Home 2013 Mac 2013 Tokoh John Venn

John Venn PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Jayanti A/P Arumugum   
Rabu, 14 Julai 2010 23:19

 

 


 

Hai..selamat membaca edisi julai 2010 kali ini…Terima kasih kepada adik-adik semua yang merupakan mengikut setia setiap edisi dunia matematik.

Adik-adik pernah tak dengar tentangl set dan gambarajah venn yang digunakan untuk menggambarkan set-set yang terdapat dalam sesuatu sistem? Pernahkah adik-adik terfikir siapakah yang telah menemui konsep “Venn diagram” ini?

Apakata kita mengkaji sedikit sejarah tentang tokoh matematik yang telah memperkenalkan konsep “ Venn diagram” ini… Venn diagram ini telah diperkenalkan pada tahun 1880 oleh seorang warganegara British iaitu John Venn (1834 - 1923). John venn telah dilahirkan di Hull, England pada 4 haribulan Ogos 1834. Beliau telah menerima pendidikan peringkat awal dari Highgate dan Islington iaitu dua sekolah di London.

Seterusnya beliau telah meneruskan pelajaran di Gonville and Caius College, Cambridge dari 1853 sehingga 1857 dalam jurusan matematik peringkat ijazah. Beliau telah dilantik menjadi felo setelah menamatkan pengajian beliau di Cambridge, ianya merupakan jawatan yang telah dipegang oleh Venn sepanjang hidupnya walaupun beliau telah dilantik ke jawatan yang lebih tinggi iaitu sebagai Pengerusi The Royal Society dalam cambridge .


Gambar rajah Venn telah diperkenalkan oleh John Venn melalui penulisannya bertajuk "On the Diagrammatic and Mechanical Representation of Propositions and Reasonings" yang telah diterbitkan dalam "Philosophical Magazine and Journal of Science", mengisahkan tentang berbagai kaedah untuk mewakilkan “proposition” menggunakan gambar rajah. Penemuan Gambar rajah Venn adalah sangat penting kerana ia digunakan dalam pelbagai bidang matematik termasuklah theory set, probability, logic, statistic dan sains computer. Gambarrajah Venn sebenarnya terdiri daripada beberapa bulatan yang bertindih. Contoh Venn Diagram menggunakan 2 set adalah seperti bawah.

Pada tahun 1866 Venn telah menerbitkan karyanya “ The Logic Of Chance”, yang telah menjadi penyumbang utama ke arah evolusi theory dalam bidang statistik serta telah memperkembangkan salah satu aspek theory probability yang dikenali sebagai theory frekuensi. Bertepatan dengan tema edisi kita kali ini ….iaitu insurans adik-adik, statistic memainkan peranan penting dalam bidang insurans. Maka bolehlah kita katakan bahawa John Venn juga antara penyumbang kepada matematik yang telah melahirkan bidang insurans.

 

Selain itu, John Venn juga telah banyak menyumbang kearah proses pembangunan Cambridge dengan pelbagai karya penulisan beliau. Antaranya adalah The Biographical History of Gonville and Caius College 1349-1897 yang telah berjaya merekodkan sejarah kolejnya . Selepas itu, beliau telah mula membuat kompilasi tentang sejarah Universiti Cambridge yang amat tepat dan telah menjadi sumber rujukan kepada para sejarawan dan genealogist.. John Venn telah meninggal dunia pada tahun 1923 di Cambridge,dan telah dikebumikan di kawasan berdekatan iaitu Trumpington Churchyard.


Jadi sekarang adik-adik dah mengetahui serba sedikit tentang asal-usul “Venn Diagram” yang adik-adik telah belajar… Setakat ini sahaja dari Kak Jaya. Nantikanlah edisi seterusnya….

Comments (11)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.