Home Isu Semasa

"SELAMAT BERCUTI" PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh norsuhana mahmed   
Ahad, 31 Oktober 2010 15:11
Artikel Index
"SELAMAT BERCUTI"
Laju & Halaju
Pecutan & Nyahpecutan
Semua Muka

                                                                   

 


 


Bertemu lagi kita untuk edisi bulan November yang pastinya lebih menarik. Sempena cuti sekolah yang bakal menjelang tidak lama lagi, Dunia Matematik ingin mengajak adik-adik untuk pergi bercuti.. Wahh!! Cuti-cuti Malaysia gitu…Wink

                                                      

Semasa adik-adik pergi bercuti pastinya adik-adik boleh memerhatikan pergerakan kenderaan-kenderaan di jalan raya. Pergerakan-pergerakan ini sentiasa berlaku di sekeliling kita. Adakah adik tahu bahawa pergerakan kenderaan melibatkan jarak, sesaran, laju, halaju, pecutan dan nyahpecutan?

Haaaa…jika adik-adik tidak tahu, edisi pada kali ini akan memberikan adik-adik satu pembelajaran baru yang mungkin adik-adik belum pelajari di sekolah adik-adik. Dunia Matematik akan membantu adik-adik untuk mengenalpasti setiap pergerakan kenderaan yang adik–adik lihat dengan memberikan definisi yang jelas dan mudah difahami.

 

 


 

Kita mulakan dengan jarak….  

 

KONSEP

DEFINISI

 

 

                    JARAK

 

Jumlah panjang jalan yang telah di lalui dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain.

Jarak merupakan kuantiti skalar.

Jarak boleh diukur dengan menggunakan unit meter (m) atau kilometer (km).

 

 

Sesaran pula macam mana ye…

 

KONSEP

DEFINISI/CONTOH

 

 

 

 

 

 

 

                   SESARAN

 

Jarak yang telah dilalui bermula dari kedudukan awal kenderaan ke kedudukan yang terakhir kenderaan itu berhenti.

 

Sebagai contoh adik-adik ingin bercuti ke Genting Highlands dari Johor Bahru yang jaraknya adalah 55km.

Maka, sesaran yang dilalui bermula dari Johor Bahru ke Genting Higlands  adalah 55km.

 

Namun harus DIINGAT sesaran adik-adik pergi dan balik, sebagai contoh Johor Bahru – Genting Highlands – Johor Bahru adalah 0km.. Kenapa ye agak-agak adik-adik sekalian… ini adalah kerana sesaran adalah kuantiti vektor dan ianya akan memberikan nilai negatif jika berlainan arah.


 

 

 

KONSEP

DEFINISI/CONTOH

RUMUS

 

 

 

 

 

 

 

              LAJU

 

Jumlah jarak yang dilalui per masa.

Laju juga boleh dikenali sebagai kadar perubahan bagi jarak.

 

Sebagai contoh jumlah jarak yang dilalui oleh sebuah kereta adalah 1100 m dalam masa 800 saat. Maka purata laju bagi kenderaan tersebut bolehlah adik-adik kira dengan cara 1100m/800s = 1.375ms-1.

  

 

 

 

 

 

 

 

Laju = Jumlah jarak /Jumlah masa

    

Senangkan adik-adik… Beralih pula kita kepada halaju.

 

KONSEP

DEFINISI/CONTOH

RUMUS

 

 

 

 

 

 

 

             HALAJU

 

Laju kenderaan dalam arah yang khusus.

Halaju juga boleh dikenali sebagai kadar perubahan bagi sesaran. Ini adalah kerana halaju juga merupakan kuantiti vektor.

 

Sebagai contoh sebuah bas jumlah perjalanan bas dari Kulai ke Skudai adalah 2000m dengan jumlah masa yang diambil 1800 saat.

Maka purata halaju adalah 2000m/1800s = 1.111ms-1.

 

 

 

 

 

 

 

 

Halaju = Sesaran

           Masa


 



 

KONSEP

DEFINISI/CONTOH

RUMUS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

     PECUTAN/NYAHPECUTAN

 

Kadar perubahan halaju atau laju dengan masa.

 

Ok, apabila ayah adik-adik memandu di jalan yang lurus, cuba adik-adik perhatikan penunjuk bacaan meter kereta. Jika ayah adik-adik memandu tanpa menekan brek halaju kenderaan akan terus bertambah. Pertambahan halaju itu bolehlah adik-adik kategorikan sebagai pecutan.

 

TAPI seandainya ayah adik-adik menekan brek untuk mengurangkan kadar halaju, itu bermakna kenderaan yang adik naiki itu sedang mengalami nyahpecutan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pecutan/ Nyahpecutan =

Halajuakhir – Halajuawal

  Masa yang diambil

 

                                                             

Unit bagi pecutan dan nyahpecutan ialah ms-2. Pecutan dan nyahpecutan juga merupakan kuantiti vektor yang mempunyai magnitud dan arah serta akan memberikan nilai positif jika berlaku pecutan dan nilai negatif jika berlaku nyahpecutan. Adik-adik perlu peka ye jika mahu membuat pengiraan...

 

Ok la adik-adik, setakat ini sahaja pembelajaran pada kali ini. Bertemu kita di lain masa. Jangan lupa untuk perhatikan kesemua pergerakan ini ok ……..

                                                                

Oh ya! Berhati-hati di jalan raya..Semoga selamat sampai ke destinasi…. Smile

Comments (0)

LAST_UPDATED2
 

Daftar Masuk






Lupa password?
Lupa username?
Belum Ada Akaun? Cipta Akaun

Undian

Persatuan Matematik di sekolah haruslah memuatkan aktiviti Dunia Matematik
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.