Home

Sempoa PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Nuranisah A.Rahman   
Jumaat, 16 Julai 2010 02:49

 

 

Pada masa kini, kita menggunakan kalkulator untuk mengira. Tetapi adakah kalkulator telah wujud beribu tahun dahulu? Sudah tentu tidak. Oleh itu orang zaman dahulu telah menggunakan sempoa untuk mengira.

Apa itu sempoa? Sempoa adalah sejenis alat yang terdiri daripada rangka kayu dan manik-manik. Sempoa telah diubahsuai sehinggalah menjadi bentuk moden seperti di bawah.


Sempoa dalam bahasa inggeris disebut abacus yang diambil daripada perkataan Yunani bermaksud papan yang berdebu. Sempoa telah dijumpai di China diantara kurun ke-12 dan 13. Setelah itu, penggunaan sempoa telah sampai ke Korea dan Jepun melalui pedagang. Di Eropah pula sempoa telah digunakan sehingga kurun ke-18.

Pengiraan menggunakan sempoa melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Bagi melakukan pengiraan melibatkan tambah dan tolak, sempoa digunakan dari arah kiri ke kanan. Di sini saya akan menunjukkan contoh pengiraan yang melibatkan operasi tambah menggunakan sempoa.

 


L1 : sa, L2: puluh, L3 : ratus, L4 : ribu, L5 : puluh ribu, L6 : ratus ribu

1 manik di bahagian atas mewakili 5 unit, 1 manik di bahagian bawah mewakili 1 unit

Contoh: 3 + 1 = 4

 


 

Tunjukkan unit 3 pada L1, seterusnya gerakkan 1 manik di bahagian bawah ke atas mewakili penambahan 1 unit. Kemudian kira jumlah manik yang telah digerakkan, dan ini memberikan jawapan 4.

Contoh: 90 + 7 = 97 

 


 

Tunjukkan unit 90 pada L1 dan L2 seterusnya gerakkan 1 manik di bahagian atas ke bawah dan 2 manik di bahagian bawah ke atas untuk mewakili penambahan unit 7. Kemudian kira jumlah manik yang telah digerakkan dan ini memberikan jawapan 97.

Penggunaan sempoa tidak harus dilupakan walaupun kita berada di zaman serba moden dan canggih dengan adanya peralatan berteknologi tinggi. Ini kerana mengira menggunakan sempoa ada kelebihannya seperti dapat menguatkan daya ingatan. Oleh itu jika berpeluang adik-adik mesti mempelajari sempoa.

Setakat ini saja yang dapat saya kongsikan bersama, harap-harap adik-adik semua mendapat manfaat daripadanya.

Comments (21)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.