Salam 1Malaysia...  Bersesuaian dengan tema untuk edisi kali ini, penulis akan menerangkan secara ringkas beberapa statistik terkini berkaitan jumlah populasi penduduk di Malaysia. Seperti yang semua sedia maklum, Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan berbilang agama. Kaum Melayu merupakan etnik terbesar di Malaysia dan diikuti oleh kaum-kaum lain seperti Cina, India dan lain-lain. Jadual di bawah ini merupakan jumlah populasi penduduk di setiap negeri di Malaysia pada tahun 2009 dan 2010: | NEGERI | POPULASI 2009 | POPULASI 2010 | | SELANGOR | 6, 457, 649 | 6, 885, 615 | | JOHOR | 3, 549, 185 | 3, 655, 688 | | SABAH | 3, 463, 112 | 3, 516, 931 | | SARAWAK | 2, 446, 469 | 2, 480, 476 | | PERAK | 2, 172, 970 | 2, 187, 841 | | KEDAH | 1, 873, 500 | 1, 910, 174 | | KELANTAN | 1, 623, 808 | 1, 636, 553 | | KUALA LUMPUR | 1, 468, 984 | 1, 475, 337 | | PAHANG | 1, 462, 397 | 1, 473, 005 | | PULAU PINANG | 1, 400, 073 | 1, 416, 909 | | TERENGGANU | 1, 156, 590 | 1, 168, 259 | | NEGERI SEMBILAN | 989, 693 | 1, 005, 486 | | MELAKA | 709, 402 | 726, 395 | | PERLIS | 215, 495 | 213, 863 | | LABUAN | 93, 867 | 92, 916 |
SUMBER: Jabatan Perangkaan Malaysia Berdasarkan jadual di atas, kita dapat lihat bahawa Selangor menduduki tempat teratas dengan jumlah populasi yang paling ramai mencecah hampir 7, 000, 000 orang. Sementara itu, Labuan pula menduduki tempat terakhir dengan jumlah populasi yang mencecah hampir 93, 000 orang.  Jadual seterusnya mempamerkan peratusan populasi penduduk di Malaysia berdasarkan kaum etnik: | KAUM ETNIK | PERATUSAN (%) | | MELAYU | 53.3 | | CINA | 26.0 | | ASLI | 11.8 | | INDIA | 7.7 | | LAIN-LAIN | 1.2 |
SUMBER: Bureau of East Asian and Pacific Affairs Daripada jadual di atas, jelas terbukti bahawa kaum Melayu merupakan etnik terbesar di Malaysia dan diikuti oleh kaum-kaum daripada etnik yang lain. Jadual di bawah ini menunjukkan peratusan populasi penduduk di Malaysia mengikut agama yang dianuti: | AGAMA | PERATUSAN (%) | | ISLAM | 60.4 | | BUDDHA | 19.2 | | KRISTIAN | 9.1 | | HINDU | 6.3 | | LAIN-LAIN | 5.0 |
SUMBER: Bureau of East Asian and Pacific Affairs Merujuk jadual di atas, kita dapati bahawa populasi penduduk yang beragama Islam lebih ramai berbanding populasi penduduk beragama lain dengan peratusan tertinggi sebanyak 60.4%. Sekian sahaja untuk ruangan statistik kali ini..bertemu lagi pada edisi akan datang..
|