko dibuang kerja. Krisis yang melanda dunia ini bermula dengan krisis ekonomi Amerika Syarikat. Disebabkan kebanyakkan negara didunia bergantung pada Amerika Syarikat, maka negara-negara tersebut turut sama mengalami krisis ekonomi.


Krisis ekonomi Amerika Syarikat bermula disebabkan oleh:
  1. Lambakan hutang tidak berbayar sehingga menjejaskan kecairan tunai institusi kewangan di negara Amerika Syarikat itu. Bank pelaburan keempat terbesar di Amerika, Lehman Brothers muflis. Banyak rumah terpaksa dilelong kerana pembeli tidak mampu untuk terus membayar.
  2. Industri hartanah merundum
  3. Krisis harga makanan dunia menyumbang kepada krisis ini. Bahan makanan utama dunia seperti beras dan tepung diperdagangkan di bursa saham untuk mendapatkan keuntungan lebih besar. Pemanasan global memberi kesan rantaian kepada harga barang makanan. Kos keseluruhan makanan global semakin meningkat dan terus meningkat.
  4. Liberalisasi ekonomi akan terjejas. Sepatutnya ekonomi sesebuah negara tidak boleh terlalu tertutup. Kuasa beli rakyat haruslah dipertingkatkan untuk mengurangkan krisis ekonomi ini.
  5. Kecairan mata wang yang ketat. Banyak bank mula takut untuk memberi pinjaman mudah membeli hartanah dan perumahan.
  6. PBB kekurangan dana untuk membantu negara membangun terutama di Afrika yang berkecamuk dengan masalah kemiskinan dan kebuluran. Negara yang bergantung pakej kewangan Amerika akan terjejas teruk.

 

    Krisis ekonomi yang sedang melanda dunia sekarang ini memberi kesan yang amat ketara bukan sahaja terhadap syarikat-syarikat malahan terhadap orang perseorangan. Harga-harga kebanyakkan komoditi khususnya minyak dan makanan melambung begitu tinggi sehingga menjejaskan ekonomi, membawa ancaman stagflasi (inflasi yang disertai ketiadaan permintaan) dan pengunduran globalisasi.

 
    Pada bulan februari 2008, Reuters melaporkan bahawa inflasi global mencapai tahap paling dahsyat dalam sejarah, manakala inflasi domestic berada pada paras tertinggi dalam masa 10-20 tahun bagi kebanyakkan negara. Pada pertengahan tahun 2008, data IMF menunjukkan bahawa inflasi adalah pada tahap tertinggi di negara pengeksport minyak, terutamanya akibat pertumbuhan rizab tukaran asing yang kekurangan pengendalian dasar kewangan yang boleh mengimbangi campur tangan tukaran asing sedemikian agar memastikan sasaran dasar kewangan negara itu tercapai.


    Bagaimanapun inflasi juga menjadi-jadi di negara-negara yang dikelaskan IMF sebagai ‘negara termundur bukan pengeksport minyak’ dan ‘Asia Membangun’, disebabkan kenaikan harga minyak dan makanan. inflasi juga menjadi-jadi di negara-negara maju, namun tidak seteruk yang dialami negara-negara membangun.

 

    Pertubuhan Buruh Antarabangsa menjangkakan sekurang-kurangnya 20 juta pekerjaan bakal hilang menjelang penghujung 2009 akibat krisis ini, kebanyakannya dalam sektor pembinaan, hartanah, perkhidmatan kewangan dan kereta, sekaligus mengakibatkan pengangguran sedunia melepasi tahap 200 juta

 

Comments (3)

 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.