Home Sodoku Bidang Kerjaya Kerjaya dalam Matematik

Kerjaya dalam Matematik PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Marlia Binti Mat Isa   
Khamis, 24 Januari 2008 02:06

 

 

Dewasa ini matematik memainkan peranan penting dalam pengajian. Kehidupan harian yang semakin canggih memang tidak dapat mengabaikan peranan matematik. Selain itu, perkaitan antara dunia pekerjaan dan pembelajaran menjadi semakin penting. Oleh yang demikian, matematik merupakan salah satu komponen utama dalam membina kerjaya masa depan pelajar memandangkan sumbangan yang diberi oleh matematik dalam pelbagai bidang.

 

 

 

APA KERJAYA PILIHAN ANDA?

 


Sumber: http://www.fotosearch.comphotos-imagesoccupation_5.html


 

 

Realitinya, masih ramai di kalangan pelajar yang tidak tahu mengenai prospek kerjaya dalam bidang matematik. Walaupun hakikat sebenarnya ialah bidang matematik turut menjanjikan peluang kerjaya yang cukup luas meliputi pelbagai jenis bidang pekerjaan seperti bidang kewangan, kejuteraan, aeroangkasa, automotif, geologi, perubatan dan sebagainya.

 

Gambar hiasan: Kemanakah hala tuju mereka selepas ini?

 

 

Selain itu, pendedahan awal perlu diberi kepada para pelajar tentang kerjaya – kerjaya yang melibatkan matematik untuk memberi galakan dan menarik minat pelajar untuk mempelajari matematik. Kesedaran tentang kerjaya adalah penting pada peringkat kanak – kanak dan remaja. Ini kerana ianya akan mempengaruhi pilihan dan aspirasi kerjaya pelajar di masa hadapan kelak. Justeru itu, melalui majalah dunia matematik ini para pelajar akan dapat mengetahui dan menerokai secara mendalam kerjaya – kerjaya yang terdapat di dalam bidang matematik ini.

Comments (0)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.