Home 2010 Mac 2010 Tahukah Anda Kenapa belajar geometri?

Kenapa belajar geometri? PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Mohd Syamim Bin Ahmad Musthafa   
Isnin, 08 Mac 2010 23:56
Artikel Index
Kenapa belajar geometri?
Mekanik & Kalkulus
Semua Muka

 

 

Salam 1Malaysia. Edisi lepas telah menjelaskan kebaikan mempelajari algebra, diharapkan para pembaca berpuas hati dengan persembahan artikel. Pada edisi kali ini mari kita dekatkan diri dengan geometri pula. Kenapa kita belajar geometri? Apa kaitannya dengan matematik? Bagimanakah penggunaan ilmu geometri mampu meningkatkan taraf hidup kita? Sekarang mari kita tinjau sejauh manakah ilmu geometri ini melengkapkan kehidupan kita.

Geometri dikaji kerana ia dianggap ilmu yang sangat cantik, sempurna, dan masih banyak rahsia ciptaan Ilahi yang masih belum dirungkai. Sifat-sifat inilah yang merangsang akal fikiran kita untuk terus mengkaji ilmu geometri dan mensyukuri kebesaran Ilahi. Mempelajari ilmu geometri mendedahkan kita tentang kewujudan alam ini dengan mendalam. Mengajar ilmu geometri pula melatih akal fikiran kita untuk menjana pemikiran yang kritis dan terperinci.

Terdapat alasan lain kenapa kita harus belajar manipulasi geometri iaitu minat terhadap geometri sentiasa ada apabila kita memerlukan jawapan tentang peristiwa dan fungsi tentang kejadian alam sejagat. Ironinya, minat terhadap kepelbagaian bentuk dan objek seperti garisan, bulatan, segi tiga, dan segi empat yang begitu dekat dengan kehidupan manusia secara semulajadi selari dengan fenomena memandu di jalan raya, melihat kestabilan bangunan dan lain-lain lagi sering menjadi asas kepada pengembangan terhadap pengetahuan geometri.

Sebenarnya pengetahuan objek geometri telah ada dalam masyarakat primitif dan pada awal ketamadunan manusia. Banyak ahli falsafah matematik memberikan pandangan mereka yang tersendiri tentang geometri. Mari kita tinjau pandangan beberapa sarjana matematik di bawah:

plato

Geometri adalah alat atau kaedah yang terperinci untuk

menjelaskan keadaan dua bahagian alam

~PLATO~

Geometri bukan sahaja penaakulan logik atau deduktif tetapi

ia juga berhubungan, disusun dalam tatatingkat dan ditakrifkan

dengan sempurna dari titik permulaan

~ARISTOTLE~

aristotle
kepler

Setiap kali mengkaji geometri merupakan detik

berhubung dengan pemikiran Tuhan seperti mengetahui

model geometri tentang pergerakan planet-planet

~KEPLER~

Geometri menerangkan dengan sempurna atau mengkategorikan

alam sejagat; bagaimana alam bertindak atau menjelma

~GALILEO~

galileo
descartes

Geometri sebagai sesuatu yang agung, sempurna dan

pengalaman yang empiris

~DESCARTES~

Rajah 1: Dari atas, karikatur Plato, Aristotle, Kepler, Galileo dan Descartes.



LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.